SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Monday, August 7, 2017
TIPS : macam mana urus keluarga kerjaya dan meniaga online
Ni kisah setiap isnin. Mengangkut berkilo kilo #bajuarabkhredshop untuk diposlaju kepada customer kesayangan. Teringat time duk jb dulu asal weekend je mengangkut berpuluh kilo barang meniaga dengan kak pah Aisy's Mam
Bukan senang nak senang. Walaupun dah takde meniaga bazar setiap weekend macam dulu dulu tapi #arabiancostumes ni tetap ada. Dah kalau minat akan buat sehabis baik.
Tips ibu anak dua urus rumah urus anak urus keluarga urus kerja sebagai cikgu urus #bajuarabkhredshop :
💖 jangan suka tido sebab masa untuk tido tu boleh setel sume kerja. Malam tido 6 jam tu pun kira okla tu. Siang jangan tido apatah lagi time lepas subuh.
💖 buat senarai dalam otak apa nak kena buat setiap kali celik mata bangun dari tido. Siapkan sume ikut kepentingan
💖 tak suka tangguh kerja. Kerja apa ada setelkan cepat cepat
💖 rajin dan usaha. Orang malas dapat apa?? Kecualilah kalau harta makan 7 keturunan pun tak habis. Orang macam kita kita ni kenalah usaha baru dapat rezeki lebih sket. Ye tak?
💖 apa apa je yang penting doa dan minta pada Allah walaupun sekecil "Ya Allah semoga sume kerja harini dapat dibereskan. Aamiin" "Ya Allah berkatilah rezekiku pada harini" "Ya Allah berikan kesihatan dan kekuatan padaku"
Sehari ada 24 jam sama je masa kita dengan semua orang. Kalau pandai uruskan masa dengan baik In Sha Allah takkan ada masa terluang yang sia sia. Kerja kerja rumah terjaga, anak anak suami terjaga, kerja kat sekolah elok elok, meniaga online pun terjaga.
Ok dah. Nak sambung setel keje uma lepastu urus khalisah nak gi sekolah. Jom sume supermom! Kita kita kan ibu ibu hebat kan kan... alhamdulillah 😙
Labels:
..:: Bisnes ::..,
..:: cikgu ::..,
..:: tips ::..,
arabian,
baju arab
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment