isnin cuti peristiwa, berehat puas-puas sebab nak habiskan penat bersukan hari ahad tu. semalam pergi sekolah seperti biasa. lagilah semangat sebab minggu terakhir sebelum nak bercuti seminggu minggu depan ni. tapi kena kerja sampai hari sabtu. takpe-takpe, tak kisah, tetap akan jalankan tanggung jawab dengan baik sebelum bercuti dan bergembira bersama yang tersayang,,, =)
semalam kan, mengajar macam biasa. dan cik zira perasan sejak kebelakangan ni, cik zira memang dah jarang sangat marah-marah macam dulu. marah pun marah biasa jelah sebab kadang-kadang dorang bising masa buat kerja. itu jelah. lebih-lebih macam dolu-dolu tu dapat dikawal, syukur sangat. yelah, kalau asyik marah je masa mengajar boleh tension tau. jadi, petua nya kena enjoy masa mengajar, kita enjoy, budak pun enjoy, Insya Allah.
esok budak-budak ada peperiksaan bahasa arab. patutnya peperiksaan mula lepas naik cuti tu, tapi diawalkan yang bahasa arab tu. jadual periksa pun tak dapat lagi, dalam minggu ni dapatlah rasanya bagi budak ngan cikgu bersedia. naik jek nanti selasa dah mula peperiksaan akhir tahun dan tugas cikgu makin banyak perlu diselesaikan sebelum tutup sekolah. chaiyok cikgu-cikgu semua. kita mesti boleh!
hari ni pergi sekolah nanti ada mesyuarat, macam lambat je habis. takpe, dengar je, kalau sempat masuk kelas 2F tu, mengajar macam biasa seperti dirancang, tapi kalau lama sangat memang tak sempat masuk. yelah, mungkin banyak perkara nak disampaikan dalam mesyuarat hari ni.
hari ni-besok-lusa-tulat je lagi kena kerja. sabtu malam dah naik bas dah. yeayea!!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 18 oktober 2011 8.05 p.m.
No comments:
Post a Comment