SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 23, 2013

percaya je ye?


Untung menjadi cikgu budak kecik kecik ni sebab apa yang kita cakap senang senang je dorang percaya. Kadang tu cakap mak ayah pun tak laku. Cikgu je yang betul.


Sambil mengajar dalam kelas selalu cik zira pesan kat anak anak sekolah dengan budi bahasa nilai murni semualah. Dalam pengajaran pun selalu ada nilai baik untuk diterapkan pada anak anak skola.


Dan ayat ayat kat bawah ni cik zira nak kongsikan antara ayat yang selalu cik zira guna dekat skola dengan dorang :

1. Kalau buat keje kena cepat cepat supaya otak kita jadi pantas. Bila otak pantas boleh fikir pantas lama lama jadi pandai. Sape yang buat kerja lambat otak pun lambat nanti tak pandai


2. Siapa nak pandai nak keje bagus bagus kena dengar dan buat apa teacher suruh. Nanti teacher doakan jadi pandai


3. Siapa x bawa buku biar dia x blaja xnak pandai.  Yang bawa buku bagus sangat dengar cakap teacher.  Nanti dia pandai


4. Orang yang mencuba tu dia berani. Takpe kalau salah sebab bila salah kita tahu salah kita. Yang diam je tu dia penakut. X berani nak cuba.


5. Kalau sakit jangan cakap sakit je nanti badan tak kuat.  Tapi kalau cakap " saya kuat " mesti cepat baik da tak sakit lagi


Banyak lagi sebenarnya.  Oleh sebab cik zira ngajo dua kelas dajah satu jadi nak kenakan dorang senang je. Sebab sume pun dorang percaya.  Tapi niat pun sebab nak bagi dorang jadi anak yang baik soleh solehah.


Kadang kalo asek ngadu je. Cik zira suh pegi balai polis ngadu kat polis biar polis tangkap. Hehe

1 comment:

suezen said...

budak2 kecik ni cpt ngikut...hehehe....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails