SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, September 30, 2011

Selamat Pengantin Baru BFF tersayang






tika dan saat ini, sahlah BFF cik zira, Nuremelia menjadi isteri kepada suaminya tercinta, Eddy. malam ini menjadi saksi kasih sayang dimeterai dengan ikatan pernikahan yang direstui kedua keluarga dan semuanya.






cik zira sangat gembira untuk BFF cik zira dan doakan perkahwinan Emy & Eddy berkekalan sehingga ke akhirnya.


kamar beradu pengantin yang simple tapi cantik,,, ;)




Selamat Pengantin Baru sayangku. Semoga menjadi isteri solehah dan ibu yang mithali kepada anak-anak tak lama lagi,,, =)






cerita lanjut nanti cik zira coretkan ye dalam blog MERAH ini. sekarang masih sibuk. esok pun sibuk jugak. cik zira jadi pengapit tau. buat pertama kali dalam hidup ni jadi pengapit. takut,,, huhu






okeh semua. sampai ketemu pula di entry seterusnya ye. tata.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 30 september 2011 11.07 a.m.

latihan rumah sukan





bermula selasa yang lalu sampailah ke minggu depan dan juga minggu sebelum hari sukan, anak-anak yang terlibat dan terpilih untuk masuk acara akan berlatih mengikut pasukan masing-masing bagi memastikan kejuaraan milik rumah mereka


gambar sekerat teacher hazirah yang MERAH




cik zira wajiblah kan rumah MERAH. setiap kali datang sekolah pakai baju MERAH, tudung MERAH, sampaikan kat padang pun bila panas buka payung MERAH. semangat MERAH betul. dah nama pun pencinta MERAH kan,,, ;)










minggu depan cik zira takde sebab kena pergi kursus, jadi tak dapatlah turun padang bagi semangat kat anak-anak rumah MERAH. takpe, hari sukan nanti cik zira akan jadi paling semangat memberi sorakan kepada rumah MERAH. bagi semangat kat anak-anak rumah MERAH.






16 Oktober nanti Hari Sukan dan Hari Karnival SK Taman Cendana, sekolah cik zira. tak sabar walaupun sibuk tapi nak habiskan oktober cepat-cepat kalau boleh,,, ;)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 30 oktober 2011 11.02 a.m.

menu semalam, khamis 29 september




semalam makan sangat banyak :





pagi - nasi goreng + nuget
pukul 11 - bihun sup
dekat sekolah - dadih 2
balik sekolah - bihun sup lagi + nasi ayam penyet
dekat rumah BFF - bihun goreng singapore






wah, sangat banyak cik zira makan tau semalam. memang naiklah badan berkilo-kilo. huhu







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 30 september 2011 9.26 a.m.

Thursday, September 29, 2011

jumaat dan sabtu yang bakal sibuk





esok cik zira minta cuti sebab BFF kahwin. lagipun kalau sekolah, balik sekolah tak sempat. nasib baik hari jumaat masa pendek. dah siapkan lembaran kerja untuk cikgu ganti.






esok cik zira ingat nak pergi sekolah jugak sebab nak bereskan kedatangan dan tutup register untuk bulan ni. lagipun minggu depan cik zira takde kat sekolah, berkursus KSSR. jadi kena siapkan esok jugak.






petang pergi rumah BFF sebab lepas isyak dia dah nak nikah. wah, mesti berdebar. dan sampai masa dah BFF cik zira tu nak jadi isteri orang. balik mesti agak lewat malam. lagipun kena bawa bubur BFF tempah dengan bik ani untuk bagi orang datang malam esok.






sabtu plak majlis BFF lagi, BFF minta cik zira jadi pengapit. terharu betul. macam nak kena beli bajulah. yang ada tak cukup ungu seperti temanya. beli baju ungu lah satu,,, ;)






petang sabtu tu ke atau sebelum maghrib dah kena balik sebab rumah tokyam ada kenduri tahlil tujuh hari asyik meninggal dunia.






harap-harap semuanya berjalan lancar dan cik zira dapat ikut perancangan cik zira dengan baik. berada di samping BFF dan berada sama dengan mak leha dan dalam masa yang sama, kerja sekolah pun setel. Insya Allah.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 september 2011 9.46 p.m.

nak kongsikan bersama satu ilmu





cik zira ada terbaca baru-baru ni, tu nak kongsikan lah. mana tahu masih ada yang belum tahu.






cik zira baca, tak elok dan tak baik kalau kita gunakan perkataan salam bagi menggantikan Assalamualaikum. terutama dalam sms. seringkali, dan cik zira jugak selalu gunakan perkataan 'salam' tu. rupanya, kalau nak guna kan pendek bagi menggantikan Assalamualaikum, boleh dan lebih elok gunakan perkataan 'As salam'. maksudnya lebih baik daripada 'salam' itu yang membawa maksud tidak baik. 






lagi satu, kalau jawab salam yang betul ialah Waa'laikumus Salam. bukannya waa'laikum salam.






dan lagi, jangan gunakan perkataan bye-bye jugak sebab maksud dia pun tak elok. jadi gunalah tata ke kan dari guna bye tu.






jadi, sama-sama lah kita perbetulkan mana yang salah kita buat selama ini. ubah gunakan yang betul dan membawa maksud yang baik. Insya Allah.






p/s betul atau salah cik zira tak pasti. tapi rasanya betul lah sebab dari seorang ustaz yang berkongsikan kebenaran. cik zira kongsikan dekat sini.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 september 2011 9.52 p.m.

semalam, rabu 28 september 2011




okeh, ini cubaan update entry pagi secara ringkas. cubaan k cubaan.






@ nak cakap pasal makan dulu. sarapan laksa johor pada pukul 7 lebih pagi. awal kan kan. pukul 11 makan nasi + kari ikan + sayur goreng telur. kat sekolah makan dadih sampai 2 kali sebab sangat suka. malam ratah kepala ikan masak kari + sayur ulam + kepak ayam goreng cicah sambal belacan.






@ pergi sekolah seperti biasa. mengajar 2 kelas sebelum rehat, selepas rehat latihan rumah sukan. semalam rumah MERAH buat larian 200 meter, tahun 2 dan 3 sahaja yang mana terlibat. yang lain ramai-ramai tu tengok jek dan memang susah nak kawal dorang bila dah pakai baju sukan dan berada di padang. dah macam apa dah. adalah beberapa tu yang tak bernasib baik kena dengan teacher hazirah ni. baru tahu sape degil memang kenalah jawabnya.






@ oh, balik semalam lewat sampai rumah. jalan sibuk. tapi takpe, yang penting sampai rumah terus dapat makan sedap,,, =)






rasanya berjaya kot cubaan update entry ringkas pagi ni. cukup ringkas tak? hehe






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 september 2011 8.41 p.m.

Wednesday, September 28, 2011

gara-gara si anai-anai






rumah kan, bila dah si anai-anai bermaharajalela, memang habis ranaplah rumah tu kalau dibiarkan sahaja. kena buat sesuatu untuk menghapuskan musuh utama rumah itu. wah, semangat habis ni nak cerita.






rumah atok ni dulu dah buat sekali gara si anai-anai ni, tapi bawu jek bape tahun dah kena buat lagi sebab naik lagi si anai-anai membuat penempatan haram. jadinya, bumbung depan rumah dekat bahagian depan terpaksa dibuka untuk buat yang baru sebab dah banyak sangat makhluk Allah tu menguasai rumah atok ni.






sebelum pergi sekolah ada 3 orang lelaki yang buat tu dah buka semua siling atas. bekerja keras. tapi, balik rumah cik zira tengok dah macam kena ribut plak bumbung tercabut padahal nak betulkan balik je. rasa lain bila depan dah takde bumbung,,, keluar je terus nampak langit,,, hee



sebelum ini


dah takde bumbung depan, keluar rumah terus nampak langit,,, =)





rumah ni lagi-lagi jenis berkayu kan, kenalah hati-hati sebab anai-anai ni nampak macam takde pape, tapi pelan-pelan dengan kuasa dia, rumah boleh hancur tau. percayalah. kalau ada, cepat-cepat amek tindakan k untuk selamatkan rumahku syurgaku,,, ^____^






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 september 2011 8.37 a.m.

KOLEKSI CHANTEK & CHENTA

wahai pelanggan ... REDshop ... yang disayangi sekelian, ada yang masih mencari baju cantik yang simple tapi lain dari yang lain?






cik zira mahu ambil order untuk :


  • Kaftan Chantek ( lengan butterfly )
  • Jubah Chenta ( lengan aladdin )
  • Kurung Chantek ( lengan butterfly )
  • Kurung Chenta ( lengan aladdin )






ukuran adalah seperti di bawah :



*Ukuran Dalam Inci*

(SIZE 1)
Ukuran S

Bahu- 13-14
Dada- 32-34
Pinggang- 26-28
Punggung- 34-36
Lengan- 16
Labuh Tangan- 22
Labuh Jubah- 56
Labuh Baju Kurung- 39
Labuh Skirt/Kain- 40-41


(SIZE 2)
Ukuran S-M

Bahu- 13-14
Dada- 34-36
Pinggang- 28-30
Punggung- 38-40
Lengan- 16
Labuh Tangan- 22
Labuh Jubah- 56
Labuh Baju Kurung- 39
Labuh Skirt/Kain- 40-41


(SIZE 3)
Ukuran M-L

Bahu- 14-15
Dada- 36-38
Pinggang- 34-36
Punggung- 40-42
Lengan- 17
Labuh Tangan- 22
Labuh Jubah- 56
Labuh Baju Kurung- 39
Labuh Skirt/Kain- 40-41


(SIZE 4)
Ukuran L-XL

Bahu- 15-16
Dada- 40-44
Pinggang- 38-40
Punggung- 46-48
Lengan- 22
Labuh Tangan- 22
Labuh Jubah- 56
Labuh Baju Kurung- 39
Labuh Skirt/Kain- 40-41


(SIZE 5)
Ukuran XL-UP

Bahu- 16-17
Dada- 48-50
Pinggang- 50-52
Punggung- 52-54
Lengan- 22
Labuh Tangan- 22
Labuh Jubah- 56
Labuh Baju Kurung- 39
Labuh Skirt/Kain- 40-41



Kurung Chantek

Kurung Chantek

Kurung Chantek

Kaftan Chantek
Kaftan Chantek

Kaftan Chantek
 Kurung Chenta

 Kurung Chenta

Kurung Chenta



 Kaftan Chantek

 Kaftan Chantek


 Jubah Chenta

Kaftan Chantek & Jubah Chenta



Kain adalah dari jenis lycra yang apabila dipakai di badan adalah sangat cantik dan terletak menampakkan badan lagi langsing.






cepat sayang-sayang sekalian sebab cik zira gerenti tak menyesal dapatkan koleksi ni sebab memang sangat cantik walaupun plain namun boleh digayakan dengan rantai mahupun kerongsang yang besar-besar untuk menyerlahkan penampilan. bagi yang berhijab, padankan dengan hijab bercorak pasti cantik dan bergaya!!






CEPAT!!







HARGA ASAL : RM 250
HARGA PROMOSI : RM 160 
( termasuk postage )





sesiapa yang mahu order, sms atau telefon cik zira segera ye!! 
012-7962386





cara tempahan :


sila nyatakan, 


  • nama
  • jenis koleksi sama ada Kaftan Chantek, Kurung Chantek, Jubah Chenta atau Kurung Chenta
  • saiz
  • warna (sila tengok di carta warna di bawah)






cepat ye!!
order sekarang dan tarikh tutup tempahan pada 15 Oktober.





~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 28 september 2011 9.12 a.m.

semalam, selasa 27 september 2011





cubaan update secara ringkas.






PAGI



@ awal pagi di rumah sebelum ke sekolah tak buat apa. cuma siapkan keje mana yang patut. keluar umah sekejap amekkan duit bik ani itu pun dekat atm dekat je ngan umah. lepas tu terus bersiap nak ke sekolah.





@ pakai baju sukan sebab mula latihan sukan semalam. semangat MERAH tau cik zira dapat rumah sukan MERAH ni. baju tudung harus MERAH. hari ni pun sama,,, ;)






SEKOLAH 



@ sampai sekolah macam biasalah buat kerja. minta cuti dengan kak ti untuk hari Jumaat ni sempena perkahwinan my BFF. sanggup tau cuti sehari untuk BFF kesayangan hati tu




@ mengajar seperti biasa tapi rasa lain sikit sebab pakai tshirt dengan seluar. lagi rasa bebas nak bergerak. best!




@ lepas rehat, semua di padang mulakan latihan sukan. rumah MERAH berlatih larian 100 m. seronok tengok anak-anak berlari. em, harap sangat rumah MERAH dapat menang tahun ni memandangkan tahun lepas kalah tipis pada rumah kuning. takpe, tahun lepas cik zira tak jaga sukan, tahun ni siap jadi pengacara majlis di padang, memang sokong MERAH jelah tak sudah,,, hehe




@ balik jalan tidaklah sesibuk mana. sampai seperti biasa, tidaklah lambat sangat






MALAM




@ makan tomyam dulu sampai dari sekolah. mandi, maghrib, isyak dan terus ke rumah tokyam untuk kenduri tahlil hari ketiga untuk arwah asyik. tolong mana-mana yang patut. balik lambat sebab habiskan membasuh semua baru balik dalam pukul 11 macam tu. lewat dari 2 malam sebelumnya




@ sampai rumah gosok gigi apa semua dan mata sangatlah mengantuk. cakap kejap je dengan encik buah hati lepas tu tido.






MAKANAN




@ cik zira sarapan pukul 7 lebih makan nasi ayam + kepak ayam masak MERAH




@ dekat sekolah makan dadih dengan kerepek




@ balik sekolah makan tomyam campur




@ dekat kenduri makan laksa johor






nampaknya cubaan tidak berjaya. nak ringkas pun macam tak ringkas. adoi!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 september 2011 8.29 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails