SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 12, 2011

mari-mari, lihat cara cik zira berbelanja dengan penuh hemah!!





cik zira pernah kongsikan dalam blog MERAH kesayangan ni tentang cara cik zira menguruskan kewangan sebelum ini kan? kalau yang tak tahu, sila KLIK SINI.






ha, dalam entry kali ni pulak, cik zira nak tunjukkan contoh cik zira berbelanja mengikut senarai dan bajet yang telah cik zira senaraikan sebelum membeli.






lihat dulu senarai barangan yang cik zira nak beli beserta harga bajetnya :


  1. deodorant - RM 5
  2. losyen - RM 20
  3. syampu dan conditioner - RM 30
  4. krim fair & lovely - RM 8 ( dah naik harga rupanya )
  5. pencuci muka fair & lovely - RM 8 ( dah naik harga rupanya )
  6. pencuci muka safi balqis - RM 8 ( dah naik harga rupanya )
  7. BB Cream - RM 20
  8. TOTAL BAJET - RM 99.00


( yang dah naik harga tu, sebab tu cik zira bajet RM 8 sebab dah lupa harga beli sebelum ini )
ha, itu semua 7-8 barang yang cik zira stand by kan stoknya sebab bila habis dah ada stok dah. sebenarnya semua yang guna sekarang masih ada lagi, cuma tinggal sedikit, itu yang beli baru siap-siap.






jadi, cik zira pun membeli seperti mana yang telah disenaraikan dan macam biasa, tempat cik zira membeli belah adalah di tesco sebab harga dia boleh tahan murahlah. lagipun nak dapatkan mata ganjaran untuk kad tesco tu. kalau pergi giant tak dapat apa-apa,,, ngee






ini dia hasilnya :




  1. deodorant - RM 4.90
  2. losyen - RM15
  3. syampu dan conditioner - RM25.90
  4. krim fair & lovely - RM 9.30
  5. pencuci muka fair & lovely - RM 8.30
  6. pencuci muka safi balqis - RM 10.90
  7. BB Cream - RM 19.90
  8. TOTAL BAJET - RM 94.20 

 




ha, nampak tak, jimat beberapa ringgit kan di situ walaupun ada yang terlebih dari bajet. yay!!
memang apa yang disenaraikan diikut dan dibeli, tapi macam biasalah, akan ada barang yang tiada dalam senarai pun pasti dibeli. macam semalam, selain barang yang disenaraikan dalam kertas, cik zira beli susu coklat HL, pencuci pinggan, roti-roti, halia dan beli makanan untuk makan malam. itu sahaja semua RM 30.






inilah cara cik zira berbelanja. sebelum nak beli apa-apa yang dalam kuantiti agak banyak tu, cik zira memang akan sediakan senarai beserta bajetnya sekali jadi bila nak pergi beli, kena bawa duit secukupnya, bukan selebihnya sebab bila banyak duit dalam wallet selalu kata tak apalah, beli jek, bukan selalu. no - no, tabiat itu yang kena buangkan. bawa duit untuk beli barang jek. kena ajar diri berdisplin ye kawan-kawan bab duit ni, bukan kedekut tapi berjimat. ada duit lebih, boleh disimpan dan dibeli keperluan yang lain kan,,, =)






ini sahajalah perkongsian cik zira pada kali ini. korang pun ada yang guna cara cik zira ni kan? yang belum, cubalah, mana tahu boleh buang tabiat membazir korang tu kan. ha, lagi satu, amalkan menggunakan bakul semasa membeli barang, takdelah nak amek barang sebanyak mungkin berbanding kalau gunakan troli. hehe






~sekian~



 
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 11 september 2011 9.59 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails