SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, October 31, 2011

23 - 28 Oktober 2011





tarik nafas panjang dahulu sebab cik zira akan ceritakan cuti cik zira dari ahad, 23 oktober sampailah jumaat, 28 oktober. lama tuh, mesti agak panjang entry pembuka di pagi isnin ni. takpe, korang baca k,,, =)






Bismillahirohmanirahim,






ahad, 23 oktober ( penang )



aktiviti :


  • sampai penang pukul 6.20 pagi macam tuh. angkut beg naik atas pergi surau solat subuh dahulu
  • encik buah hati amek dalam kul 7 pagi, dia ponteng keje kejap jemput tunang yang dah 5 bulan tak jumpa ni
  • sarapan dengan encik buah hati
  • sampai rumah kak emy, makan lagi sampai 2 kali
  • borak-borak, main dengan 3 orang puteri cerdik tu, Irdina, Wardeena dan Qisteena. seronok lepak dengan dorang.
  • petang makan lagi untuk kali keempat
  • lepas maghrib makan lagi kali kelima
  • balik tengok tv jap lepas tu tido awal sebab mengantuk kekenyangan


makanan :
  • sarapan - wantan mee sup
  • sarapan kedua dan ketiga - kuey teow goreng + ayam goreng berempah
  • makan petang - bihun sup sedap sangat
  • makan malam - masakan thailand di Maa Roy, kak emy belanja. makan ramai-ramai. seronok tau!





isnin, 24 oktober ( penang - KL )
aktiviti :


  • pagi duk rumah kak emy lagi main dengan 3 puteri tu
  • pukul 10 lebih macam tu duduk rumah buah hati, ada mak dan adik buah hati dan anak sedara yang comel-comel
  • pukul 12 tengah hari gerak ke KL
  • berhenti di perhentian untuk solat
  • sampai KL terus park kereta dekat bawah City One Plaza dan bermulalah sesi membeli belah, shopping sampai ke malam dapatkan semua barang dalam senarai. City One Plaza - Semua House - Jalan Tar - Sogo
  • bermalam di rumah sepupu buah hati yang baru jadi pengantin, iqbal dan ina. terima kasih banyak ye sebab bagi kitorang tumpang rumah,,, =)


makanan :
  • makan tengah hari - emak buah hati masak, nasi + sambal udang petai + kari ayam
  • makan petang  di restoran mamak dekat Semua House - roti nan dan tandoori
  • makan malam dekat sogo - hotdog 1901





selasa, 25 oktober 2011 ( KL - penang )
aktiviti :


  • bangun awal sarapan
  • pukul 9 ke taman layang-layang kepong, bertemu hafizudin hamdan, jurugambar kitorang. shoot hampir dua jam.
  • pukul 12 keluar ke petaling street beli barang, kemudian ke pantai dalam makan tengah hari
  • balik solat dahulu kemudian gerak balik ke penang dalam pukul 4 petang
  • sampai penang maghrib, kemas barang dan rehat


makanan :
  • sarapan ina masak - nasi goreng + ikan bilis + telur dadar
  • makan tengah hari di restoran dekat pantai dalam - nasi + ayam goreng kepak + gulai daging + siput masak lemak + sayur campur
  • makan malam kak emy masak - nasi + sup bebola + ikan goreng + ikan bilis tumis bawang 





rabu, 26 oktober ( penang - simpang pulai )
aktiviti :


  • pagi sampai ke petang duduk rumah kak emy main dengan 3 puteri, main congkak, borak-borak, main sembunyi-sembunyi dengan qisteena
  • lepas asar buah hati amek dan hantar ke simpang pulai, rumah abah. perjalanan yang tak sampai pun sejam kalau ikutkan. dah sampai awal tu, terus gi makan dahulu. makan terakhir bersama sebelum majlis disember nanti
  • sampai rumah abah, buah hati tumpang solat dan terus balik penang. terima kasih buah hati ye tolong hantar, nak naik bas tak bagi, barang banyak katanya,,, ;)
  • berehat, berborak dan tido awal


makanan :
  • sarapan kak emy masak - nasi beriyani yang sedap + dalca + sayur acar lupa namanya + kuah ayam ros
  • tengah hari - ayamas roasted + nasi
  • malam - makan dekat OldTown WhiteCoffee. siap jumpa dengan ket, member masa maktab dengan isteri dia
  • beli kek secret recipe bawa balik rumah abah





khamis, 27 oktober ( simpang pulai )
aktiviti :


  • duduk berehat sahaja di rumah abah
  • berborak dengan makcik zie, tengok tv
  • tido petang yang lama. punyalah sedap, boleh tido sampai nak dekat 4 jam. serius dah lama tak tido petang lama semacam itu. fuyoh!
  • petang keluar makan abah belanja
  • malam tengok tv dan tido awal


makanan :
  • sarapan abah sediakan - cereal , fish fillet, telur goreng, sosej goreng bawang
  • pagi sikit makan kek secret recipe. beli 4 potong, rasa 4-4 sekali, sikit-sikit. dah lama tak makan SR tau.
  • makan tengah hari abah masak jugak - nasi + ikan asam rebus + ikan pekasam + sayur goreng + sup cendawan + ayam goreng + buah oren
  • abah cik zira ni memang chef kat rumah. makan pun siap atas meja macam makan kat restoran. lupa nak amek gamba jek. kalau tak boleh tunjuk,,, =)
  • petang abah belanja makan dekat restoran tomyam - nasi + siakap stim + sayur goreng campur + sotong goreng tepung + telur dadar





jumaat, 28 oktober ( simpang pulai - KL - JB )
aktiviti :


  • bangun seawal 5 pagi, bertolak dari simpang pulai ke KL pukul 6.30 pagi
  • abah nak ke melaka ada urusan jadi dia hantar cik zira ke KL, chenta hati 1 amek dan hantar ke TBS, naik bas pukul 11 pagi
  • sampai JB dalam pukul 4 petang terus letak barang dalam bilik dan keluar bershopping lagi
  • ke Setia Tropika amek kad kahwin - Jusco - Tesco Extra, dapatkan semua barang. rasa lega
  • malam kemas barang


makanan :
  • sarapan pagi kul 8 di perhentian tapah - mee kicap
  • pukul 10 lebih - makan kenny rogers dengan chenta hati 1
  • malam makan bik ani masak - nasi + sayur masak air + ikan goreng + sambal belacan + sotong masak hitam





fuh, agak semput dan berpinar mata taip entry ini. dah lama tak menghadap laptop, terus pening jek kepala ini. namun tetap bertahan nak siapkan entry cuti-cuti cik zira ni. nak bagi tahu, memang makan sangat banyak cuti seminggu ni. bayangkan makan nasi sampai 3-4 kali sehari. bukan sikit tau, banyak plak tu,,, ;)
okeh, cuti sudah habis. kena bekerja semula. lagi 3-4 minggu budak nak cuti sekolah. cikgunya kena rajin habiskan semua kerja yang belum selesai.






chaiyok wahai cik zira! kerja kena kerja.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 29 oktober 2011 11.16 p.m.

2 comments:

applesakura said...

awk nih suke pakai tudung macam2 laaa...sesuaijee.. sayer suke!!! heeee...mai ai! aktiviti bnyknyer hik!

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

tudung macam2? hehe, kalau rajin pakai tudung rajin, kalau malas pakai tudung malas jek,, ;)




yep, cuti sekolah harus diisi dengan aktiviti berfaedah,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails