SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 21, 2017

Rutin Harian

Assalamualaikum wbt
Harini Isnin 21.08.2017. Nak berceloteh sket eh ;)

Masa taip pukul 10.20 pagi. Nak update blog sekejap. Khaliq dalam buai ni sebelah je. Buai karen ibu duk sebelah duk mengarang blog.

Nak share je rutin harian cik zira. Sebab entry sebelum ni kan cik zira ada share sket tips macam mana uruskan keluarga rumah meniaga semua kan.

Ok. Rutin harian cik zira biasanya malam tido sama sama dengan anak anak. Paling awal anak tido pukul 10 atau 10.30 malam. Tu paling awal la. Tapi biasanya pukul 11 malam. Anak anak tido ibu kadang tak tido lagi. Time tu la nak me time sekejap layan phone.

Bangun pagi memang akan bangun kul 6 pagi. Kejutkan suamiku dia nak pergi kerja. Tunggu suamiku pergi kerja dulu lepastu baru cik zira solat subuh ngaji.

Dah selesai kewajipan cik zira pekena secawan kopi pesona anggun dari jsd. Memang setiap pagi lepas subuh memang minum kopi ni. Lepastu barulah mula kerja rumah.

Macam harini. Cik zira setel basuh baju 2 trip. 1 trip untuk baju kerja suamiku. Sebah dia berniaga kat paso kan. Jadi kena asingkan baju seluar dia. Trip kedua baju baju rumah.

Jemur dekat dalam rumah je dekat bilik atas memang ada 1 bilik khas untuk jemur baju harian dan baju baju arab. Memandangkan stand ikea yang beli 4 biji dah amek dari rumah abah kat melaka dab dah siap pasang, jadinya sekarang takyah tunggu turn dah nak basuh jemur baju. Boleh je basuh banyak banyak jemur banyak banyak sebab stand dah banyak.

Setel jemur 2 trip baju disambung pula dengan meng-iron baju kerja dan tshirt suamiku. Ni yang 3 trip basuhan asingkan mana yang untuk iron.

Time meng-iron khaliq pun bangun turun bawah berlari amek dia bawa nek atas letak dia dalam walker ibu sambung habiskan iron baju.

Khalisah si kakak pula bangun kul 8.20 pagi layan adik main sementara ibu setelkan kerja kat atas tu.




Setel kerja turun bawah 3 beranak ni. Khalisah bangun awal jadi dia nak mandi sendiri. Ibu masukkan keropok lekor dalam airfryer goreng sebab khalisah nak bawa i skola. Adik main jalan jalan dalam walker.

Khalisah habis mandi makan keropok lekor sekejap. Kemudian ibu siapkan khalisah. Kul 9 keluar rumah anta khalisah pergi sekolah. Khaliq pun hari hari anta kakak pergi sekolah.

Balik rumah. Mandikan khaliq siapkan dia wangi wangi. Susukan. Bagi tido. Ibu teruskan memasak. Biasanya akan masak 2 jenis lauk. Tapi harini malas. Cik zira goreng nasi lepastu goreng ayam guna tepung bestari tu. Siaplah masak untuk harini.



Siap je masak adik bangun sebab tidokan dia dekat atas tilam je tadi. Masukkan dalam buai balik. Sebab dia bangun awal memang akan tido balik lepas mandi.

Ok ni dah 10.30 pagi. Nak siapkan update entry ni lepastu nak melipat baju baju khaliq yang dah kering sebab balik dari melaka semalam dah basuh dah jemur siap siap. Jadinya sekarang boleh melipat dan simpan.



Ada rehat tak? Tak ada pun. Ni jela sekejap nak update blog. Saja nak kongsi rutin cik zira. Pagi pagi yang ada ni memang cik zira buat keje je setelkan semua. Ni sebab order bajuarabkhredshop takde. Kalau tak biasanya ahad malam isnin memang akan setelkan pack sume barang untuk dipos setiap isnin.

Nanti amek khalisah dulu anta pengasuh lepastu baru pergi kerja. Balik kerja sambung lagi jaga anak uruskan rumah.

Siapa kata jadi ibu dan isteri bekerjaya ni mudah? Kerja kerja jugak. Uruskan rumah pun kena jugak. Cik zira jenis pantang rumah sepah kain baju bertimbun ke memang tak suka. Jenis setiap hari akan pastikan semua beres. Setakat ni walaupun dah anak 2 ni semua dapat buat macam biasa. Alhamdulillah.

Tipsnya? Jangan bertangguh. Jangan malas. KENA RAJIN. hari hari buat benda yang sama. In Sha Allah semua boleh siap.

Ok semua. Cik zira tahu ramai mak mak macam cik zira kan. Semua buat yang aa macam ni. Kita orang perempuan Allah bagi kelebihan tak sama macam orang lelaki. Sebenarnya kalau nak ikutka  orang perempuan lagi hebat serba serbi dari lelaki. Dorang lelaki ni takkan buat sehebat macam mana kita orang perempuan buat setiap hari. Sebab tu syurga bawah telapak kaki ibu kan?

Ok dah. Kena stop nak lipat kain. Cik zira doakan kita semua sentiasa diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menguruskan semuanya. Aamiin

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails