SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, May 31, 2012

bihun sup pedas tiga kali.




sejak dekat JB hari tu, cik zira asyik nak makan bihun sup pedas. sampailah ke Penang ni, suamiku yang tolong belikan bihun sup pedas-pedas.






hari kedua, sedap tapi kurang pedas jugak.






hari ketiga, petang semalam pun suamiku carikan lagi. kali ni punya pedas suamiku yang tak tahan. cik zira suka. tapi, kalau boleh, nak pedas-pedas lagi. biar sampai telinga berasap. belum dapat yang sangat pedas. 






suamiku pun dah sama-sama makan bihun sup sebab bila belikan isteri dia ni, dia tapaukan untuk dia sekali. rasanya cukup dah kot nak makan bihun sup pedas. kita cuba menu lain yang pedas-pedas jugak.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 31 mei 2012 9.20 a.m.

Makan Makanan Sihat.




seringkali orang berkata pasal Piramid Makanan dan Menu Makanan Sihat. tapi, seringkali itu jugalah tidak ramai antara kita yang praktikkan untuk makan makanan yang sihat kan?






yelah, nak buat macam mana. makanan yang sedap-sedap semua makanan yang tak sihat. makanan yang tak sedap, takde rasa sume makanan sihat. jadi, macam mana tu kan?






bila bercakap pasal minum air masak plak. badan kita memerlukan 7-8 gelas air masak sehari. tapi, cik zira sendirilah, memang susah sangat nak dapatkan jumlah air sebanyak itu dalam sehari. aduhai.






takpelah, mana yang boleh kita biasakan, kita praktikkan, sama-samalah kita cuba ye. memang bukan mudah, tapi kalau kita cuba buat, cuba amalkan. tak dapat banyak, sikit pun jadilah kan. Insya Allah.





~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 31 mei 2012 9.08 a.m.

teringin nak merasa burger bakar.




cik zira kan pertama kali tengok dan tahu pasal burger bakar ni masa tengok JJCM musim baru yang dalam episod mencari burger bakar tu. aduhai, tengok daging burgernya kecur perut. lepas tu dengan cheesenya. aduhai, memang lah nak sangat-sangat!






pagi-pagi ni teringat dan terus search gambar dekat google. yang paling popular tu lah Kaw-Kaw burger bakar. tengok gambar sampai beratur orang nak membeli.






gambar-gambar yang ada pun cukup membuatkan cik zira terliur. dekat JB payah kot nak cari. dekat Penang pun macam tak berapa nak femes lagi burger bakar. tapi, kalau ada sape-sape yang tahu kat mana ada burger bakar area JB dengan Penang, bagi tahu ea. teringin jugak nak merasa.








alahai burger bakar!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 31 mei 2012 8.40 a.m.

Wednesday, May 30, 2012

sempat makan laksa seringgit sebelum balik Penang.




hari isnin lepas kan cik zira berdating dengan BFF tersayang. lepas je makan dan berjalan di Plaza Pelangi, BFF kata nak cari laksa penang seringgit dekat Pasar Malam Kampung Melayu tu. apa lagi, cik zira pun ok jelah. yelah, cik zira pun dah lama sangat tak makan laksa penang seringgit yang sedap tu. selalu balik sekolah dah lewat, tak sempat nak menyinggah pasar malam segala. harapkan cuti jelah baru dapat ke pasar malam.






berjalanlah cik zira dengan BFF di pasar malam kampung melayu tu. BFF nak rasa, dia beli 2 bungkus. cik zira beli 3 bungkus. 2 bungkus untuk cik zira sendiri. memang tak cukup kalau makan sebungkus je. lagipun harga RM 1 je. kuey teow, bihun, mee goreng dia pun harga RM 1 lagi. dah tak dapat kat tempat lain.






balik je lepas asar, terus buka laksa penang dua bungkus tu sebab masih panas lagi. makan panas-panas memang sedaplah kan!






memang nikmat! memang sedap! licin satu mangkuk cik zira bedal. merasa jugak laksa penang seringgit sebelum balik Penang. alhamdulillah.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 30 mei 2012 7.31 a.m.

Anlene Yogurt.





hari tu masa pergi cold storage dengan BFF, cik zira beli jus oren dengan yogurt.





ini kali pertama cik zira amek yogurt anlene. selalu anlene susu kan, yogurt pun ada rupanya. barulah tahu,, hehe. yogurt anlene ni kecik dari yang nestle punya tu. ada 2 pek harganya RM 3.++.






balik rumah petang tu, terus cik zira rasa yogurt tu. Ya Allah, memang sedap sangat. cik zira amek perisa mangga. mangga dia memang terasa sedap dan tekstur yogurt dia sangat lembut bagaikan ais krim. laju je cik zira habiskan yogurt tu.






sumpah jatuh cinta dengan anlene yogurt ni. walaupun saiznya kecik, tapi kesedapannya tidak terkata. lepas ni kalau nak beli yogurt, konpem anlene yogurtlah pilihan hatiku!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 30 mei 2012 7.23 a.m.

30 Mei 2012.




keadaan cik zira tidak mengizinkan lah. sampai je subuh semalam dekat Penang, lepas subuh je terus terbaring je. badan tak larat sangat. sudahnya, duduk dalam bilik je rehatkan diri seharian semalam.






hari ni kondisi badan masih tidak berapa baik. tapi, gagahkan jugak diri lepas subuh buka laptop untuk siapkan entry hari ni. selagi terdaya, akan kuteruskan jua,, eceh!






cik zira harap sangat keadaan diri cik zira akan baik semula. penatlah badan tak larat macam ni. tolong doakan sama ye.






apa pun, entry petang dan malam tetap on seperti biasa dan rasanya makin banyak plak entry pasal makanan. well, you know me quite enough right? makan tu dah kemestianlah kan,,, hehe






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 30 mei 2012 7.15 a.m.

Tuesday, May 29, 2012

makan tengah hari di Vivo.





ini apa yang cik zira dan BFF makan tengah hari di Vivo masa dating petang semalam. semalam kat JB lagi, sekarang dah kat Penang. macam dekat je kan,,, ;)






cik zira makan baked rice + mushroom soup + apple juice. BFF makan baked pasta + muhroom soup + watermelon juice.








kenyang dapat makan. licin kitorang makan. sian baby dalam perut BFF lapar. tu sampai-sampai terus makan dulu. sambil makan sambil berborak.






nanti kita dating makan-makan lagi k BFFku sayang.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 mei 2012 6.53 p.m.

seri bakal ibu.




petang semalam cik zira sangat gembira sebab dapat berdating dengan BFFku tersayang.


dalam lif,,, =)



BFF cik zira makin berseri sebab bulan lapan nanti akan bergelar seorang ibu.






BFF bawa cik zira pergi Plaza Pelangi. sampai je terus kitorang makan dulu sebab baby dalam perut BFF belum makan lagi. dia lapar. tak tahu nak makan kat mana, kitorang terus menuju ke Vivo sahaja.





lepas makan, kitorang jalan cuci mata dalam Metrojaya. tengah ada jualan murah, tapi tak beli apa pun. tengok-tengok aje.






lepas dah puas cuci mata dalam metrojaya, kitorang jalan cuci mata dalam cold storage plak. seronok tengok barang-barang dalam cold storage tu sebab barang dia lain dari supermarket yang biasa. semua segar-segar. cik zira beli jus oren dengan yogurt.






eh, panjang plak cerita dating cik zira dengan BFF ni. maklumlah, susah sangat kitorang nak keluar sama-sama. bila dua-dua cuti dan ada masa free, barulah dapat jumpa dan borak-borak.






okeh, jom tengok BFF kesayangan cik zira yang makin berseri-berseri ni. seri bakal ibu lah katakan.


 bukan main lagi membelek




comel,,, =)




terima kasih BFFku. jaga diri baik-baik ye. Insya Allah, nanti kita jumpa lagi ye. sayang kamu!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 mei 2012 6.47 p.m.

29 Mei 2012.




Alhamdulillah. cik zira dah sampai di Penang subuh tadi. lepas solat subuh je terus tido rehatkan diri sebab dah sebulan tak duduk berjam-jam dalam bas.






bagi cik zira rehat cukup-cukup dulu ye. nanti dah segar, dah cukup rehat cik zira update blog seperti biasa.






mulai hari ni, cik zira akan habiskan cuti pertengahan semester ni bersama suamiku di Penang ini. tadi dah jumpa suamiku. gembira. tapi, dia dah pergi kerja, tunggu suamiku balik tengah hari nanti,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 mei 2012 6.30 p.m.

Monday, May 28, 2012

28 Mei 2012.




sekarang cik zira berada di Larkin Sentral. bas cik zira bergerak ke Penang jam 10 malam.





cik zira akan menghabiskan cuti sekolah pertengahan semester ni bersama suamiku di sana. semoga cik zira selamat sampai di Penang. Amin.









~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 mei 2012 3.30 p.m.

bihun sup pedas.




alkisah. ini cerita petang semalam. tekak nak makan bihun sup thai yang pedas-pedas dan panas-panas. lalu, selepas asar, isi minyak kereta dulu kemudian terus menuju ke kedai tomyam.






orderlah cik zira ni bihun sup pedas 2 bungkus dan bihun goreng sebungkus. tapau untuk makan malam orang di rumah.






sampai je rumah, terus tuang dalam mangkuk. penuh satu mangkuk besar. suapan yang pertama tu ah, sedapnya! dengan panas-panas lagi makan. cuma, tak cukup pedas lah. kena letak lagi cili padi tu.






makan habis semangkuk besar penuh tu. terus kekenyangan. gembira bila dapat apa nak dimakan,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 mei 2012 6.21 p.m.

siapkan kerja.





oleh kerana malam nanti cik zira dah nak naik bas balik Penang berjumpa suamiku di sana, jadi, pagi-pagi ni cik zira kena siapkan semua kerja. mula-mula yang penting kena siapkan iron baju ngan tudung kerja 5 pasang untuk naik sekolah nanti.


esok jumpa ye suamiku




lepas dah iron baju, barulah packing barang nak bawa balik Penang. tak banyak pun barang nak bawa balik. bawa beg kecik je.






esok pagi dah dapat jumpa suamiku. dah sebulan tak jumpa. okehlah, cik zira siapkan keje cik zira dulu ye. lepas zohor nanti nak berdating sekejap dengan BFFku tersayang. yay!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 mei 2012 3.35 p.m.

Sunday, May 27, 2012

sudah 5 bulan.





memulakan ikatan sah pada 11.12.2011 dan masih kekal bersama. syukur alhamdulillah.






sudah di bulan kelima. sentiasa berdoa Allah berikan yang terbaik dan kebahagiaan untuk hubungan ini kekal selamanya. Amin.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 mei 2012 3.15 p.m.

sesekali jadi tamak.





hari selasa lepas, balik sekolah je cik zira teringin sangat nak makan McD. mula-mula tekak rasa nak makan ayam goreng spicy McD. lepas tu rasa nak makan chicken foldover tu sekali. cik zira pun ada buat entry pasal dua makanan ni sebelum ni.






bila dah kena pilih ni mana satu nak, cik zira malas nak pilih. lepas maghrib je, terus menuju ke drive-tru. cik zira beli ayam dengan foldover. dua-dua sekali cik zira beli. tamak kan?






suamiku kol, cik zira bagi tahulah cik zira beli dua sekali. terus dia kata, " tamak betul."






tamak tak tamak, tekak dah teringin nak makan dua-dua sekali. tak kan nak sekat pulak kan. lagipun, memang cik zira boleh habiskan pun.


 terbaik selalu!






cik zira habiskan ayam goreng dulu. lepas tu baru pelan-pelan habiskan foldover pulak. memang tak bazir pun. habis semuanya. air cik zira beli orange juice yang masam-masam tu.






nasib baik tamak sikit je. kalau tamak 3-4 makanan sekali, jenuh nak ngabiskan. huhu






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 26 mei 2012 10.52 a.m.

Saturday, May 26, 2012

Mamee Slurp Ayam Kampung.




baru-baru ni cik zira teringin sangat nak makan magi cup. kebetulan ada pergi giant, jadi cik zira pun belilah 1 bungkus mamee kari xtra pedas. lepas tu beli mamee cup 2. satu perisa ayam kampung satu lagi perisa kari xtra pedas.






malam tu, cik zira makan yang perisa ayam kampung dulu. cik zira suka yang dalam cup ni sebab dia punya magi lagi halus, lagi sedap.






letak air panas. tutupm tunggu beberapa minit dan boleh makan. rasa nikmat sangat bila dapat makan mamee cup tu. yang lagi satu cup nanti cik zira makan. 






makan magi ni tak elok sangat. tak boleh diamalkan. tapi, kalau sesekali cik zira teringin, baru cik zira makan. yelah, senang nak buat. letak air panas je, tunggu mee kembang dah boleh makan. sedap pun sedap,,, hehe






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 26 mei 2012 10.37 a.m.

set berkelah yang sangat best!





semalam kan hari jumaat. pagi tu cik zira sempatlah pergi giant nak belikan hadiah untuk kak zuraidah yang merupakan seorang je cikgu SK Taman Cendana yang ada rezeki berpindah. kak zuraidah dapat pindah ke taiping.






jadinya, cik zira sebagai bendahari pergilah belikan hadiah untuk kak ida dari pihak PENDITA. cik zira dah tengok katalog giant. sekali terpandang ada set berkelah yang cik zira rasa sangat comel dan senang nak bawa ke mana-mana.






sebenarnya harga dia RM 39.99, tapi sekarang ada promosi, harga tinggal RM 29.99. ada 3 warna. biru, hijau dengan MERAH tapi tak lah MERAH sangat. cik zira amek yang itu.






mula-mula amek 1 set je untuk hadiah kak zuraidah. lepas fikir punya fikir, cik zira amek lagi 1 set untuk cik zira sendiri. nak simpan. sebab set ni memang comel. letak je semua dalam bekas dia dan bawa je nak makan kat mana-mana.






cik zira pun lepas dah balut hadiah untuk kak zuraidah tu, cik zira buka yang set cik zira punya. nak tengok ada apa kat dalamnya. dia ada pinggan 4 saiz. ada mangkuk, cawan, garfu ngan sudu. untuk 6 orang makan.








serius set nya sangat comel. bukan je untuk keluarga nak pergi berkelah. kepada korang yang masih belajar dekat U ke, dekat maktab ke kan, cik zira sarankan pergi beli. yelah, korang kan suka lepak makan ramai-ramai sama-sama dalam bilik, jadi kalau ada set ni, senang. comel pun comel. semua dah ada. mangkuk, pinggan, sudu, garfu, cawan. tak payah nak beli sikit-sikit. beli 1 set ni semua dapat.






mana nak cari? dekat Giant je. harga dia RM 29.99 tau. ada 3 warna. belilah cepat. jangan tunggu lama-lama, nanti habis stok pulak. beli tau. cik zira dah ada 1.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 26 mei 2012 10.26 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails