SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 25, 2011

TIPS : alasan kalau anda gemuk dan mahu kurus





salam sayang dan salam berbahagia buat semua,






kembali lagi dalam segmen TIPS ringkas dari cik zira di blog MERAH pada kali ini,, =)







ok, kalau yang dah mengikuti blog MERAH ini, sudah tentu tahu yang dulu cik zira pernah membulat dan menggemuk, membela lemak dengan jayanya. dan dengan kegemukan sebanyak 67 KG itu, membuatkan pada suatu ketika, cik zira tetiba rasa macam mahu kurus semula macam zaman sekolah-sekolah.



ini antara bukti kukuhnya



macam mana ye boleh ada perasaan seperti itu dan dengan perasaan itu membolehkan cik zira nekad mahu menurunkan berat badan. mahu tahu lebih lanjut macam mana cik zira boleh turun berat badan ? KLIK ENTRY INI dan ENTRY INI.





mari, cik zira kongsikan sedikit ye






memang hakikat yang cik zira kuat makan tidak boleh disangkal lagi. hakikat itu memang jelas dan nyata bila setiap kali lapar mesti akan makan dan makan dalam jumlah dan kuantiti yang sangat banyak. macam lelaki makan,, huhu, jadi siapa sangka siapa menduga berat mencapai tahap tertinggi 67KG sekaligus membuatkan badan cik zira ni mengembang dan membulat dengan sungguh berjaya sekali. syabas!






jadi, pada suatu ketika, cik zira berfikir yang cik zira tak boleh macam gitu. kena berusaha turunkan berat. kena jugak jugak!






jadi, ini yang membuatkan cik zira mahu kurus :




  1. setelah dioffer oleh Adeline Beauty dan Slimming. dari situ terfikir nak kurus. biarlah kena bayar mahal sekaligus, nak cuba jugak. nasib baik time tu ada duit, cuba kalau takde, tanak kurus lagi kot! hehe
  2. setelah chenta-chenta hati menegur kegemukan kakak MERAHnya ini
  3. setelah menyedari banyak baju seluar dah tak muat nak pakai
  4. setelah menyedari susah nak cari baju dan seluar baru yang boleh pakai
  5. teringin nak kurus semula macam zaman sekolah, bak kata chenta hati 2






5 tulah kiranya point paling kuat nak kuruskan badan. bernekad ni. daripada kuat makan gila-gila, terus diet pelan-pelan. mula kurangkan makan dan makan bila perlu. amek makanan yang berkhasiat. dan macam-macam cara lagi nak kurus, tapi yang penting kena beserta azam dan tekad kemudian usaha sungguh-sungguh.






dan pil halia nightriem tuh dan losyennya memang membantulah walaupun kesannya lambat, dalam setahun baru nampak hasilnya. tapi, takpe, usaha yang berterusan pasti membuahkan kejayaan. dan sebab tanak teruskan sesi slimming di Adeline itu dan terpaksa duit burn begitu sahaja, jadi kena usaha cara sendiri.






alhamdulillah, walaupun tidaklah sekurus mana, tapi sekurang-kurangnya, cik zira tidak lagi 67kg macam dulu. kalau tengok gamba-gamba masa gemuk dulu pun macam tak percaya dan alhamdulillah dah dapat berat sekarang. dalam 53-54 kg. nak cuba turunkan lagi tapi tidak berdaya sebab memang sekarang kuat makan dan tak boleh diet lah. risau jugak, tapi cuba maintainkan. agak-agak naik banyak tuh, ha time tu kena pandai kawal makan. maklumlah, dahlah tak bersukan dan bersenam. jadi, kena kawal pemakanan jelah walaupun tak terkawal pun sebenarnya. dah kalau memang nafsu makan ni kuat, susah nak dibendung sebenarnya kan,, ;)


gamba terkini minggu lepas, berat 53-54 kg





jadi, walau apapun kata orang, anda sendiri kalau gemuk dan nak kurus, kena ada azam dan tekad yang kuat, berusaha sungguh-sungguh tau. jangan mudah patah semangat sebab benda macam ni bukan sekejap je dapat perubahan, kena amek masa yang lama. jadi, bertahan dan terus berusaha k.






walaupun tak sekurus dan secantik model ke, tapi bila anda dah berjaya turunkan berat badan ke berat badan ideal, anda akan rasa perasaan gembira itu sendiri. percayalah!






dan lagi satu, bila anda kurus dan mempunyai berat badan ideal, ini menjauhkan anda daripada penyakit berbanding jika anda terus gemuk dan terus makan banyak-banyak. betul kan?






jadi, fikirkan k. kalau anda mahu kurus, anda sendiri perlu berusaha mengubah diri anda. bukannya orang lain dan jangan salahkan diri atau Tuhan kenapa anda gemuk jika anda sendiri tak berusaha menjaga berat badan anda. fikirkan ye.






kalau gemuk nak kurus, banyak cara dan terserah anda mahu pilih yang mana.






sekian sahaja tips ringkas dari cik zira yang berkongsi cerita cik zira sendiri, manalah tahu boleh dijadikan sedikit panduan ke kan. 






okeh, cik MERAH ni mahu hentikan penaipan. 






jumpa lagi di TIPS akan datang!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 25 april 2011 8.59 a.m.

4 comments:

Zuliana Harun said...

salam..

tak sangka dulu badan sis berisi erk? tapi sekarang dah cantik dah.. =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

salam nana,



bukan berisi nana, dah terlebih isi,, hehe



haah, alhamdulillah, dah dapat berat sekarang,, =)

farah said...

saya pun lebih kurang masalah kak zira,slalu mengambil makanan dalam kuantiti yg banyak..akibatnya berat badan dah 67kg..skang ni nak tangkap gambar pun dah x confident..dulu waktu skolah slim je,tetapi skang bila jumpa kawan2 sekolah semuanya dah tegur..skang dalam proses nak kuruskan semula..nak g pusat mcm london weight,slim world x mampu..jadi cuma mampu kontrol pemakanan dan senaman..nnt nak cuba produk Bslima dgn losyen 2 pulak..doa2 kan yer kak zira..mmg baju pun dah x muat..dulu saiz M je skang saiz L belum tentu lagi boleh pakai..huhu..kalau boleh bgtau sama petua tak bagi perut buncit..heheh..:)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

hi farah,
kita dah pernah rasa apa yang farah rasakan tu, takpe, usaha tau, yang penting kena konsisten, Insya Allah lama-lama akan nampak hasilnya.



perut tak buncit ea? perut kita pun buncit jugak lepas makan minum banyak, tapi guna pil halis nightrim tuh alhamdulillah memang perut cantik je,, cubalah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails