semalam hari khamis yang cukup hebat buat cik zira sebab dapat makan yang hebat-hebat dan sangat hebat banyaknya,,
awal pagi semalam sambil buat lesson plan dan makan jemput-jemput cicah sos dengan banyak sekali. kemudian makan bihun goreng spore sepinggan. kemudian berehat sebentar.
dalam pukul sebelas macam tuh tengok tudung saji makanan tengah hari dah siap. tapi tengok ada lagi sepinggan bihun spore yang memang banyak, 3 orang makan pun boleh tapi cik zira telah makan seorang diri dan sampai licin pinggan itu. hebat hebat!!
sesi petang plak apabila sesi pagi sudah keletihan makan bihun spore yang banyak banyak dan banyak itu. oh, lupa. sempat sumbat lagi 2 biji roti kaya ke dalam perut. pergi dapur pergi bakar plak bebola-bebola yang ada lagi satu plastik. yang satu plastik dah selamat di rebus bik ani beberapa minggu lepas dan cik zira seorang yang habiskan semua sampai muak-muak. kali ni cik zira nak tukar versi. tak rebus dah tapi bakar plak.
makan panas-panas lepas dah bakar tuh, cicah dengan sos. uit, memang sedap yang hebatlah kan,, =)
makan makan dan makan lagi terus makan
malam tengok tv, dalam kul 9 makan lagi bakar-bakar tuh. bukan men sedap lagi sampai dah tak mampu dah nak teruskan makan tapi berusaha jugak. kesian perut dapat tuan macam cik zira, selagi boleh sumbat, semua nak disumbat.
tak lama kemudian, chenta hati 2 dan bik ani balik dari umah buyut dan membawa bekalan makanan yang hebat-hebat dan banyak. dan bik ani akan macam biasa suruh cik zira makan sebab dia tahu cik zira memang kaki makan dalam rumah ni.
makan chicken chop dan spagethi. makan sepinggan.
korang bayangkan betapa penuhnya perut cik zira semalam dari pagi sampai ke malam makan makan dan makan? cik zira pun tak dapat bayangkan macam manalah cik zira ni boleh makan banyak-banyak. betul-betul ikutkan nafsu makan.
bukan semalam je tau, hari-hari duk kat rumah makan banyak sebab makanan semua sedap-sedap. padahal boleh je kawal diri kalau nak, tapi taknak, ikutkan hati sangat nak makan semua.
hazirah, makan kena beringat-ingat ye. memang masa makan semuanya sedap. tapi makanan yang masuk dalam badan tuh semua akan bagi kesan dekat badan. bila timbang badan naik, mulalah nak geram tapi bila makan banyak tak ingat pun semua tu. beringat-ingatlah wahai hazirah ye.
tengok makanan memang semuanya sedap. memang semuanya nak makan. perempuan kan, nafsu makan ni tinggi. kadang-kadang jangan terkejut bila tengok perempuan boleh makan lebih banyak dari lelaki biasa makan. itu memang tidak mustahil sebab macam cik zira sendiri, cik zira akui memang pantang tengok makanan sedap, tak kisahlah makan berapa banyak, janji dapat makan. ini memang masalah ketara cik zira yang susah cik zira nak buang. memang susah. nasib baiklah pil halia nightriem ada, tapi masalah jugak sebab dah tahu pil halia membantu tak beringat juga bila makan.
habis tu macam mana ye? ketabahan dan kecekalan hati nak kawal makan dah takde macam masa awal-awal nak diet dulu. teringin nak keras hati dengan makanan macam dulu-dulu tapi sekarang dah susah,, =(
korang faham tak apa cik zira rasa? makan memang sedap tapi kadang-kadang menyesal bila makan banyak sangat. tapi esok makan banyak lagi. tak tahu dah macam mana. kalaulah rajin bersenam ke, bagus jugak, ini tak rajin. habis tuh macam mana? huhu
tengoklah, masa taip entry ni menyesal. tapi karang tengok makanan sedap makan jek tak ingat.
entahlah..
oklah, kesian plak korang baca keluh resah cik zira ni. minta maaf ye.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 4 februari 2011 8.45 a.m.
No comments:
Post a Comment