cik zira boleh sifatkan diri cik zira seorang yang suka makan, ye itu sudah pasti, semua makanan sedap cik zira makan baik nasi mahu pun yang mee mee ke. tapi rasanya paling suka kuey teow lah. dulu masa sebelum diet nak kurus tu, memang hantu kuey teow. semuanya nak kuey teow, kuey teow sup ke, kuey teow goreng ke, kuey teow ladna lah, hailam lah, kung fu lah, pendek kata semuanya kuey teow.
tapi, sejak diet habis masa nak kurus tu, memang tak makan kuey teow. banyak makan bihun. dan segala benda yang dahulunya kuey teow semuanya diganti dengan bihun dan sedap jugak. suka.
lagi satu jenis mee iaitu mee kuning yang cik zira tak berapa nak suka sangat. makan memang makan tapi tak suka sangat. kalau makan pun kena dengan masaknya. macam mee bandung ke, mee rebus, mee kari ke makanlah kan sebab memang mee kuning. tapi kalau mee goreng tu, tak semua mee goreng sedap dan kena dengan selera cik zira. betul, bab mee kuning memang memilih sikit sebab ada orang tak pandai goreng mee kuning tu. nanti makan tak rasa apa, rasa tawar je.
macam semalam lah. sarapan pagi ada bihun goreng sepinggan dengan mee goreng sepinggan. selalu orang lain memang dah makan awal lah. lebih tu biasanya memang cik zira habiskan. tapi, dah ada 2 pilihan, memang lah cik zira akan amek bihun. makan sampai habis bihun. tapi bihun nya kureng sikitlah pagi tu. tapi tetap sedap dan makan habis. sampailah nak pergi sekolah. lauk tengah hari macam biasa bik ani dah siap masak. mee goreng masih ada sepinggan. fikir punya fikir bawa mee goreng pergi sekolah.
makan mee goreng tu dalam pukul 1 lebih. bila makan, peh, nyesal tak habiskan semua bawa bekal. memang sedap habis. dengan basah-basahnya tak kering sangat, dengan pedasnya yang cukup, rasa yang sedap, memang mee goreng macam itulah yang cik zira suka. hitam-hitam sikit. aduhai, memanglah makan laju je masuk dalam perut. itulah, awal-awal sombong tak nak makan takut tak sedap. sekali, amek, rasa macam tak cukup je amek sikit.
inilah mee goreng yang sedap itu.
tengok pun menyelerakan bukan? aduhai, sedapnya!
kesimpulannya, kalau mee goreng bik ani yang masak, memang sedap,,, *wink*
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 1 november 2011 8.50 p.m.
No comments:
Post a Comment