SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, April 20, 2013

belanja makan birthday sebelum tiba harinya



cik zira berada di penang tak lama selepas pantang tu lebih kurang dua minggu. dari 13-26 mac. 26 mac tu suamiku hantar cik zira dan khalisah balik rumah abah di simpang pulai sebab nak saing abah balik JB.


jadi, birthday cik zira 27 Mac dah tak bersama. dah jauh balik. suamiku pun belanja makan awal. tak tahu nak makan apa, pergi gurney plaza kitorang makan nandos jela.


kebetulan nandos ada promosi untuk dua orang tu. seekor ayam dengan 1 large side atau 2 regular sides. suamiku biasa dia makan ayam je. len-len dia tak suka. tak sedap katanya. tapi cik zira memang suka. cik zira order nasi macam biasa dan coeslaw. licin tau cik zira makan sorang. makan pakai tangan. barulah best makan dengan ayam nandos yang sedap tu. kalau order mesti amek extra hot. tapi takdela pedas mana pun sebenarnya.





dan khalisah sangat baik. agaknya sebab makan ubat selsema sebelum keluar tu. cik zira doa dia tak bangun sampai habis makan. Alhamdulillah. memang habis makan baru dia bangun. tu pun ngantuk lagi. tak nangis. nasib baik. good girl sayang!


terima kasih suamiku. november nanti cik zira pula kena belanja makan. hehe. padahal memang kalau keluar makan-makan je kan. cuma kalau birthday ni jadi istimewalah sikit sebab harijadi. padahal sama je makannya.


ingat lagi tahun lepas suamiku belanja makan steak dekat VS takde khalisah lagi. tahun ni makan ada khalisah dah. syukur Ya Allah.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 9 april 2013 11.53 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails