SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, May 17, 2015

tips : menangani malas


cik zira ni jenis rajin. rajin bukan apa. rajin siapkan sume kerja awal awal. dari zaman skola rendah lagi. masuk skola menengah masuk maktab masuk uum sampaikan dah kerja. dah jadi habit bila dapat kerja je memang akan bagi siap secepat mungkin.

kalau kerja dekat rumah pun seawal boleh akan bagi setel. bangun lepas subuh tu dah setelkan kerja kemas umah masak sume.

sebab apa tau? sebab macam ni :


  • kalau siap awal takyah kalut kalut buat kerja last minit
  • kalau siap awal boleh rehat rehat awal dah lepas tu
  • kalau siap awal banyak kerja lain plak boleh buat

kadang ada time malas jugak. tapi bila rasa nak malas je, terus fikir, kalau tak siapkan kerja, selagi tula asek fikir je. kalau bertangguh nanti kerja kena buat jugak. sama jugak kan.

sebab tu selalu pesan dekat diri, mana kerja yang ada ada masa terus buat. siap cepat senang. boleh jadi rujukan orang lain plak walaupun kadang bukan betul pun kerja tu. haha

dan selalunya bila kerja sume dah setel ada masa terluang time tu la boleh merayap tolong orang lain apa yang patut. kan dapat pahala tu.. =)

oh. sama macam baca Al-quran. mengaji setiap hari. sejak zaman skolah memang akan mengaji. sudah amalkan. lepas subuh dan lepas maghrib atau isyak. macam mana nak jadikan amalan?

  • fikir yang baca quran tu sekejap aje. 4 muka surat baru bape minit
  • fikir yang kalau layan phone sampai sejam pun tahan. 
  • fikir kalau alquran tu duduk simpan je tak baik plak kan
kalau kata subuh tu terlepas baca maghrib ada lagi. kalau terlepas nanti gantilah muka surat tu. setiap kali baca 4 muka surat. kalau tak mahu 1-2 muka surat pun boleh. tak lama kejap aje. bila dah jadikan amalan In Sha Allah tak rasa susah.

cik zira ni selalu fikir macam mana mati nanti. amalan dah cukup ke. bukanlah baik pun. takut bila fikir pasal mati. masuk kubur sorang sorang. jadi mana amalan baik yang boleh cik zira buat, cik zira buat. dan jangan lupa hubungan sesama manusia pun kena jaga. jaga hati orang. jangan bagi sakit.

mati nanti takde siapa dah boleh tolong. semua sendiri. amalan amalan dosa pahala masa hiduplah yang jamin susah ke senang masa mati. benda kecik kecik pun kalau hari hari amalkan bertambahlah sket sket pahala kecik kecik tu kan. bolehlah tolong jugak untuk hidup lepas mati nanti.

cik zira saja nak berkongsi dengan semua. bukan niat riak atau takbur. cik zira bukan ustazah. manusia biasa yang selalu berdoa hari hari makin baik dan menjadi hamba Allah yang baik. sama sama k kita berubah. buat sesuatu kerana Allah. bukan sebab manusia.

semoga kita semua diredhai Allah. amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails