SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, April 19, 2013

kad nikah pintar



cik zira mohon dan buat kad nikah pintar dah lama sangat. masa amek sijil nikah dah siap terus buat sekali. isi borang dan bayaran RM 50 untuk 2 kad. satu isteri satu untuk suami simpan. senang kan. masuk dalam wallet, tak payah nak bawa sijil nikah ke hulu ke hilir. macam IC lah jugak.


masa mohon tu dia kata nanti akan sampai surat suruh amek kad bila dah siap. sampai khalisah dah lahir ke dunia pun tak sampai jugak suratnya.


cik zira dah malas nak tunggu surat. adalah satu hari tu cik zira bawa je sijil nikah pergi pejabat agama johor. naik tingkat dua terus tanya nak amek kad. tanya pegawai dia cakap surat tak sampai-sampai dah setahun dah. resit pun dah hilang mana ntah cik zira letak. malas nak cari.


dia tanya dulu bayar bape. cik zira tak ingat, hentam je RM 30 padahal bayar RM 50 jugak sama je. lupalah, benda dah lama sangat kan. tanya resit ada ke tidak. pegawai lelaki lek je tak banyak tanya, yang perempuan plak tanya macam-macam. macam cik zira ni tak bayar. aduhai kak, kalau tak bayar takkanlah sesusah nak datang nak amek kan kan.


last-last pegawai laki tu bagi bekas yang ada kad-kad nikah pintar belum beramek kat cik zira. dua bekas sekali dia bagi suh cari. cik zira cari bekas pertama terus jumpa. tak lama pun cari. siap jumpa kad member sekolah pun ada. mesti dia pun tak amek lagi tu. hehe


dapat je terus cakap kat pegawai laki tadi dah jumpa dengan tersenyum lebar. cakap terima kasih terus keluar. rupanya dia panggil nak cop dekat sijil nikah. cik zira selamba je keluar. manalah tahu. nasib baik sempat dengar dia panggil.





dah dapatlah pun. suamiku siap pakai songkok. dah tak ingat bagi gambar apa. lama sangat kan baru dapat. terus simpan dalam wallet. yang lagi satu tunggu suamiku balik hujung bulan kot bagi pada dia.


ha, yang baru kahwin tu. mohon buat jugak tau. tapi tunggu sijil nikahnya siap dulu baru buat kalau tak silap k. bayaran RM 50 untuk dua kad pintar. kalau jadi macam kes cik zira tak dapat jugak surat panggilan. pergi je sendiri amek. jangan sampai dah beranak pinak buat tak tahu je k. dah bayar kena ada barangnya ye tak?





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 9 april 2013 11.40 a.m.

2 comments:

cik chinta said...

rtu pon xdpt surt. trs je pg amik. aah, yg pompn tu cm garang. huhu

vanilla said...

cik zira kene mohon eh untuk kad tu? kami kat klantan xmohon pun, masa sibuk2 dgn document2 untuk kawen dulu, mmg isi form n bayar utk kad tu skali. mmg wajib kot bg kad. 3bln dpt...xingat brape bayar. hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails