SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, July 5, 2011

dapat cuti sakit sehari





semalam kan, cik zira ni beranganlah nak gagahkan diri jugak pergi sekolah, kerja macam biasa. tapi, memang tak larat sangat. dari pukul 8 lebih sampailah pukul 10 terbaring, tido je atas katil sebab keadaan diri yang masih tidak mengizinkan,, huhu






bangun jugak pukul 10 lebih pergi klinik sebab nak minta MC daripada doktor. pergi klinik paling dekat je, Klinik Suria. doktor tu baik, masuk jek cik zira cakap demam, pening kepala, batuk dan selsema. yelah, kalau dah demam ni, pakej semualah. tu yang sampai naik kepala, buat pening je denyut-denyut,,






rajin doktor tu berbual, dan dia pesan jugak macam-macam sebab sekarang ni memang musim sakit disebabkan cuaca tak menentu. dia pun bagi MC untuk sehari. dapatlah cik zira berehat semalam, makan ubat semua dan memang banyakkan tidur nak bagi badan rehat cukup-cukup sebab hari ni cik zira nak kena kerja semula. masa jumpa tuh memang suhu badan cik zira panas lagi.






ubat macam biasalah kan, ubat batuk, selsema, antibiotik dan tahan sakit/demam. cik zira ni jenis manusia tak suka ubat doktor, memang rasa pahit yang amat. tapi sebab fikir nak baik, telan jugak walaupun selalu kalau makan ubat doktor mesti muntah balik. nasib baik kali ni tak. alhamdulillah.






petang dah macam ok, dah makan, mandi, bawa kereta pergi isi minyak untuk pergi kerja minggu ni. pergi giant beli sabun dan barang lain sikit.






hari ni ingat nak pergi sekolah awal sikit sebab nak siapkan kerja kat sekolah. SMM kelas cik zira tak lengkap, banyak nak kena lengkapkan, kena bawa laptop uzur ni pergi sekolah. semalam tak datang, maka hari ni banyaklah kerja nak kena siapkan. 






tapi, kena buat kerja pelan-pelan sebab kepala cik zira ni masih pening-pening. kang fikir kerja, makin sakit plak, tak naklah, cukuplah 3 hari Allah bagi cik zira berehat. tak nak sakit dah, tak larat.






ok ye semua. cik zira harap dapat pulih sepenuhnya. ubat masih makan ikut pesanan doktor. blog pun Insya Allah akan diupdate seperti biasa.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 5 julai 2011 7.40 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails