SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, November 1, 2011

semalam, 31 oktober 2011





Assalamualaikum,






kembali seperti biasa dengan entry pagi dengan cerita cik zira sebagai seorang cikgu. cerita semalam yang merupakan hari terakhir dalam bulan oktober 2011 ini. walaupun setelah seminggu bercuti, namun kedatangan kelas semalam amat baik sebab hanya seorang je dari 43 orang tak datang.






semalam buat ulangkaji sahaja terutama bahagian grammar sebab hari ini bermulalah anak-anak SK Taman Cendana menduduki Peperiksaan Akhir Tahun sehingga hari jumaat nanti. Jadi, cik zira mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat berjaya kepada anak-anak cik zira. semoga apa yang cik zira ajar selama ni dorang ingat dan boleh jawab periksa dengan baik. Amin.






oleh kerana semalam merupakan hari terakhir dalam bulan oktober, maka hari ini merupakan hari pertama di bulan kesebelas 2011, november. maksudnya tak sampai lagi sebulan budak-budak nak habis sekolah, bercuti panjang, tak sampai sebulan je lagi cikgu-cikgu ni nak bertungkus lumus menyiapkan semua kerja yang perlu disiapkan bagi tahun 2011 ini. fuh, kena bekerja keras ni cik zira. kamu memang kena siapkan semua kerja sekolah sebab nak kena fokus pulak majlis disember nanti yang tak berapa hari je lagi ni. chaiyok!!
hari ni sampai jumaat kerja kena jaga periksa. peperiksaan bahasa inggeris hari khamis nanti baru malam tu pulun menanda kertas sebab nak dapatkan markah. kerja banyak menanti ye cik zira, kena bersiap sedia. ingat, bukan askar je kena bersiap sedia, jadi cikgu pun sentiasa kena bersiap sedia terutama bila kerja menimbun banyak.






okeh, isnin cuti aidiladha, selasa majlis qorban dekat sekolah. minggu ni dan minggu depan sibuk,, huhu






baiklah semua. berhenti di sini dulu. petang nanti sambung entry lain pulak ye. tata titi tutu






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 31 oktober 2011 8.37 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails