SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, January 7, 2011

khamis yang marah-marah.huhu





assalamualaikum dan salam sayang buat semuanya..







yay!
akhirnya hari ini sudah hari jumaat
walau dalam yay itu, tetap ada kerja banyak yang perlu dibereskan
hari ini pergi sekolah kena bawa balik semua sekali 42 fail peribadi murid 2F untuk disemak dan dikemaskini. semuanya tu nanti nak kena update dalam SMM pulak. kerja cikgu banyak tau. awal-awal tahun ni lagilah, kerja tak berhenti. takde masa rehat yang cukup. tapi takpe, ini semua tanggung jawab dan cik zira perhatikan baik cik zira mahupun rakan cikgu di SK Taman Cendana semua tetap jalankan tugas walaupun keletihan.






macam kelas cik zira semalam kan, kelas terus dari pukul 1 sampailah pukul 4.30 petang 4 kelas sekaligus tanpa henti. nak tanak kena curi masa nak solat zohor. nasib baik sempat dan semuanya berjalan lancar.






tapi, semalam adalah satu hari di dalam kelas yang cik zira kerja nak marah je. sebab ape tau? sebabnya seperti di bawah :




  • 3J - kelas belakang yang hampir kesemua tak reti baca, tak reti eja, nak faham bahasa inggeris jauh sekali. yang nak belajar, betul-betul cuba yang tanak buat perangai malas. tapi cik zira paksakan jugak baca berulang kali. kerja sekolah bagi ada tak siap memang terus dapat sticker oren. tinggal sekejap nak pergi zohor, balik ada yang bergurau tapi sepak-sepak. terus cik zira suruh berdiri kat luar. tapi bagusnya sebab semua buat kerja dan tak bising sangat masa kena tinggalkan kejap tu. padahal 3J memang terkenal dengan bising dan nakal. tapi kena marah dengan Teacher Hazirah, senyap semua tak berani cakap. dengan 3J cik zira tak boleh bergurau sebab nanti dorang lemak. kena tegas je.
  • 2F - kelas sendiri ni. selalu masuk kena amek kedatangan, pastikan kelas bersih dan kena bagi tahu semua maklumat penting pasal sekolah. jadi masa belajar singkat. semalam pun ada yang tak bawa buku, tak siapkan kerja, salah guna buku. semua dah kena habuan masing-masing. harap-harap semuanya ingat dan hari tak buat lagi. kerja suruh salin semua dah ada peningkatan. dah dapat salin cepat.
  • 2E - ramai kena marah tak siap kerja rumah. terdiam semua. yang dah siap pun diam je. dapat sticker oren semua senyap. tapi ramai yang bagus, jadi budak baik macam yang cik zira nak. 
  • 3B - buat perangai sebab 3 hari cik zira masuk kelas ni dorang tak nampak tegas cik zira. jadi semalam ada yang tak siap kerja, baru dorang tahu Teacher Hazirah ni macam mana. kalau bagi kerja kena siapkan. kena bawa buku, kena belajar dalam kelas betul-betul. semua diam jugak. tapi bila ada masa bergurau, cik zira bergurau jugak. baru nampak senyum sorang-sorang. kalau tak, tak berani dah.





satu yang cik zira dah dapat lihat, dorang dah faham, bila masa bahasa inggeris je, buku english semua kena ada atas meja dan berdiri tegak bila cik zira masuk. dorang dah faham yang itu. bagus.






sapa yang tak bawa buku, tak siap kerja rumah, bercakap masa belajar, memang akan kena marah dan dapat sticker oren. setakat ni baru seorang sahaja dapat sticker pink.






dan sebelum keluar kelas semalam, cik zira minta maaf sebab marah-marah dorang. tapi cik zira bagi tahu, kalau dorang baik, buat apa yang cik zira suruh, cik zira takkan marah. 






sebelum keluar, inilah yang cik zira cakap,( kalau bukan belajar cakap bahasa melayu nanti dorang tak faham.)



teacher hazirah : teacher takkan marah kalau kamu semua tak degil macam ni. bila bagi homework kena siapkan. dalam kelas tak mahu bercakap. bagi kerja salin, buat dengan cepat. macam tuh baru teacher sayang, teacher tak marah. teacher pun tak suka marah-marah tau. teacher minta maaf kalau tadi sape kena marah tu. maafkan teacher tak?


budak-budak : maaf..... (panjang jawabnya, hehe)


teacher hazirah : marah teacher tak?


budak-budak : tak......


teacher hazirah : sayang? (tanya manja)


budak-budak : sayang teacher!!!


teacher hazirah : ok, bye,,, (keluar sambil tersenyum.)







cik zira sedar, nak jadi cikgu kena tegas. memang perlu. kalau baik kelas takkan terkawal dan budak akan buat main-main. garang boleh, tegas pun boleh. tapi bila ada masa untuk bergurau, ketawa, kena buat sebab budak takkan rasa geram atau marah. bila dah marah, amek hati balik. itu yang cik zira nampak setakat seminggu bersama 4 kelas ni.






kerja memang banyak. bawa balik rumah siapkan. kat sekolah siapkan. dah siap satu kerja, datang kerja lain. tak tahu bila boleh rehat betul-betul. takpelah, cuti panjang hari tu dah rehat. naik sekolah kerja banyak, kena siapkan semua. 






hari ini pergi sekolah, tapi jumaat masuk lambat.
kelas ada 3 je.






esok kalau tiada masalah, akan mula mengajar tusyen bersama BFF. adalah budak nak mula dah. tusyen sabtu ahad. memang takde rehat lah cik zira setiap hari,, huhu






oh, lupa pulak, ini gamba semalam,, =)






terima kasih baca entry cik zira kongsi pengalaman sebagai seorang cikgu ni ye.






p/s maaf entry pagi ini keluar lambat. laptop wat hal. lembap bermacam-macam, bukan semacam lagi dah.








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 7 januari 2011 9.38 a.m.

4 comments:

~boy @ Mr. K~ said...

I like!!!!!
hahahaha
aku pun mcm dapat rasa suasana dalam kelas tuh..vvvv

berusaha!

hazirah abdul rahman said...

ye, setiap hari berusaha memberikan terbaik untuk anak-anak itu,,



chaiyok to myself,, =)

Lieza ZaZa said...

best baca pengalaman akak ni...leh jdkan pnduan bila da mgajar nanti... =))
bunyi mcm agak mencabar jugak...

hazirah abdul rahman said...

kita kongsikan, mana tahu bakal cikgu boleh guna cara kita guna. tp semuanya terpulang macam mana sekolah dengan budak, ada yang tak sama, lain,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails