SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, July 4, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan - Update




keadaan diri cik zira masih dalam kondisi yang tidak baiklah. badan masih panas, selsema, batuk dan pening kepala sangat-sangat, seram sejuk je rasa.






tak tahulah hari ni larat ke tidak nak pergi sekolah, bekerja. atok dengan bik ani suruh minta cuti. tengok macam mana. nak bawa kereta pun tak larat,, huhu






ini update terkini pasal cik zira yang masih demam ni.






sekarang nak bercerita pasal Larian 1 Murid 1 Sukan sabtu yang lepas, 2 Julai 2011.






awal pagi tuh guru-guru kelas mengambil kedatangan murid. kemudian kitorang semua bersenamrobik. seronok sangat sebab keluar habis peluh semua. cik zira kan suka aerobik ni. memang pulun habis lah buat tanpa henti, penyudahnya menjadi salah satu faktor penyumbang kepada sakit sebab demam urat pun ye jugak. nasib baik tak lari, jalan je ikut budak-budak sebab jadi AJK Kecemasan kan kena stand by kalau ada budak yang pengsan ke apa.







lepas senamrobik yang hebat tuh, semua murid kena berkumpul di padang untuk dibahagikan kepada kumpulan sukan dan permainan masing-masing. 10 orang dari setiap sukan dan permainan membawa alatan sukan sebagai simbolik kepada larian ini.







larian bermula, cikgu-cikgu yang menjaga check point pun sudah mengambil tempat masing-masing mengawasi budak-budak. cik zira ikut budak-budak tapi berjalanlah.






murid kena membuat dua pusingan, pusingan pertama semua masih boleh berlari lagi, pusingan kedua semua dah berjalan je sebab tak larat. kesian dorang cik zira tengok.






ada seorang mangsa. budak perempuan, muka dah pucat dah, jalan-jalan je muntah, cik zira suruh dia muntahkan habis lepas tuh urut-urut belakang dia bawa dia balik sekolah.






habis je dua pusingan, kumpulan bola sepak yang sampai dahulu diikuti kumpulan lain di belakang mereka. masing-masing dah kepenatan dan terus ke kantin ambil minuman yang diberikan percuma. ada yang lapar makan roti canai, nasi lemak dan makanan lain sebab penat sangat berlari agaknya.






dalam pukul 10 lebih murid semua dah balik, tinggal guru-guru je kena bertugas sampailah jam 12.30 sebab hari bersekolah. cik zira minta kebenaran dari GPK1 balik awal sebab sepupu cik zira bertunang. nasib baik dapat lagipun takde apa nak buat nak tunggu sampai 12.30 tengah hari tu.






jadi, secara kesimpulannya, Larian 1 Murid 1 Sukan SK Taman Cendana berjalan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.






tapi, akibatnya kepada diri cik zira ni, terus demam panas duk terbaring je atas katil sabtu dan ahad ni,,=(


gamba cik zira sebelum sakit, 
tak jelas sebab membelakangkan cahaya





doakan cik zira cepat sembuh ye, tak laratlah badan sakit macam ni. nak baik cepat,, AMIN







~sekian~






k,adios!!!,, by : ierarahman isnin 4 julai 2011 7.26 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails