SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, December 29, 2011

hari kedua minggu bertugas.




semalam, 28 disember 2011, hari kedua bertugas di minggu bertugas sebelum sekolah buka minggu depan. memang cik zira dan rakan-rakan guru SKTC mula bertugas dari 27 disember hinggalah 3 januari 2012. penuh dengan mesyuarat dan taklimat untuk dikemaskini maklumat terkini dan bidang tugas masing-masing.






kalau hari pertama baju kurung hitam dan tudung MERAH. hari kedua baju belang dan tudung putih.






bawa bekal dan makan lepas mesyuarat sesi pertama. roti 3 keping dan sambal sardin yang sangat sedap masakan bik ani tersayang. sarapan sedap.






mesyuarat panitia bahasa inggeris di bilik SAC. cik zira tetap penyelarasa SAC. tahun 2012 ni nak bagi elok lagi. baiki mana yang kurang. nak lantik pengawas SAC kelas yang cik zira ajar nanti, 3D untuk tolong cik zira jaga dan kemas SAC tu. selagi diberi tanggung jawab, selagi itulah cik zira akan jaga dengan baik. Insya Allah.






balik pukul 12 lebih. dalam perjalanan teringin ayam goreng spicy McD yang dah lama tak dapat makan. nak beli asyik dah habis je. terus ke drive tru. dapat jugak. happy sangat. beli 2 set. satu untuk cik zira. 1 untuk kat rumah. dalam kereta makan fries dulu.






sampai rumah terus makan. kan dah lama nak makan baru dapat. bayangkan lah macam mana rasanya,, hehe


wajib ada kepak ayam




tapi sayanglah. ayam goreng McD yang sepatutnya sedap dan besar, dah jadi kecik dan tak sedap. padahal harga ayam dah turun. eceh, mentang-mentanglah suami berniaga ayam. yelah, dah tahu ayam mcd memang terbaik. tiba-tiba kecik dan tak sedap. sedih sangat. tapi tetap makan sampai tinggal tulang,,, ;)






okeh. kena duduk diam-diam. tak boleh nak teringin apa-apa dah. makan je keje. isyh-isyh.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 disember 2011 8.32 p.m.

2 comments:

Azlina said...

wawawa......nak tdung mcm ni ;( cantik la

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah, carilah. memang cantik. senang je nak pakai,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails