dah lama dah tersimpan gambar, tapi baru hari ni nak buka entry untuk dikongsikan pasal mee wantan ni. dulu masa bulan julai yang lepas cik zira ada buat entry pasal teringin nak makan mee wantan dekat ENTRY INI. lepas tu dah janji ni sampai je penang bila jumpa lagi sekali, terus pagi-pagi tuh nak sarapan mee wantan yang buah hati selalu jugak jadikan sarapan dia.
alhamdulillah dapat pun makan. selalu dengar jek. mee wantan ni dekat astaka taman tun sardon yang memang popular dan selalu masuk tv sebab pelbagai jenis sarapan pagi boleh dapat kat situ. dan salah satunya ialah mee wantan ni lah.
dia jenis yang berkuah. letak sambal dia, makan panas-panas, sarapan baru sampai pagi tuh pulak kan, memanglah tengah lapar. tengok pun dah sedap sebab memang dah lama sangat tak makan mee wantan. rasanya zaman dekat UUM dulu jelah, dekat satu restoran dekat changlun tu. lepas tuh dah tak makan kot mee wantan ni.
dia siap ada macam keropoklah tak tahu namanya apa yang memang makan sekali dengan mee wantan ni. mee wantan ada banyak jenis. yang macam cik zira makan dekat changlun, kedah dulu jenis yang bergoreng hitam, sedap jugak yang tu. yang ini jenis berkuah.
kedai dia hujung sekali dekat dengan pintu masuk belah belakang yang belah kanan rasanya dan dekat dengan tandas. kedai dia bersih dan masa cik zira makan takde orang sangat. jadi, tenang jelah makan.
.review cik zira mee wantan astaka taman tun sardon : 3 bintang.
selain dapat makan mee wantan kat situ, cik zira makan lagi sekali mee wantan dekat Old Town White Coffee pulak dekat simpang pulai. cik zira dah cerita dekat ENTRY INI. dekat situ memang banyak pilihan mee wantan dan yang cik zira makan jenis dia goreng dulu dengan ada hirisan ayam madu, lepas tuh ada sup dan tuang sup tu atas mee dan gaul sebati. alahai, sedapnya. walaupun rasa dia biasa je sebenarnya mee wantan ni, tapi tetap cik zira suka bila dah datang teringin nak makannya tu.
.review cik zira mee wantan Old Town White Coffee : 3 bintang.
isyh, susah betul bila buat entry pasal makan. memang akan tiba-tiba rasa nak makan makanan yang dalam gambar tu. aduhai, dugaan hebat betul lah bila cerita pasal makan. takpe, sila bersabar cik zira,,, ^___*
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 11 november 2011 8.23 a.m.
No comments:
Post a Comment