huh, semalam adalah hari yang memenatkan, hari yang penat untuk cik zira. alahai,, daripada lepas subuh duk buat kerja, yelah, dah tak tahu nak buat apa, carilah kerja untuk dibuat,, hehe
sebelum bersiap nak ke sekolah, makan dulu. kemudian bersiap. keluar rumah dan singgah pejabat pos dulu nak poslaju, kemudian terus ke sekolah. mesyuarat semalam yang sampai cik zira tak masuk kelas 2F dua masa, kesian dorang, teacher hazirah ni tak masuk, siap tanya tu nape teacher tak masuk tadi? alahai, siannya,, kalau sempat memang nak masuk sangat, tapi tak sempatlah sayang, maaf ye,,, =)
banyak perkara yang disampaikan masa dalam mesyuarat terutama program sabtu ini iaitu program untuk tahun 1 kemasukan 2012. cik zira dan kak jess kena jaga kelas. nanti kena bincang dengan kak jess nak buat macam mana. awal pagi sabtu dah kena pergi sekolah nanti. takpe-takpe, malam dah naik bas,, ngee
mengajar 3 kelas yang lain seperti yang dirancang. cuma kelas akhir nak balik tu, kelas 2E, cik zira tanda buku budak sampai 2 buku setiap seorang, manalah nak sempat, dahlah satu masa terakhir, penyudahnya ada 5 buku bawa balik rumah yang bila tanda tak sampai pun 5 minit,,, selalu memang cik zira akan siapkan tanda buku budak dalam kelas. apa kerja yang buat hari tu, terus akan tanda, budak akan siapkan jugak dalam kelas. Insya Allah, cik zira akan cuba amalkan cara macam ni sebab mudah untuk cik zira dan mudah jugak untuk anak-anak tu.
kat sekolah makan jambu dan 2 biji roti ikan bilis. dapat jugak tapi tak sedap. suka yang gardenia lagi tak silap. yang ni sambal dia tak berapa sedap pulak tu ikan bilis dia besar dan keras sikit. tapi dalam tak berapa sedap tu habis jugak. maklumlah perut sentiasa lapar.
masa balik semalam adalah masa yang cik zira benci benci benci!! jam teruk sangat. sampai rumah dah nak dekat 7.30 malam. dahlah hujan, jam lagi, bayangkan betapa penatnya dengan baru balik kerja, perjalanan jauh tambah dengan jam. huh! cik zira sangat benci dengan jam. tak suka!
malam semalam BFF datang singgah umah. rindu dekat dia. sempatlah dia share life dia lepas jadi isteri eddy ni. nampak dia bahagia dan cik zira pun tumpang bahagia. tak lama je lagi nak jadi macam bff jugak, Insya Allah. nanti kita jumpa lagi k, dEar,,, =)
semalam penat. hari ni pun bakal penat sebab macam banyak jek keje nak kena setelkan untuk hari ni. wah wah, penat jek minggu ni. tak mengapa, minggu depan dah cuti, penat lain pulak ye. yay!!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 19 oktober 2011 10.06 p.m.
No comments:
Post a Comment