assalamualaikum dan salam sayang buat semua,
entry pagi : entry sekolah.
selasa, 4 kelas 8 masa. 1 masa rehat kena jaga perpustakaan. jaga perpustakaan setiap isnin sampai rabu.
selasa, 22 februari 2011
semalam, mood mengajar mood tegas. tiada gurauan. semua kelas masuk mengajar macam biasa, warming sebelum mula kelas macam biasa, tetapi takde mood nak senyum atau bergurau dengan budak-budak.
kelas sendiri, 2F mula buat perangai. suruh diam 30 kali pun takkan boleh diam. teacher hazirah hilang sabar semalam marah puas-puas. kalau dorang buat perangai lagi, siaplah! dahlah cikgu sains lelaki mengadu kata budak-budak cik zira semuanya banyak cakap. aduhai, geram sungguh. padahal dengan cik zira takdelah dorang berani sangat.
ini tips untuk cikgu-cikgu ye. lagi-lagi cikgu lelaki. jangan buat baik dengan budak. kena tegas. budak-budak ni kalau kita buat baik, dorang memang akan mengada-ngada dan tak dengar kata, percayalah! kena tegas dulu barulah dorang akan rasa hormat dan kemudian nak bergurau boleh tapi bukan selalu. pandai-pandailah sebab bila dapat kawal kelas, mudah nak mengajar.
semalam bawa bekal. dalam pukul 12.15 dah makan sebab nanti takde masa nak makan. jadi, makan siap-siap. kat rumah pun padahalnya dah makan. tapi takpelah, makan tu kan dah perkara biasa,, ehe,,
bawa nasi + sayur campur + daging masak sambal kicap + ikan masak stim. halamak, sedap sungguhlah makan semalam.
pergi kantin tapau milo ais dengan 100 plus. cik zira kalau beli air memang kena beli sampai 2-3. satu tak cukup. padahal air masak dekat bilik guru pun cik zira minum. kalau tengah haus tu, memang kuat minum air. nanti kena beli sunquick botol kecik tu lah. tak payah turun kantin beli air, jimat pun jimat. bancuh sendiri sebab ada water cooler, air sejuk. minum sunquick kan sedap. nak kena beli sunquick ni,, =)
semalam, pemantauan buku sudah selesai. kelas 3J pun dah hantar. soalan ujian dan print dah letak atas meja GB. hari ni nak amek. nak rezo terus. sebab nanti kena stapler sendiri. tahun 3 ada 470 orang. penat jugak tu nak stapler sendiri sorang-sorang. harap ada yang dapat membantu. Ujian sekolah cik zira 8-10 Mac, minggu sebelum cuti bulan 3 nanti.
SBOA setelkan lepas ujian. nama semua dah taip. tingga masukkan markah je nanti. kertas ujian pun nanti, kalau dapat awal, siapkan tanda dan masukkan markah terus. senang keje nanti. kan nak cuti dengan gumbira ria,, hehe
itu sahaja kisah semalam dan cerita yang nak dikongsikan. hari ini cerita lain pula untuk esok.
korang semua jaga diri baik-baik tau,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 23 februari 2011 8.12 a.m.
No comments:
Post a Comment