entry petang ni cik zira nak bercerita pasal congkak. bukan pasal jangan pandang belakang congkak tau. bukan yang itu, itu cerita hantu, yang ini bukan cerita hantu, hanya cerita pasal congkak itu sendiri.
congkak merupakan permainan tradisi daripada dulu dan ianya diperbuat daripada kayu dan dimainkan dengan guli. ada 16 biji lubang kesemuanya. hanya dua pemain boleh bermain dalam satu-satu masa. setiap pemain akan ada 7 lubang kecil dan 1 lubang besar dikenali sebagai rumah. setiap lubang kecil diisikan dengan 7 biji guli.
wah, dah macam karangan fakta pulak kan. itu spontan tu apa yang cik zira ingat. harap takde yang salah lah. cik zira dah lama benar tak main congkak ni. tapi hari tu masa cuti baru-baru ni, cik zira dapat main congkak masa dekat penang, main dengan irdina dan wardeena. papan congkaknya ada tapi guli beli baru sebab guli lama dah hilang.
seronok dapat main sebab boleh ajar wardeena cara nak main. tapi sayang lah, dapat main kejap je, tak lama sangat sebab qisteena tak bagi kitorang main,,, =(
takpe, ada masa, datang penang boleh main congkak lagi ye irdina dan wardeena?,,, ^___^
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 3 november 2011 10.00 p.m.
No comments:
Post a Comment