SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, June 9, 2011

nasi ayam yang membuatkan super kenyang





hari ini tak sama macam semalam. hari ni keluar, semalam duk rumah je seharian. tengah hari takde keje pergi giant, bik ani kirim tepung 10 bungkus. cik zira apa lagi, sudah sekian lama setiap kali ke giant hanya pandang-pandang pegang-pegang je, maka hari ini tercapailah hajat dan hasrat nak beli nasi ayam dalam giant tu. selalu memang tengok je tau, teringin sangat nak beli. baru hari ni dapat beli. cik zira beli 2. satu untuk cik zira, satu untuk sape-sape nak makan kat rumah.







harga sebungkus nasi ayam tu ialah RM 4.99 tapi makan untuk 3 orang pun boleh. nasi sangat banyak, ayam sangat besar. ada tomato, timun, sos blackpepper dan sambal yang boleh tahan sedapnya. atok bik ani sume kata murah dan memang makan sorang tak habis.







memang betul pun. cik zira balik-balik makan, makan separuh dah kenyang sangat. stop dulu simpan dalam tudung saji. petang lepas balik berjalan sambung lagi makan sampai habis. itu pun jenuh nak ngabiskan ayamnya. dah habis nasi makan ayam cicah dengan sos blackpepper tu. makan jugak pelan-pelan bagi habis. tu lagi sebungkus tu tak tahulah siapa yang berjaya bagi habis. memang makan untuk 3 oranglah. harga murah dan memang berbaloi. nasinya boleh tahan sedap. memang puas hatilah.







dah makan nasi ayam super kenyang ni dah tak makan apa dah. ratah drummet goreng jelah, atok gorengkan petang tadi. tak nak makan apa dah. nasi ayam tu memang buat cik zira kenyang sesangat.






macam-macam tau sebenarnya makanan dalam giant tu. ada chicken chop, ada fish n chips, burgerlah, nasi berlauk pun ada. murah pun murah dan memang berbaloi. cubalah pergi giant beli ye!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 9 jun 2011 7.01 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails