SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, January 26, 2011

semalamku yang pink




salam sayang buat semuanya






kembali lagi bersama dalam slot pagi cik zira MERAH ni dengan cerita pasal sekolah. biasalah, pagi-pagi mesti nak update cerita sebagai cikgu di sekolah dengan cerita apa yang terjadi semalam.






dengarkan jelah ye cerita cik zira ni.
eh silap, mana boleh dengar, kena baca. jadi, bacakanlah ye.






okeh
begini ceritanya






walaupun cik zira kaki MERAH, hantu MERAH dan apa yang sewaktu dengan MERAH, namun cik zira tidaklah pakai yang MERAH-MERAH sahaja. tetap akan pakai semua warna namun MERAH tetap nombor satu dalam hati ini.






jadi, kisah semalam, cik zira pergi sekolah pakai baju kurung pink dan tudung pink. namun, cermin mata tetap MERAH, kasut MERAH dan beg tangan juga MERAH. itu tak akan ditukar kepada pink. harap maklum. hehe






jadi, seperti biasa, masuk sahaja kelas, selepas memberi salam dan baca doa, cik zira takkan terus bagi budak-budak tu duduk, cik zira akan buat warming up dulu bagi dorang tenaga sebelum nak mula belajar bahasa inggeris.






dan semalam, cik zira buat aktiviti yang sama dengan keempat-empat kelas cik zira masuk namun yang kelakarnya di kelas 3 Bijak.






aktivitinya begini. cik zira akan pegang 2 kayu stiker cik zira tuh. satu warna oren dan satu warna pink. pink means stand up and orange means sit down. lepas dorang dah faham, cik zira mulakan. tunjuk oren dulu, tapi semua keliru. tahu tak pasal apa?






pasalnya, baju cik zira kan pink, jadi apa yang dorang nampak hanyalah warna pink semata-mata. warna oren tu tenggelam. kesian betul. 






itu satu kejadian kesian.





ada lagi satu kejadian lagi, masih di kelas 3 Bijak tu. cik zira pergi tunjuk dua-dua kaler pink dan oren dalam masa yang sama tanpa disengajakan. tapi dorang bagus. tunjuk 2-2, dorang duduk dan bangun tanpa henti. cik zira pun pada mulanya hairan apasal lah dorang ni, tapi bila dorang kata teacher dah penat, baru cik zira perasan yang cik zira ngah tunjuk 2-2 kaler, kesian dorang,, ngee







hari ini pun kena fikir nak buat warm up apa dengan dorang. tapi mesti kena guna simple instructions supaya dorang faham arahan dan dapat buat arahan dengan betul. bermain sambil belajar lah orang kata.






semalam jugak bawa bekal sedap. sampai-sampai terus lapa terus makan sampai habis sebab kat rumah sempat makan roti sardin je.






bik ani masak sambal petai udang dengan sayur masak lemak. mana lah tak lapar. dahlah nasi bawa extra lebih. habis semuanya. licin.






balik sampai rumah lapar lagi sebab yelah, last makan kul 12 lebih. balik dah pukul 7.15 cenggitu. makan lah lagi isi perut yang lapar. hehe






malam semalam pun tak buat kerja, nak buat pagi ni.
haah, sebut pasal kerja, dah patut sambung kerja ni. ok lah ye. cik zira kalau disuruh bercerita, tengoklah apa dah jadi, nak taip panjang-panjang jugak. aduhai,,






ok semua. selamat bergumbira di hari rabu ini ye.






terima kasih sudi membaca entry ini dan sudi menjengah di blog cik zira yang MERAH ini.
terima kasih daun keladi.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 26 januari 2011 8.31 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails