SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, February 24, 2011

semalam, rabu 23 februari 2011





salam sayang buat semua pengunjung blog MERAH cik zira yang disayangi sekelian,






hari rabu semalam cik zira pakai baju warna pink dan hijau. baju kurung bik moi bagi. walaupun baju tu besar, tetap pakai jugak. yelah, nak banyakkan baju. jadi cikgu ni nak kena ada banyak baju.






kelas 8 masa semalam semuanya berjalan dengan lancar. tiada masalah dalam pembelajaran di kelas. rancangan mengajar berjaya dilaksanakan. e eh, kenapa ayat macam dalam laporan je ni,, ;)






semalam bawa bekal kuih muih + nasi goreng + ayam goreng kepak. kat rumah padahal dah makan nasi goreng jugak, makan kuih, sebelum gi sekolah pun sempat makan mee goreng. tak tahulah kenapa semalam perut asek lapa je. heran betul. malam balik sekolah lepas isyak semua pun makan lagi. mee goreng dengan ikan pari bakar. sedap-sedap.






jalan jam teruk mula dari carrefour tu sampailah ke traffic light kat kg melayu. sampai rumah semalam lagi 7 minit pukul 8. lewat betul. dah gelap dah. patut selalu kul 7.10 ke 7.15 dah sampai rumah dah.






cik zira dah dapat surat PIBG, ada mesyuarat jumaat malam ni. cik zira ni serba salah. tak kisah dilantik jadi AJK, cuma bila kena datang meeting malam-malam tu macam payah sikitlah. dahlah jauh. balik malam-malam sorang-sorang. takut jadi pape nanti kan. tu yang keberatan sikit. ingat hari ni pergi sekolah kalau ada masa, nak jumpa GB cuba bincang dengan dia. harap-harap dia faham. dah ramai akak-akak bagi tahu cik zira. dorang pun risau sebab dorang tahu cik zira duduk kg melayu. jauh perjalanan nak pergi balik sekolah. cik zira cuba bincang dengan GB. dah bincang dengan GPK macam takde pape je. akan terus jumpa GB.






malam tadi kerja menanda buku aktiviti 3B. ada 40 biji semuanya. ada yang tak datang. buku 3B bawa balik sebab tak sempat nak tanda dalam kelas. kelas lain cik zira sempat tanda. dah siap dah kerja malam tadi.



sambil tengok live to dance,, 




hari ini kalau soalan ujian cik zira buat tu dah siap direzo, nak kena siapkan susun kertas dan stapler. masukkan dalam pembungkus soalan. kalau dapat siapkan hari ni dah best dah. cuba siapkan hari ni. insya Allah.






ok ye semua. jaga diri baik-baik. moga hari ini adalah lebih baik dari hari semalam. AMIN.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 24 februari 2011 8.00 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails