SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, October 2, 2011

kuih-kuih sedap dibuat oleh bik ani aka makcik cik zira





untuk perkahwinan BFF ni, BFF tempah bubur merah bubur putih untuk malam pernikahannya. bik ani buatkan. cik zira sponsor untuk BFF bubur malam tu. bubur sebanyak 100 mangkuk. cik zira pun tak rasa buburnya. tapi tengok ada yang makan sampai habis lepas makan nasi tu. tapi ramai yang bawa balik.






untuk majlis pada hari sabtu plak, mak pengantin, cik siti tempah banyak kuih. ada kuih cara berlauk, apam comel warna hijau dalamnya inti coklat, ada kuih dangai dan kuih talam sebanyak 6 dulang ada 3 jenis talam yang semuanya sedap.







cik zira tolong mana yang patut lah dan bawa ke tempat bff. terima kasih kat bik ani, atok dan mak esah yang bekerja keras menyiapkan tempahan untuk perkahwinan emy & eddy ni.






harap-harap kuih muih yang dibuat bik ani sedaplah dimakan oleh tetamu begitu juga dengan bubur.






sebarang tempahan makanan dan kuih muih sekitar JB ni, boleh jek nak buat tempahan, hubungi cik zira dan nanti boleh berurusan dengan bik ani, makcik cik zira yang memang pandai masak. cakap je nak tempah apa dan gerenti sedap,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 2 oktober 2011 12.36 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails