SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, June 15, 2013

tak pernah jumpa lagi


selain balik penang masa cuti tempoh hari, cik zira dengan khalisah balik jugak rumah abah di simpang pulai. chenta-chenta hati pun cik zira ajak balik berkumpul kat rumah abah. khalisah lah paling happy dapat manja dengan sume orang terutama atok khalisah.


dan kalau balik rumah abah memang kejenya makan jelah. yang abah masak cerita kemudian. entry hari sabtu ni nak cerita 2 makanan yang cik zira tak pernah jumpa lagi.


yang pertama ni biasalah keropok lekor. dah banyak kali jumpa dan banyak kali makan. cumanya, keropok lekor yang chenta hati 2 beli dekat RTC ni jenis bulat-bulat. bila goreng kembang bukan main. dah angkat dari minyak kecut sume. dah macam-macam style keropok lekor ni. rasanya? x sedap sebab letak lada hitam lepas tu banyak tepung dari ikan. kiciwa..



da macam cekodok pun ada. 
sos pun tak sedap sebab bukan sos keropok lekor yang biasa



yang kedua ni memang tak pernah jumpa. abah beli untuk minum petang. tauhu goreng dalam dia inti kacang panjang dengan ikan bilis. yang herannya atas tu dia cucuk dengan cili padi siap ada tangkai lagi. apa motipnya? em, rasa memang tak sedap langsung. tepung goreng tu tak masak. inti dalam tak sedap. cicah dengan sambal kicap pun tak sedap jugak. dahlah banyak abah beli. bazir sangat. abah kata abah beli sebab tak pernah tengok. takpe, lepas ni tak payah beli dah. tak sedap orang tu buat. cili padi tu dah boleh buat masak.







banyak je rupanya makanan pelik sebenarnya kan. cik zira dah jumpa lah jugak beberapa dan antaranya yang dua di atas ni la





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 8 jun 2013 11.06 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails