sebelum bercerita banyak pasal cuti pendek cik zira sempena deepavali tu, adalah lebih baik cik zira bercerita dahulu pasal kerja sebelum cuti iaitu Program dengan Pelajar Tahun 1, 2012.
ibu bapa yang masng-masing macam takut nak lepaskan anak-anak
cik zira bekerjasama dengan Kak Jes, untuk kelas 17. ini pertama kali cik zira terlibat sebab tahun lepas tak sempat. jadi, banyak perkara baru yang cik zira belajar melalui program ini terutama melihat gelagat anak-anak 6 tahun yang tahun depan bakal bersekolah di tahun 1.
suka gambar ini!
awal-awal lagi kelas cik zira dah buat rekod. sorang budaknya dah menangis. budak lelaki. siap pakai songkok. dia nangis sebab mak dia balik. punyalah penat cikgu azmi melayan dia bawa dia pusing satu sekolah. jawab periksa pun tanak masuk kelas 17, masuk kelas lain. payah betul. nasib baik ada cikgu azmi yang tolong dan memang penyayang orangnya.
peperiksaan dijalankan dua bahagian, 1 untuk numerasi dan 1 lagi untuk literasi. dalam kelas 17 tu, ada lah seorang anak lelaki ni, aduhai, punyalah lambat. lagi sorang kesian, tak boleh baca sangat. ada yang pandai sangat sampaikan dah tak tahu nak buat apa. cik zira suruh dia tolong kawan dia. macam-macam ragam anak-anak kecik ni. nasib baik tahun ni tak mengajar tahun 1, tapi adalah jugak relief kelas jadi boleh lagi kawal dorang. tapi kalau selalu masuk, jenuh jugak. tabik spring dekat cikgu-cikgu yang mengajar tahun 1, memang teror lah!
kelas cik zira dengan kak jes, di antara kelas yang habis lewat. yelah, nak tunggukan sorang tu, lambat sangat. jadi, satu kelas lah lambat,,, huhu
itulah cerita sebelum bercuti, 22 haribulan yang lepas. Insya Allah, tahun depan jumpalah anak-anak comel tu masuk sekolah,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 29 oktober 2011 10.30 p.m.
1 comment:
pengalaman yang berharga...nice3
JANGAN KLIK SINI
follow saya kembali yer
Post a Comment