masa cik zira pergi giant plentong cari kain ungu dekat nagoya tu, lalu depan old town tau. sekali terus mengidam nak makan wantan. takpelah, setelkan kain dulu. lagipun perut memang lapar dan masa tu dah pukul 2 dah. memang waktu makan tengah hari.
jadinya, masuklah dan duduklah sesorang untuk makan. takpe, cik zira memang dah biasa sejak dulu pergi mana-mana sorang je. dah kahwin pun bila suamiku jauh macam ni pun masih sorang ke mana pun. bila dah mengandung je si baby temankan pergi ke mana sahaja. hehe
jadi, orderlah. yang blackpepper chicken noodles dah pernah rasa. jadi amek yang baru ayam cincang dia plak. nak rasa. oklah, ayam cincang dia rasa kari sikit-sikit. alah, makan wantan ni bukan sedap pun cuma kalau teringin je cik zira mesti nak makan. tapi dia punya mee halus betul. tak macam mee wantan biasa.
minum fresh orange. makan sampai licin, minum sampai habis. dah bayar, terus jalan pelan-pelan nak balik. oh, ingat lagi masa tu 1 Januari 2013. adik india perempuan yang kerja dekat situ tanya baby cik zira bila nak keluar. cik zira cakap tunggu masa je. dia suruh baby keluar hari tu jadi new year baby.
alahai dek non. mana boleh paksa baby nak keluar bila. hehe
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 10 januari 2013 10.06 a.m.
No comments:
Post a Comment