SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, June 16, 2011

semalam, rabu, 15 Jun 2011





Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca blog MERAH cik zira ni






selamat pagi! semoga pagi ni anda ceria dan gembira sampailah ke penghujung hari okeh!





apa kisah cik zira semalam?
awal pagi hantar bik ani pergi pasar larkin beli barang. balik dari pasar larkin tengok buku sekolah nak fahamkan apa yang kena ajar untuk tajuk baru. tengok-tengok supaya nanti tahu nak susun pengajaran.






oleh kerana terlalu mengantuk, tak tahulah ngape, maka cik zira pun baring atas katil dan terlelap sekejap. bangun-bangun terus kena bersiap nak ke sekolah.






uniform cik zira semalam baju kurung dan tudung syria warna purple. keluar rumah ke sekolah seperti biasa dan sampai jugak seperti biasa, sebelum pukul 12 tengah hari.






mesyuarat semalam tak lama sangat, sebelum 1.30 dah selesai. jumaat-ahad ni sekolah cik zira sibuk sebab ada 2 aktiviti besar dijalankan serentak. 1 program bersama pelajar UKM dan satu lagi pertandingan bola sepak 7 sebelah. jadinya, mulai esok, dah sibuk nak kena siapkan tempat dan sebagainya. nama AJK semua akan naik hari ni dan cik zira nak kena tengok cik zira kena hari apa. harap-harap yang letak AJK tu fahamlah cik zira duk jauh dan bagi cik zira hari yang sesuai. AMIN






sabtu ni sekolah untuk program UKM tu, sabtu depan pun sekolah untuk koko plak, dah lama takde koko, asek sibuk dengan aktiviti lain je. takpe, bulan jun dengan julai setiap sabtu mesti kena kerja macam biasa, sebab nanti puasa takkanlah sabtu pun kena kerja kan, mesti bagi rehat kot,, hehe






sebut pasal puasa, semalam borak dengan akak-akak tu, dorang kata bulan puasa balik awal, dalam kul 5.30 macam tu. cik zira pun happylah bukan main. yelah, ingat balik macam biasa, maghrib baru sampai rumah, tak sempatlah jenguk bazar ramadhan,, hehe. dan Insya Allah, tahun ni nak solat terawih macam tahun lepas, dapat banyak hari,, =)






hamboilah cik zira, asyik cerita puasa dengan raya jek kan. semoga dipanjangkan umur dapat merasa untuk tahun ni pulak. AMIN.






balik semalam kan, jalan sibuk, tak macam isnin dan selasa. sampai rumah tak sampai 2 minit dah azan. gamba makanan pun tak sempat amek. makan nasi + tomyam campur + sayur kailan + ayam goreng kunyit + ayam goreng tepung. bik ani order je sebab tak masak, ada sedara meninggal. jadi, cik zira makanlah nasi dengan semua lauk yang ada atas meja.






malamnya pulak, siapkan lesson plan. itu memang kerja cik zira setiap malam selain kalau ada kerja lain. buku adab alhamdulillah dah siap semua. tunggu nak bagi je nanti. 30 Jun hari terbuka jumpa ibu bapa. lagi 2 minggu.






pagi ni, sambung update buku rekod sikit-sikit dan buat kerja sikit apa yang patut. kang 10 lebih bersiap pergi sekolah.






ini jelah bebelan cik zira pagi khamis ni. hari ni puasa sunat lagi tak tahulah macam mana sebab kena mengajar tak berhenti dari pukul 1 sampailah pukul 4.30. harap-harap laratlah. AMIN.






baiklah semua, macam di awal entry tadi cik zira kata, sama-sama kita ceria dan gembira di hari khamis ini ye!,,, ^_____^







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 16 jun 2011 8.14 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails