SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, May 31, 2010

perlu kamu







masih perlu kamu
maaf untuk segalanya
terima kasih tak terhingga untuk semuanya...






p/s : janji, entry lepas ni akan kembali normal, insya Allah,,,=)





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 31 mei 2010 11.00 a.m.

sayang



dulu
rasa tiada sape yang boleh sayangkan diri ini
dulu
rasa takde sape yang betul-betul ikhlas sayangkan diri ini



dulu
rasa tak percaya dengan sayang ni sume
dulu
rasa bila orang sayang sume tuh tak bertahan lama



dulu
selalu fikir
ada ke yang sudi sayang diri ini
ada ke yang sanggup faham diri ini





semua ni dah terjawab




sekarang sume yang dulu tuh dah jadi lain
dah jadi macam ni




"Be with who make you smile"




dah ada orangnya yang boleh buat diri ini sentiasa tersenyum





dah tahu dah sape yang betul-betul fahamkan diri ini






bila bercakap pasal sayang
tak semestinya pasal cinta
sebab pada diri ini, sayang itu lagi lama bertahan daripada cinta
sayang itu lagi ikhlas dari cinta




diri ini lebih percaya pada kasih sayang bukan pada cinta
hati percaya adanya sayang tp hati sukar nak terima cinta segala



sudah bertemu dengan seseorang yang faham diri ini
yang sayang seikhlas hati




tapi
masih tak tahu nak menghargai dan berbuat baik seperti yang sepatutnya




maafkan diri ini
masih belum menjadi seperti yang sepatutnya






p/s maaf ye sume, entry hari isnin ni adalah entry tentang hati cik zira, ada masalah melanda diri, sebab tuh entry yang keluar sebegini rupa. cik zira janji, entry esok akan kembali normal seperti biasa. cuma hari ini, entry ttg luahan hati,, nak korang tahu hati cik zira macam mana. itu aje, maaf ye,,






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 31 mei 2010 10.43 a.m.

perasaan rasa bersalah




selamat pagi isnin buat semua
selamat kembali bekerja ye setelah beberapa hari bercuti



oh, buat yang tidak tahu, cik zira ni skang kat penang ye
lusa kena amek kunci kat maktab, khamis da start KISSM
KISSM dari 3 hingga 19 jun,,



jumaat ni nak tgk, agak-agak leh cabut balik JB untuk kenduri, cik zira balik,,




entry kali ni, di pagi isnin cik zira cuma nak meluahkan perasaan sket la
manalah tahu ada yang nak bagi pendapat kan



semalam ingatkan hari yang besh
tp end up dengan kedukacitaan
cik zira dah wat seseorang terasa sangat
sampai hati cik zira, padahal sebab benda kecik jek sampai sanggup buat dia macam tuh



kalo sape yang tahu, tahulah sape orang tuh
dia dah wat macam-macam dah untuk cik zira
dia baik, dah banyak tlg cik zira
tp cik zira ni yang tak habis-habis bawa masalah, sanggup buat kat dia macam-macam
tapi dia sabar jek



dan sehinggalah semalam
cik zira dah wat salah lagi
tapi minta maaf, dia maafkan
macam tu jelah, setiap kali wat salah, cik zira minta maaf, dia maafkan
dia sangat sabar



cik zira dah sampai malu sangat
malu sebab dah wat macam-macam pon dia still bersabar dengan cik zira
tak pernah marah, tak pernah sakit hati pon



korang pernah tak rasa macam ni?



cik zira minta diberi masa berfikir
tp dia tak bagi, dia tanak cik zira pk bukan-bukan
dia nak keadaan kembali normal semula



cik zira cuma perlukan masa
berfikir dan bermuhasabah diri




dia baik, memang sangat baik
dan sejak dia ada, cik zira happy sangat-sangat
tp itulah, dah ada yang baik macam tu pon, cik zira ni degil, masih lagi buat macam-macam
buat perangai




susah kan
apa yang kita harapkan tapi benda tuh tak terjadi
rasa geram pon ada, dan sebab salah sendiri, nak jatuhkan salah pada orang lain
dan itu yang cik zira dah wat semalam
salah cik zira sendiri



okehla semua
fikiran agak celaru sket
lega sket sebab dapat luahkan kat belog kesayangan
cuma nak bg tahu, kalo cik zira tak update blog, maknanya cik zira tak bape betul sket
nak betulkan diri sendiri dulu



terima kasih buat yang baca entry luahan hati ni ye..
terima kasih,,






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 31 mei 2010 9.47 a.m.

Sunday, May 30, 2010

Puncak Mutiara Cafe



semalam
makan jauh sket, kat seberang
nama tempat tuh Puncak Mutiara Cafe, dekat Kg. Pelet kot tak silap, kalo salah tlg betulkan ye




tempat nak masuk ke restoran ni terpencil sket, tp bila dah masuk, wah cantik tempatnya
style makan kat pondok2 lah
duk bersila, ada yang pondok utk keluarga ramai






walaupon hujan, tp tetap ramai yang datang untuk menjamu selera kat sini



tgk menu untuk memesan
macam-macam ada
western ke, chinese ke, beriyani sume pon ade



cik zira makan fish grills dengan minum jus kalamansi
jus tuh limau ngan asam boi diblend dan mmg cik zira suka sbb dia masam-masam cam tuh
fish grills plak cicah ngan sos black pepper







khalis plak makan beriyani peha kambing
sampai-sampai pinggan dia bukan men besar lagi
peha kambing tuh lagilah gabak
sedap beriyani dia, boleh tahanlah






pemandangan kawasan tuh cantik
dengan bunyi kambing siap sbb sekitar kawasan restoran tuh sume kandang ternak kambing dan lembu sume
kira tauke dia bela lembu kambing dan senang nak wat bahan utk dimasak kat restoran tuh
daging freshlah kira


kalo lepak2 lama pon bes, terasa macam duduk di kampung-kampung jek



ktrg dah sudah makan
lepas tuh, abang khalis, najib dan mamat pon tiba
dorang pon makan skali sambil cik zira ngan khalis borak2 jela sbb dah habis makan

mamat-mamat penang,
najib dan mamat tuh laki orang ye,
bini kat uma ngan mengandung,
si suami-suami malam gi cari makan lagak macam bujangan,,hee





najib si abang pon order sama dengan si adik
beriyani peha kambing gak
mamat plak order daging rusa, dia bg cik zira try tp tak naklah
sbb dah tahu daging rusa, nak rasa pon tak lalu
dia macam liat-liat sket, dibakar dagingnya cicah dengan sos black pepper jugak


ini dia daging rusa



fish grills cik zira harga dia RM18, nasi beriyani peha kambing harga RM17
harga dia boleh tahanlah, standard dengan tempat sebegitu



kalo sape-sape kat seberang ke kat penang ke belum pernah cuba makan kat sini, silalah ye
cik zira nak bagi direction pon x reti
bagi tahu jela ye,,





hari ni jalan-jalan nak tgk wayang plak
between Bounty Hunter dengan Elm Street tuh, agak2 mana ok ea?
yg len2 cam tanaklah, x besh jek,,hee





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 30 mei 2010 11.45 a.m.

kemas rumah atok



rumah atok masa cik zira balik ari tuh bawu siap renovate
tak kemas lah lagi plus dengan banjir ari tuh, rumah masuk air, barang sume berselerakan
tapi kat bahagian atas tuh bilik cik zira dan bilik chenta hati dah selamat kemas dah
tinggal ruang tamu sahaja, tempat nak buat cukur jambul dengan bik moi nikah tak dikemas lagi



dan hari tuh, sebelum cik zira balik, ari jumaat tuh, chenta hati 1 mengajak sepupunya si imran dan arip mengemas bahagian ruang tamu tuh, cuci dan cat sket lagi dan kemas
sepupu ktrg kena diajak, kena disuruh, kalo tak dorang mmg tak tahu nak watpe
maka, ktrg selaku cucu besar atok ni kenalah tolong suruh dorang wat keje
sbb tuh kalo boleh atok tuh kalo ktrg 3-3 ade senang, ktrg tahu nak watpe


barang-barang yang diguna untuk membasuh,,


chenta hati 1 duk menyental lantai kayu tuh ha,,

imran,,




takpe, chenta hati 1 dah stand by mmg ada masa kenduri sume
chenta hati 2 mmg takde, dia kat lumut mmg tak boleh balik
si merah ni ha, kalo boleh cabut, pasti akan balik sama-sama meraikan bersama keluarga semua
insya Allah, tgk macam mana nanti,,


bila dah ada kat Penang ni, hati plak asek teringat kat uma atok, da siap ke sumenye
dahla cik zira jek cucu pompuan yang da besar yang boleh tlg2 pape yang patut dan disebabkan sume yang jauh-jauh balik pon sampai jumaat malam, tu yang risau jugak, sian atok ngan bik ani tuh,,
harap semuanya berjalan lancar lah



majlis kat uma atok seperti berikut:


kenduri arwah dan tahlil - jumaat 4 jun petang makan laksa johor
cukur jambul dan doa selamat - sabtu 5 jun malam makan nasi putih dan lauk pauk
bik moi kahwin - ahad 6 jun



umah atok start jumaat ni akan sibuk sehinggalah ke hari ahad
alangkah seronoknya kalo cik zira dapat balik,,huhu
harap2 KISSM tak libat sabtu ahad, dapatlah balik JB dengan hati senang,,=)
AMIN,,





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 30 mei 2010 11.05 a.m.

Saturday, May 29, 2010

si merah berlagak sang puteri



ini si merah
memakai dress merah di majlis perkahwinan bertemakan warna merah
dan gamba diambil pon warna merah-merah sahaja






masa ni kan, pengantin dah lari
cik zira curi duduk atas kerusi raja sehari makan beradab
sibuk nak posing perasan bak puteri
siap meliuk lentok lagi cik zira ni ha,,


takpelah kan
bukan puteri betul, perasan jadi puteri pon jadilah duduk atas kusi berwarna emas gabak itu,,




tp
tanaklah
jadi puteri bukan senang
lagilah banyak belanja sebab nak kelihatan cantik selalu






bersyukur menjadi hazirah binti abdul rahman
boleh jadi empunya blog ini
puteri betul mana leh ada blog saja-saja macam ni kan,,hee
kecuali dia tak mengaku yang dia tuh puteri kan kan,,,=)




~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 29 mei 2010 3.37 p.m.

mahu gembira lagi




selamat petang semuanya
macam mana dengan petang sabtu anda?
harapnya semua gembira dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta


semalam cik zira berada di JB, rumah atok dengan sanak saudara dan chenta hati 1
happy walaupon semalam perut meragam


dan hari ni cik zira sudah pon berada di Penang plak
macam chipsmore kan?
kejap JB, kejap Penang,,


dan bila di Penang ni, bila free-free, akan ada lah seseorang yang akan rajin bawa cik zira jalan-jalan,, makan-makan, tukang amek kan gamba
maklumlah, balik JB hari tuh bz sket, kena tlg persiapan bik moi nak kawen
jadi, bila dapat balik Penang awal sket ni, bolehlah jalan-jalan
amek-amek gamba lagi sbb kamera tuh masa balik JB tak guna pon utk bergambar
simpan jela,,



hari ni tak tahu jalan ke mana lagi
ikut sahaja ke mana di bawa
dan pasti akan happy macam ini,,







itu sahaja ye
t kalo ada gambar terbaru, pasti akan tepek dalam blog merah ini
dan bawa balik penang kali ni, sume baju baru nak bawa jalan-jalan,,hee
baju yang dah pernah pakai, simpan dalam almari,,=)





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 29 mei 2010 3.11 p.m.

currently in Penang




selamat pagi sabtu buat semuanya
cik zira selamat sampai penang kul 7 lebih tadi
bas lambatlah, tu yang sampai lambat,
tapi takpe, selamat sampai jugak,,


semalam masa chenta hati 1 nak hantar gi bus stand larkin, ktrg eksiden
habis keta bik moi ranap depan sbb chenta hati 1 sondol keta depan, dia tak sempat brek masa nak masuk gear 1 tuh, keta depan sekali benti mengejut n chenta hati 1 tak pasan


dan chenta hati 1 sangat serabut semalam
berlakulah kisah syahdu kami adik badik
semalam nak tinggalkan JB pon rasa tak sedap hati,,



cik zira selalu doa pada Allah supaya cik zira dan chenta-chenta hati selalu dilindungi dan dijauhkan daripada segala musibah,,
sian chenta hati 1, tak habis2 ada masalah,,
akak mana tak risau tengok adik kesayangan kusut macam tuh
hope segalanya ok dan chenta hati 1 tak kusut-kusut da,,
AMIN,,



nak rehat-rehat dahulu
nanti update semula ye,,




p/s : hati macam nak balik JB semula pon ade,,huhu






~sekian~



k,adios!!!,,, by: ierarahman sabtu 29 mei 2010 8.53 a.m.

Friday, May 28, 2010

pulang ke penang





masa entry ini dipublishkan, cik zira berada di dalam bas merah, konsortium untuk pulang ke penang, kerana bermula 3 jun, KISSM cik zira dan rakan-rakan cohort 3 bakal bermula sehingga 19 jun nanti


dan rasa berat sangat nak tinggalkan JB tercinta memandangkan bermula 4 sehingga 6 jun, rumah akan penuh dengan sedara mara semua memandangkan 6 jun nanti bik moi akan berkahwin


rasa macam sekejap sangat
10 mei hari tuh cik zira sampai JB
28 mei, iaitu hari ni dah balik penang semula


tapi takpe, lepas habis KISSM leh balik duk lama lagi kat uma atok bercuti memandangkan sudah habis blaja dan hanya tunggu waktu untuk memulakan karier sebagai guru, insya Allah, doakan yang terbaik ye,,



sampai di penang subuh besok ni
sudah ada yang menanti,,hee



dan harap sangat dapat balik JB utk bersama yang lain meraikan hari bahagia
tak seronoklah rasa kalo tak dapat balik, akan diusahakan, insya Allah,,



doakan cik zira selamat sampai Penang dan selamat kembali ke JB ye nanti,,
esok dah sampai, cik zira update blog k,,=)





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 27 mei 2010 9.56 p.m.

bertemu semula





ingatkan dah susah nak jumpa
tapi since KISSM ni berjalan plak dari 3 sampai 19 jun nanti, ktrg budak2 TEYL Cohort 3 seramai 76 orang akan bertemu semula berjumpa semula dengan riang gembira



seronok
dan mesti macam2 cerita nak diceritakan walaupon tak sampai sebulan balik ke kampung halaman masing-masing





jadi kawan2 semua, kita akan bertemu semula 2 jun nanti
mari kita bergembira dan berseronok sebelum berpisah sekali lagi nanti,,





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 27 mei 2010 10.14 p.m.

malam ini naik bas





nak bagi tahu yang hari ni hari terakhir cik zira kat uma atok, malam ni bas kul 10 balik penang untuk KISSM


akan manfaatkan masa yang ada hari ni
hari tuh 10 mei pagi sampai uma tok ni, malam ni kejap jek rasa dah nak balik penang semula
ingatkan kalo KISSM takde, memang lah tak balik penang dalam masa terdekat, rupanya, jadi, kenalah balik Penang



dan tak dapatlah bersama kat uma ni time ramai2, bik moi kawen 6 jun ni
sedihnye
tp takpe, dah tlg pape yang patut,,


balik Penang awal sbb nak berehat-rehat dulu sebelum mulakan KISSM
dan harap2 sangat dapat balik sekejap pon jadilah masa bik moi kawen,, insya Allah,,



nak berkemas pape yang patut nak kena bawa ni
list dah ada, tinggal nak kemas jek
chenta hati 1 akan hantar ke bus stand larkin seperti biasa,,
seronok bila ada chenta hati yang tlg hantarkan, mesti tlg akak merah angkatkan beg yang banyak sekali,,hee



orang-orang di penang, cik zira mai balik neyh,,=)




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 27 mei 2010 10.11 p.m.

sukalah perempuan yang...




oleh kerana cik zira adalah seorang perempuan, makanya cik zira suka akan perempuan yang berciri- ciri seperti yang bakal dinyatakan
tapi, jangan salah anggap ye, cik zira suka bukan bermaksud yang begitu tp suka lah
macam suka tgk perempuan cantik, itulah salah satu contohnya



jadi, di bawah ini sedikit senarai perempuan yang cik zira suka :


  1. cantik - ini memang suka tgk, kalo pergi mana-mana ke, nampak perempuan cantik, konpem akan pandang sebab sangat teruja tgk kecantikkan itu
  2. wangi - perempuan ni kan mmg suka wangi2, dah tuh bila berselisih dengan mana2 perempuan, bau perfume dorang, alamak ai, wangi betul lah!
  3. masak - kagum sangatlah. pandai masak macam-macam. macam cik zira masak so-so jela, banyak lagi kena belajar. tp bab kek kuih tuh memang surrender awal-awal sbb memang tak minat, makan minat
  4. makan banyak tp badan cantik jek - ni yang buatkan jeles ni,,hee
  5. pandai bergaya - tak kisahlah free hair ke bertudung ke, tp fokus mmg yang dekat bertudung sbb manalah tahu leh dapat inspirasi jugak kan
  6. tak sombong + peramah
  7. pandai bawa diri
  8. pandai berposing bila amek gamba - muka dalam gamba sume cantik-cantik
  9. tidak terlalu bergantung kepada lelaki - pandai berdikari
  10. suka senyum - senyuman penting tau, baru orang tengok sedap jek mata memandang
  11. mengandung tp masih tetap bergaya dan comel jek perutnya,,=)



dan cik zira juga perempuan kan
kalo cik zira suka perempuan-perempuan yang begini, cik zira sendiri kena usaha menjadi seperti 11 di atas
boleh ke ea?
banyak macam boleh tp ada yang masih perlu diusahakan,,hee
especially yang ke seblas tuh,, huhu,, kena pk panjang tuh sbb niat di hati perlu diteruskan,,insya Allah,,=)




bukan lelaki jek tau ada list suka perempuan macam mana ye, perempuan sendiri pon ada ciri-ciri yang suka tgk pada perempuan lain, percaya tak?
tak caya, tanya perempuan yang ada sebelah tuh, betul tak?hee




sebagai penutup entry, terimalah sekeping gamba perempuan ini iaitu si merah atau tuan punya belog merah ini iaitu cik zira,,







itu sahaja ye~~






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 27 mei 2010 9.45 p.m.

Thursday, May 27, 2010

bersama chenta-chenta hatiku




tanak celoteh panjang
nak tepek gamba jek banyak-banyak


gamba-gamba cik zira bersama chenta hati 1 dan chenta hati 2 sejak dulu



tgk ea
sebab 2 orang ini adalah kesayangan dan kecintaan cik zira selama-lamanya



kt tgk zaman ktrg kecik-kecik berhingus ni ha
siap amek gamba kat studio tuh, time ni birthday chenta hati 2, sbb tuh dia duduk tgh2




yang ini plak birthday cik zira dan chenta hati 1, cik zira kan 27 mac, chenta hati 1 26 mac, tp nanti chenta hati 2 mesti menyibuk, tgk tuh dia pon nak duduk tgh2 jugak,,


tgk cik zira pakai tudung, macam hape jek
siap tutup mata lagi sbb tak tahan flash






skang zaman ktrg besar da,,
tataplah ye,,


ni kat nilai, kenduri anak arwah cik bibah,
cik bibah baru jew meninggal, Al-Fatihah


raya keempat tahun lepas

raya kedua tahun lepas

raya pertama tahun lepas

raya kedua tahun 2008

ramadhan 2008

raya pertama 2008

raya pertama 2007

raya pertama 2006

cik zira tembam dan si chenta-chenta hati yang botak

ni masa abang ai ngan kak jun kawen,,=)





walau kemana sekali pon cik zira pergi, chenta-chenta hati azri dan mohd ashraf akan selalu di hati cik zira, sbb cik zira sayang dorang sangat-sangat,,,
sebab dorang cik zira selalu kena kuat untuk teruskan hidup walau apa pon ujian datang melanda,,=)





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 27 mei 2010 5.11 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails