semalam, cik zira dan anak tokcik, amy men amek gamba sikit untuk baju arab. lepas setel bergambar, cik zira bawa amy ke jusco tebrau. punyalah ramai orang. parking penuh. kitorang parking kat tesco dan berjalan ke jusco. senang. tak payah sesak-sesak.
ajak amy makan dekat black canyon restaurant. pernah makan situ sekali jek dulu ramai-ramai dengan bik hanifa dan kezen-kezen lepas men boling.
kitorang makan nasi dan 3 jenis lauk. yang set untuk 2 orang. ada tomyam yang power sedap, sayur campur dan ayam dan telur masak kicap pedas.
lepas tuh tamak, tambah fettucini masak pedas jugak sepinggan. orang tamak kan. bila tanya amy dia pun kata ok, cik zira pun apa lagi, order jelah. tapi sian dia. dah makan nasi terus kenyang. cik zira habiskan semua. cuma fettucini tu je tak kena sangat dengan selera cik zira dan lagipun dah kenyang nasi habiskan sebelum tu.
minuman pulak cik zira order phuket paradise dan amy amek strawberry delight.
penuh sangat jusco semalam. black canyon pun penuh dan semua restoran memang ramai orang. cuti krismas kan semalam. semua nak berjalan. nasib baik balik jalan tak jam. lengang jugak. sempat sampai sebelum maghrib.
makan semalam tu semuanya RM 61.15. satu set nasi dan 3 lauk. fettucini dan 2 minuman.
sebelum balik sempat tapau apple ice blended
review cik zira :
- nasi dan lauk terutama tomyam yang power sedap : 4 bintang
- fettucini : 2 bintang
- phuket paradise & strawberry delight : 3 bintang
memang kekenyangan. nasib baik keta parking kat tesco. dapatlah berjalan sikit turunkan makanan. solat asar pun di tesco je sebab jusco sure penuh. tesco dapat solat dengan tenang,,, =)
dah. cukup makan di luar. makan di rumah plak ye cik zira.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 25 disember 2011 9.30 p.m.
No comments:
Post a Comment