salam sayang, selamat pagi buat semua,
khamis, 24 februari 2011
kisah semalam di hari khamis : semalam sebelum pergi sekolah, makan nasi lemak sebungkus. lapar. tak makan pape lagi sebab pergi setelkan duit dulu. lepas tu bawa bekal bubur sebab bik ani masak bubur. sampai sekolah buat kerja apa yang patut. malam makan nasi goreng paprik + telur dadar.
kalau hari khamis memang tak puasa sebab kelas dari kul 1 sampai 4.30 tidak berhenti. takut penat sangat nanti. isnin je puasa. dapat seminggu sekali pun dah ok dah rasanya. sebab cik zira ada baca tau, kalau puasa dua kali seminggu iaitu isnin dan khamis dapat badan sihat. tak ingat plak baca dekat mana. kiranya puasa isnin khamis ni memang ada hikmahnya lah.
dapat makan bekal tu pukul 4 lebih lepas kelas. punyalah lapar. sunquick dah beli dah, pergi giant pagi semalam. dah boleh buat air sunquick. tak payah turun kantin lagi beli milo ais. jimat pun jimat,, ;)
bubur + broccoli + lauk untuk bubur = sedap sedap sungguh sedap!!
kertas soalan ujian yang cik zira buat dah siap. semuanya ada 470 set. nak kena staplerkan semua tu. cuba siapkan hari ini. semalam dah siapkan. tapi tak habis-habis. penat rasa. banyak sangat. buat sorang-sorang plak tu. kalau ramai-ramai mesti cepat je siapnya. takpe-takpe, usaha tangga kejayaan,, =)
semalam sampai rumah dalam pukul 7.35. lambat sikit. takpelah daripada hari rabu sampai rumah lagi 5 minit nak pukul 8. sekarang jalan memang jam lah. kalaulah jalan tak jam hari-hari kan best. kejap je sampai rumah,, huhu
oh, semalam cik zira dah setelkan bayaran banyak perkara. seronok rasa bila dah takde apa-apa nak kena bayar buat sementara ni. tinggal nak bagi sumbangan untuk sambutan maulidur rasul 5 Mac nanti. lain-lain semua dah setel. kereta bik moi nanti dah keluar bengkel nak kena pergi servis.
alhamdulillah, setakat ni pengurusan duit cik zira teratur. dari dulu cik zira amalkan urus duit dengan berhemah. insya Allah nak teruskan sampai bila-bila.
hari ni jumaat, pergi sekolah pukul 1. sampai sekolah baru solat zohor. nak makan dulu sedap-sedap kat rumah. lepas tu bawa bekal. lepas tu balik sekolah malam makan lagi. hehe
patutnya malam ni ada mesyuarat PIBG kat sekolah. tapi dah jumpa GB semalam. dia faham masalah cik zira. baik GB. terima kasih ye Tn Hj Musa Mastor, GBku,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 25 februari 2011 8.01 a.m.
No comments:
Post a Comment