bilik pengantin buat sendiri. bik ani lah yang banyak membantu. terima kasih banyak kat bik ani.
terima kasih jugak kat cik paris sebab tolong catkan bilik tu dan pasangkan rail langsir.
langsir dah beli awal-awal, minta tolong bik ani jahitkan. bunga dekat langsir tu pun bik ani yang gubahkan.
set cadar beli dekat jusco yang mati-mati ingat warna MERAH terang tapi rupanya warna oren. dah terbeli, pakai jelah. bantal petak MERAH hitam tu beli dekat nilai 3. karpet semua pakai mana yang ada. nasib baik ada karpet rambu-rambu bik moi warna MERAH. nampak MERAH lagi bilik pengantin tu.
dekat meja ada cermin tu, letak sebingkai gambar cik zira dan buah hati, tambahkan lampu meja, bunga hidup last minute bik ani letakkan dan bunga mawar bagi wangi bilik tu.
semuanya sendiri. lagi puas hati. berbaloi-baloi. nak tido pun selesa je.
yang penting, mesti nampak MERAH. sampaikan tok kadi masuk jek, dia siap cakap dengan cik zira, " memang semua MERAH bila saya masuk rumah ni. nasib baik saya bawa pelapik fail pun MERAH."
sempat bergurau lagi tok kadi tu,,, ^___*
betul tu tok kadi. memang nak semua nampak MERAH. barulah cik zira namanya.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 disember 2011 9.52 p.m.
2 comments:
haiiii zira..merah jugak tu cadar.hehehe
haah kan, nasib baik nampak MERAH,, ;)
Post a Comment