Ya Allah, semalam kan, cik zira meredah seorang diri menuju ke majlis perkahwinan Amin & Nik di Bandar Tenggara, Kulaijaya. gerak dari rumah pukul 12 tengah hari. makan bihun dulu. masa nak pergi bik ani kata situ dah nak ke kluang. mahu 2 jam lebih. aduh, cik zira dah cuak. ingatkan dekat macam nak gi kulai jek.
serius sangat jauh! nun jauh ke dalam. sesat banyak kali. tanya orang pun nak dekat 5 orang cik zira tanya. akhirnya masa dah nak putus asa, nak nangis dah, jumpa pun jalan perwira tu. jumpa pun rumahnya. syukur. sampai dalam pukul 1.45 petang macam tu.
datang, makan dulu. pengantin tak sampai lagi. makan pun sorang-sorang jelah. makan sampai habis macam biasa. lepas tu tunggu sekejap. dah nak dekat pukul 3 pengantin tak sampai jugak. cik zira terus bagi hadiah dan sampul salam dengan kakak amin kot, pergi kat kereta. tunggu dalam kereta jap kot-kotlah sempat jumpa nik dengan amin, tapi tak sempat jugak. dorang lambat.
bebudak kompang pun tunggu pengantin tak sampai-sampai
dapatlah beg dengan berkat bawa balik. tak dapat jumpa pengantin.
jalan balik sejam je macam tuh sebab dah tahu jalan. sampai terus solat zohor. nasib baik sempat.
si isteri yang berdikari,, =)
tak dapatlah bergambar dengan pengantin. tapi datang jauh-jauh, sesat-sesat. nasib baik hati kuat. redah jugak.
kepada nik dan amin, semoga berkekalan sehingga ke akhirnya ye,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 24 disember 2011 8.18 p.m.
4 comments:
cik zira....tudung yg awk pkai tu cantik la bli kat mana yek ;)
beli online je dEar,,
kena pandai cari yang cantik dan murah,, =)
awk...if x keberatan bleh g tau x bli kat mana? Tq
Bli online yek.....bleh tau link nye pls ;)
Post a Comment