SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, December 28, 2011

sudah mula bertugas semalam.





Assalamualaikum kepada semua yang disayangi...
cik zira akan bercerita pasal kahwin tapi akan diselitkan juga apa yang terjadi pada cik zira seharian. macam biasalah. blog MERAH ni kan banyak bercerita pasal si MERAH. pasal kerjaya sebagai cikgu lah, pasal makan lah dan macam-macam pasal lagilah,,, ;)






dan pagi ni cik zira nak bercerita pasal semalam. semalam, 27 disember 2011, cik zira dah mula bertugas. kejap sangat rasa cuti. dah naik kerja balik. dah kahwin pun. dah ada panggilan Puan pun di depan tu. bukan lagi Cik Hazirah ye. dah jadi puan. kena sedar diri sikit,,, hehe


muka dah macam makcik betul!




nak bangun rasa malas sangat. yelah kalau selalu subuh pun 6 lebih. tapi semalam nak bangun pukul 6 tu rasa malas sangat. boleh siap tido balik beberapa minit. aduhai. sampai sekolah pun lengang lagi. ramai belum sampai. semalam mesyuarat ringkas je. secara details semua bermula hari ni sampailah jumaat. isnin dan selasa pun masih bertugas pagi. rabu je dah mula sekolah, pergi sekolah macam biasa, sesi petang.






penyelia petang kesayangan, kak ti dah pindah sekolah. rindu sangat dekat kak ti. tapi, apakan daya. demi tugas kak ti terpaksa tinggalkan kami semua cikgu sesi petang dan digantikan dengan pn. amnah saat, sedara cik zira jugak. jumpa juga satu sekolah. balik terus bagi tahu atok dengan bik ani,,, =)






dah dapat buku rekod. dah tulis sikit. dah dapat jadual waktu. cik zira tak pegang kelas. tapi kemungkinan besar akan pegang kssr tahun 2 untuk bahasa inggeris sebab pergi kursus hari tu. nanti masa mesyuarat panitia bahasa inggeris mesti kena semak balik fail kursus.






cik zira akan mengajar 4 kelas. 1 kelas tahun 3D dan 3 kelas Tahun 2A, 2B dan 2H. aduhai, 2H kelas belakang sekali yang budak-budaknya kelas belakang tahun 1 tahun lepas. memang mencabar ni. takut pun ada. dahlah mengajar bahasa inggeris. pulak tu siap kena mengajar muzik. aduhai. cabaran jugak lagi. bukan tak pandai nyanyi-nyanyi. memang cik zira suka sebab mengajar bahasa inggeris pun cik zira selit nyanyian selalu dalam kelas. tapi, belum ada pengalaman menjadi guru muzik. takpe, kena tanya cikgu-cikgu muzik yang lain. tak tahu, rajin bertanya kan?






takpe, tahun baru. tahun 2012, segala cabaran harus ditempuh. yang pasti, akan berusaha untuk menjadi guru yang baik yang dapat mengajar anak-anak dengan baik. Insya Allah.






mesyuarat semalam habis cepat. cik zira pun chaw awal. tak tunggu makanan pun. balik, makan dulu. lepas tu ke menara hasil, hantar BR1M tu. punyalah ramai orang. tapi takpe. beratur kejap je nak hantar borang sebab dia buka kaunter banyak.






lepas setel borang di menara hasil tu, terus setia tropika amek baju dekat dobi. dah wangi dah baju kahwin semua. simpan dulu elok-elok. mana tahu ada yang nak sewa ke kan lepas ni.






selepas ke setia tropika, terus ke kampung melayu. beli ais jagung sedap dengan bihun soto dan soto nasi. kemudian terus balik. penat sangat dah badan.






petang lepas makan, mandi solat, rehat badan dan tido petang dengan lenanya. lama sangat dah tak tido petang macam semalam. lepas ni dah tak boleh sebab dah mula kerja petang. takpe, kasi can beberapa hari yang ada ni.






mood cuti dah tiada. suami pun dah jauh. kena berlagak macam single balik. buat apa pun sendiri macam biasa. kena bagi mood kerja tu betul-betul ready dalam badan dan dalam otak. 






All the best buat diri sendiri ye cik zira!!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 disember 2011 8.56 p.m.

6 comments:

Azlina said...

Cantik2 tidung zira....yg merah ni pun menggoda la ;)

~azillakhalison~ said...

caiyok2..hehe..muke seri pengatin lg tuh kan

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Azlina :


murah2 je semua yang,, =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

~azillakhalison~ :


ye ke zila? dah macam muka makcik2 dah tengoknya,, ngee

Azlina said...

Awk.....if x keneratan bleh g tau x bli kat mana? Tq

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Jalan TAR dEar,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails