SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, December 27, 2011

hadiah yang diberikan.





baiklah, untuk entry kali ini, cik zira nak berkongsikan hadiah yang cik zira berikan kepada tetamu semasa majlis disember 11.12.11 yang lepas.






untuk kenduri jumaat malam tu, ada sedikit tahlil arwah dan kenduri kesyukuran. abah jemput orang surau untuk kendalikan tahlil. jadi, hadiah yang diberikan ialah bekas comel dan di dalamnya diisikan kerepek ubi dan bunga telur. untuk tetamu kenduri ni cik zira sediakan sebanyak 50 bekas.







untuk tetamu, cik zira berikan beg woven MERAH. dalamnya ada bunjut MERAH berisi telur pindang, keychains comel dan moist choc cake. untuk tetamu yang hadir, cik zira sediakan 1000 beg.









untuk VIP, iaitu keluarga penang, cik zira hadiahkan beg corak paisley maroon dan ditampalkan dengan nama cik zira dan buah hati. itu pun guna extra card yang orang kad kahwin bagi. tampalkan nampak seri sikit beg tu. dalamnya letak bunga telur MERAH putih, moist choc cake dengan frame doa untuk pengantin. untuk VIP, cik zira sediakan 60 beg.








nampak jek hadiah ni benda kecil kan. tapi sebenarnya dia macam cenderamata daripada pengantin untuk tetamu yang datang. tapi bila kira balik, memang berhabis banyak untuk hadiah ni. tak kisahlah. memang niat nak bagi pun sebab bukan selalu orang boleh datang majlis sendiri. sekali seumur hidup.






alhamdulillah. perancangan cenderamata ni semuanya berjalan lancar. syukur.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 25 disember 2011 10.30 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails