SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, July 28, 2017

Nak kekal langsing walaupun makan macam bela hantu raya

Kalaulah sape sape yang kenal cik zira ni tahu sangatla cik zira ni makan macam mana. Jangan tak percaya tau cik zira boleh makan sebungkus nasi sup cendawan lauk paprik licin pastu terus sambung sebungkus kuey toew goreng licin jugak. Tu baru sket. Hehe

Kiranya kalau nak bawa gi makan buffet untunglah tak rugi sebab memang jenis pemakan.

Sekejap sekejap lapo pastu makan. Lapo lagi makan lagi. Keje nak makan je.

Berat sebelum pregnant ialah 60kg. Last sebelum beranak 82kg. Asekla ulang ulang kan benda ni. Sebab mimpi ngeri bila kenang kembali pregnan kali kedua haritu. Naik 22kg. Bayangkan! Gemok ke gemok??

Masa berurut dalam pantang tu asek tanya je tukang urut boleh kurus balik ke boleh ke. Tak yakin sangat dengan diri sendiri sebabnya tengok cermin Masha Allah lemal sana sini. Gemok gemok gemok.

Dan alhamdulillah. Sekarang bergelar ibu anak dua dapat berat asal sebelum pregnant kedua haritu.

Sekarang duk 57-59kg macam tu. Kalau tak makan sangat 57+ kalau makan banyak naiklah sampai 58+

Cik zira tak diet. Takde pun sekat makan. Rasa mak makan makan je. Nasi macam biasa sebab jenis masak kan dekat uma. Jadi sesuka hatila nak tambah nasi berapa banyak.

Jadi untuk entry harini, cik zira nak sharekan apa yang cik zira amalkan nak masuk 3 bulan ni. Sebab cik zira suka makan dan makan banyak banyak kali. Ha.. paham dak ayat ni. Hehe

Ini amalan cik zira :
1. Air masak minimum 2L. Tapi cuba jugakla sehari 3L. Padahal dulu langsung sehari nak dapat seteguk air masak pun susah. Sekarang siap ada botol air 3L usung gi mana mana.



2. Elakkan air manis. Elakkan air ais. Boleh nak minum tapi kalau dah tak tahan sangat ke teringin sangat ke minumlah. Tapi selagi boleh cik zira cuba elakkan. Padahal dulu hentam je sume.

3. Kurangkan makan malam. Dulu nak tido kul 11 tu duk hentam makan nasi sebungkus lagi. Pastu tido. Haha. Sekarang memang kalau tak lapa sangat tak makan malam. Tapi kalau dah lapa jugak bedal je pun. Mana boleh tak makan. Sakit perut lapa tahu tak macam mana??

4. Setiap pagi selepas subuh dalam 7 lebih gitu cik zira minum kopi anggun pesona jsd sepeket. Jarang minum air panas sebab tak suka. Tapi sekarang lepas dah amalkan minum kopi ni tiap tiap pagi pun mesti nak minum jugak. Banyak manfaat dia.



5. Sebelum tido atau lepas makan berat yang last dalam sehari cik zira akan telan omega guard dan lecithin dari shaklee.  3 bini omega 6 biji lecithin.



6. Kalau rajin (biasanya malas) cik zira akan sapu losyen kat perut sebab perut ni je tak cantik lagi. Senang buncit.. lalala...

Ni je kot. Bab makan takleh bagi nasihat sebab cik zira jenis sume bedal nak makan apa berapa banyak ke tak kisah. Janji dapat makan. Pastu kalau sedap konpem lebih dari sepinggan.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails