SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, February 25, 2011

Program NILAM SKTC





cik zira ada cerita pasal Program NILAM sekolah cik zira di ENTRY INI.






sehubungan dengan itu, cewah, hari esoknya, masuk Mingguan Malaysia. cik zira tak tahu. tokcik salleh yang kol bagi tahu sebab nampak cik zira MERAH-MERAH,, hehe.






tak pergi beli pun Mingguan Malaysia. tapi semalam ada budak kerat gambar tu tunjuk kat cik zira. katanya, "teacher-teacher, gamba teacher." cik zira senyum je. buat-buat macam tak heran, padahal hati nak tengok, tapi sebab tengah mengajar dalam kelas kan. angguk je kepala bila budak tu bagi tahu,, ;)






ni pun cik zira tengok dekat Utusan Malaysia Online bertarikh 20 Februari 2011



SK Taman Cendana taja 10,000 Utusan Malaysia sempena program Nilam


MOHD. Asri Jantan menyerahkan tajaan sebanyak 10,000 naskah Utusan Malaysia kepada Musa Mastor 
pada majlis Pelancaran Nilam di SK Taman Cendana, Pasir Gudang, semalam.


JOHOR BAHRU 19 Feb. - Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat sini, menaja 10,000 naskhah Utusan Malaysia sempena Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) dan Perasmian Gedung Bacaan yang dilancarkan hari ini.
Penyerahan tajaan tersebut disampaikan oleh Eksekutif Kanan Pemasaran Zon Selatan Utusan Malaysia, Mohd. Asri Jantan kepada guru besar sekolah itu, Musa Mastor.
Serentak itu, satu sudut bacaan yang terdiri daripada majalah keluaran Kumpulan Utusan turut dilancarkan di ruang legar utama sekolah tersebut.
Mengenai tajaan tersebut, Musa berkata, kesemua 10,000 naskhah itu adalah untuk kegunaan sepanjang tahun ini setelah pihak sekolah percaya dan berminat dengan kualiti sisipan pendidikan akhbar itu.
"Sisipan pendidikan seperti ADaP akan menjadi sumber rujukan untuk 2,800 murid di sini terutamanya calon yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Diharapkan murid memanfaatkan semua bahan pendidikan dalam akhbar ini untuk meningkatkan mutu pelajaran dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan," katanya.
Beliau juga amat menghargai kerjasama dengan Utusan Malaysia dan tanggungjawab sosial yang dimainkan untuk sekolah tersebut.
Sementara itu, Mohd. Asri berkata, SK Taman Cendana merupakan sekolah perintis untuk Program Perkongsian Pintar Skim Sekolah Zon Selatan 2011 anjuran Utusan Malaysia bertujuan membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah terlibat dalam meningkatkan mutu pelajaran murid.
"Keistimewaan bagi sekolah-sekolah yang menyertai program ini mendapat sisipan pendidikan seperti ADaP, majalah Estidotmy dan akhbar Utusan Melayu Mingguan edisi jawi," katanya.
Selain itu, katanya, Kumpulan Utusan juga menyumbangkan majalah keluarannya yang mampu menyemarakkan budaya membaca di kalangan murid.
Tambahnya, akhbar itu juga sedia bekerjasama untuk sebarang aktiviti dengan sekolah terlibat yang disertakan hadiah berupa produk kebersihan, makanan dan minuman.
Bagi sekolah yang berminat, boleh berhubung dengan pihak pemasaran Utusan Malaysia cawangan Johor melalui Mohd. Asri di talian 07-3335738 atau 019-4491606.

*******************************************




masuk paper dah teacher hazirah yang MERAH ni, tapi muka tak pandang kamera lah,, tapi tengoklah, pakai MERAH memang senang nak nampak tau,, hehe






baru je dengan SKTC, dah siap masuk paper ni,, untung-untung,, 
Terima Kasih ye Utusan Malaysia.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 25 februari 2011 8.25 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails