SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, June 9, 2011

persoalan mengenai pil halia nightriem dunia herbs





sebelum cik zira memulakan entry yang rasanya agak panjang di petang hari ni, apa kata korang yang belum tahu lanjut mengenai dunia herbs ni, sila KLIK SINI dan juga sila KLIK SINI untuk baca dua cerita ini supaya tidaklah bila cik zira bercerita kang ada plak yang tak faham,, hehe






sebelum tuh jugak, apa kata tengok gamba ini untuk membuktikan bahawasanya cik zira memanglah pengguna produk dunia herbs ni setelah sekian lama.






kalau nak tanya mengenai produk ni, Insya Allah cik zira boleh jawab sebab memang cik zira menggunakan produk ni dan ternyata berkesan dengan cik zira walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menampakkan perubahan ketara.






cik zira memang mengalami masalah berat badan dan pemakanan di mana cik zira memang makan dengan banyaknya dan langsung tak menjaga badan. kira kalau lapar mesti nak makan. ingat makan jelah senang cakap. sebab tu lah badan membelon dengan jayanya lagi-lagi masa dekat UUM bila dah masak sendiri ni. makan memang kecintaan lah!






bila dah sedar, cik zira cubalah pil-pil halia ni nak tengok berkesan ke tidak plus cik zira memang ada masalah nak buang air besar. dah banyak juga produk halia cik zira cuba tapi akhirnya, cik zira memang suka guna dunia herbs sebab ternyata lebih berkesan.






walaupun mengambil masa dan perlu juga berdiet untuk menjaga pemakanan, tapi keputusan akhirnya, cik zira sendiri berpuas hati dengan bentuk badan cik zira walaupun tidaklah sekurus mana terutama bahagian bawah badan tapi alhamdulillah, tidak lagi membelon macam dahulu kala,,, ;)






bayangkan 67 kg turun kepada 53kg ? sapa yang tak suka kan? cik zira memang suka lah sangat. tapi memang amek masa, kena bersabar dan memang kena diet sungguh-sungguh untuk kesan lagi cepat. takpe, berkorban dulu lah. bila dah dapat berat yang ok, barulah tinggal nak maintainkan sahaja, makanlah nak makan apa pun. macam cik zira sekarang, memang dah tak sekat pun nak makan apa, makan je semua makanan janji setiap malam sebelum tido kena makan 4-6 biji kapsul dunia herbs tu ikut berapa banyak makanan kita makan untuk hari itu.







baiklah, intro dah sangat panjang dah tu. cik zira akan terus kepada persoalan-persoalan yang cik zira terima mengenai pil halia nightriem dunia herbs ni k.






S : berapa harga sebotol pil halia nightriem dunia herbs?
J : sebotol RM 35 dan di dalamnya ada 100 biji kapsul yang cik zira rasa lagi banyak kapsulnya nak dibandingkan dengan produk lain. sebotol kapsul boleh digunakan sehingga 20-25 hari bergantung kepada berapa biji yang kita ambil. selalu kalau cik zira beli memang beli sekali 2 botol untuk stok sebulan lebih sikit. cik zira memang beli kat akak kat giant tu sebab dia pun dah kenal cik zira, setiap bulan gaji mesti pergi beli kat dia pil halia nightriem ni dengan losyen sekali. dengan akak tuh cik zira dapat murah lah, RM 30 sebotol. bolehlah save RM 5 kan,, =)






S : macam mana nak makan pil ni?
J : senang je, dia kena makan sebelum tido. makan 4-6 biji bersama air masak sebelum korang nak tido. perut nak berehat dan pil ni tadi akan proses makanan yang kita dah makan sepanjang hari tu. kalau cik zira, sekarang cik zira makan 5 biji je setiap malam. tapi ikut juga, kalau makan sikit je, 4 biji jek, kalau makan terlampau banyak, ha itu yang kena makan sampai 6 biji. pandai-pandailah ye.






S : memang makan pil ni berak-berak ke?
J : haah, memang. tapi, bagi cik zira yang mengalami masalah nak buang air besar ni, memang takde masalah dengan cik zira. cik zira dah biasa sejak dari awal dan memang cik zira akan membuang air pada waktu pagi takpun tengah hari. bagi pengguna awal yang takde mengalami masalah buang air, korang akan rasa penatlah sebab sampai 4-5 kali nak pergi toilet. tapi, jangan risau, dia memang normal sebab dia nak buang segala apa yang kita makan. nama pun halia kan, memang berangin-anginlah perut tuh,, hehe. bangun pagi asyik pergi toilet jek, korang pun boleh rasa perut tu kempis,, =)






S : apa kegunaan sebenar pil halia nightriem dunia herbs ni?
J : dia untuk membuang lemak, menurunkan berat badan, mengawal berat badan, membantu masalah sembelit. jadi, bila makan membantu badan korang menjadi lebih sihat, Insya Allah.






S : kesan kepada cik zira?
J : alhamdulillah, dengan penggunaan berterusan cik zira dapat rasakan badan cik zira semakin sihat dan mendapat berat badan yang baik. perut pun semakin cantik.






S : kena diet jugak ke makan pil ni?
J : ye, memang kena jaga makan, kena diet. kalau bagi yang memang nak turunkan berat badan, cik zira sarankan, awal-awal pengambilan bersama pil ni, sila jaga makan. tak bermaksud tak boleh makan, tapi kurangkan jumlah makanan yang kita ambil tu. tapi, macam cik zira, smapai satu tahap cik zira nekad nak diet tuh, memang cik zira sekat makan cik zira. nasi langsung tak amek. makan bihun, sup-sup, oat je macam tu. roti gandum semua. memang kena berkorbanlah awal-awal tu. tapi, jangan risau, bila dah dapat berat yang kita nak, ha, time tu nak makan apa, makan jelah. janji tiap-tiap malam kena makan pil ni untuk bantu kawal berat badan. nak bagi maintain. nah, sekarang cik zira boleh makan apa cik zira nak makan dengan bantuan pil halia nightriem ni,, =)






S : kalau saya cuba, berkesan ke?
J : macam yang cik zira katakan, terpulang kepada individu itu sendiri, kalau jenis yang mencuba, tak cepat mengalah, Insya Allah akan nampak hasilnya. macam cik zira kan, dalam setahun jugaklah nak nampak perubahan ketara. tanyalah kawan-kawan cohort cik zira, lepas cuti je dorang macam dah tak kenal cik zira daripada belakang sebab dorang kata memang cik zira dah lain sebab berat dah turun. padahal masa kat UUM punyalah berat badan tu memang dah mengembang macam belon. balik maktab, alhamdulillah, dah nampak kesannya. tinggal kena diet jugak dan jaga makan, makan pil halia dunia herbs ni untuk kawal berat. kalau nak, 1000 daya kan. berusahalah sehingga berjaya!






rasanya, inilah soalan yang cik zira dah dapat berikan jawapannya. daripada membazir duit ribu riban pergi slimming centre yang rawatannya memang menyakitkan badan, baiklah spend tak sampai seratus pun setiap bulan dengan produk dunia herbs ni untuk menjaga badan kita kan? cik zira memang dah serik dah nak pergi slimming centre walaupun berbaki 5 sesi dan berhabis RM 4K lebih, tapi cik zira memang taknak habiskan dah rawatan kat situ dan kad kedai tu pun dah hilang. memang berkesan tapi menyeksakan badan buat apa kan? baik guna cara yang lebih selamat untuk badan cik zira. Insya Allah, badan akan jadi lebih sihat.






cik zira cuma berkongsi perkara sebenar yang jadi kat diri cik zira dan cik zira harap, sesiapa yang mengalami masalah berat badan macam cik zira, berusahalah k. cik zira tahu nak diet nak elak makan ni memang susah sangat. tapi, kita ni kan perempuan, kena cekal dan kena berusaha jugak kalau nak dapat badan cantik. berkorbanlah dahulu. makan tetap boleh makan, tapi kena ada batas-batasnya k.






kalau ada kemusykilan lain, boleh je tanya cik zira k. takde masalah,, =)






harap entry ini dapat membantu korang untuk mencuba menggunakan produk dunia herbs ni.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 9 jun 2011 10.28 a.m.

11 comments:

si tuan putri kiUt said...

mgg ni blk kg nak beli laaa...sebab kt kg dpt rege murah sket....

selalu beli stock losyen xtra hot tu jer...mmg bes pakai...siap bepeluh2 lg...

hazirah abdul rahman said...

haah kak, nanti beli tau, cuba makan, tapi perut kena tahanlah k



kt pakai extra hot tak rasa apa pun, lemak banyak sangat kot,, hehe

vanilla said...

kite try pil ni sbb baca testi zira yg dulu tu la...so far, mmg bgs utk bowel movement, and mmg kawal berat bdn...heee ;)

Cik Puan Bunga said...

Zira akak pernah cuba tapi macam yang zira cakap sebab tak kawal makan maka "Apa pun tak boleh!" Huuuuuu!

Zira cantik! Suka tengok Zira, hari2 akak stalk blog ni! kahkah! kantoi!

hazirah abdul rahman said...

vanilla :



good for u dEar, nampaknya pil ni sesuailah dengan kamo kan,,
mesti badan makin cantik ni kan kan,, ^___*

hazirah abdul rahman said...

Cik Puan Bunga :



betul tu kakak bunga. kalau jenis memang tak boleh jaga makan, cubalah apa pun memang takkan berkesan,,




ala kak bunga ni, akak cantik comel jugak, kt pun selalu ke blog akak buat kunjungan balas,,


oppss, kantoi jugak,, ;)

Yanni said...

salam zira, saya pun mmg ambil pil ni.dulu berat badan saya mmg naik sgt.selepas ambil mmg byk perubahan nya..skrg dah jadi pengedar..zira boleh beli juga dari saya.harga jauh lebih murah.tgk blog saya ye.http://umieyanni.blogspot.com/2011/12/nightriem-dunia-herbs-lotion-mustajab.html.tq

hazirah abdul rahman said...

haah, pil ni memang banyak membantu. sekarang memang beli tiap-tiap bulan dekat akak sorang tu memang dari dulu beli kat dia, dapat harga pun murah sebab dah selalu beli,, =)

Mofanuna Boutique said...

Sy bli lg murah dpt harga rm28 je.

yaz lin said...

Salam Zira..

lepas baca blog zira pasal pil ni saya pun teruslaa mencari. Saya baru mula makan pil ni mlm tadi pgi ni mmg 3kali masuk toilet tapi puas ati sbb sebelum ni mmg ssh sgt nak membuang. mlm ni nak continue mkn lagi harap2 lepas ni ari2 x der masalh lagi untuk membuang. Saya cume makan pil jer x ader lak sapu losyen tu mmg nak turunkan berat bdan gak sbb tibe2 naik mendadak ni.. klu mkn pil jer x sapu losyen tu boleh turun x berat badan saya ni... target nak turun 5kg..

yaz lin said...

Hi Zira..

Selepas baca blog zira pasal pil ni saya terus gi beli.. mlm tadi baru mula mkn, pagi ni mmg memproses dgn jayanye laa.. hrap2 ari2 berikutnya pun mcm tu gak.. saya target nak turunkan berat 5kg tapi saya x gunakan losyen mcm yang zira gunakan.. agak2nye laa klu mkn pil jer leh turun berat badan jugak ker..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails