SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, March 20, 2012

semalam : isnin, 19032012




semalam ialah harinya bermula kembali persekolahan setelah seminggu bercuti pertengahan semester 1. nasib baik tak berat hati nak pergi sekolah dan semuanya berjalan dengan baik.






hari pertama untuk minggu ni pakai baju warna coklat. bawa bekal cendawan goreng + sambal tempe.






mengajar macam biasa dan alhamdulillah tiada marah-marah dalam kelas. semua mengikut kata.






balik pun perjalanan lancar dan sampai rumah pukul 7.10 malam. balik terus makan sebab lapar sangat. makan bihun sup + sayur + cendawan goreng + sambal tempe jugak. lauk ada lagi. makan mana yang ada.






hari pertama di minggu ni berjalan dengan baik. malamnya buat kerja Dunia Seni Visual untuk kelas 1A. payah jugak bila takde ilmu pasal seni kena ajar seni. banyak benda tak tahu dan bukan pakar di situ. tapi nak tak nak, kenalah buat jugak. cuba hazirah ye!






minggu ni ada 2 program besar SKTC. khamis ni datang pagi ada Sambutan Maulud Nabi peringkat sekolah. sabtu pula ada Mesyuarat Agong PIBG. cik zira kena sedia untuk bahagian cik zira sendiri. minggu naik cuti yang sibuk.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 19 Mac 2012 9.33 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails