SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, November 16, 2011

bihun sup sedap batu maung



serius, bihun sup dekat tepi laut batu maung yang pemandangan nampak jambatan kedua yang nak dibina itu, adalah sangat-sangat sedap. dia jenis bihun sup utara. jadi kepada sape yang tahu apa beza bihun sup biasa dengan bihun sup utara, maka tahulah sedapnya macam mana






masa kitorang jumpa cuti hari tu, tak tahu nak makan apa, tiba-tiba buah hati kata makan bihun sup nak tepi laut. apa lagi, cik zira on je lah. masa pergi tu petanglah kan, sedap makan petang-petang. orang pun ramai. dekat situ ada laksa penang, ABC, cendol. dia ada dua buah lori. rasanya suami isteri yang berniaga. sebenarnya memang banyak lori-lori kecik buka gerai sepanjang tu, tapi gerai ni yang paling hujung sekali.






buah hati order 2 mangkuk bihun sup special dengan 2 sirap. masa sampai jek cik zira dah wah, sedapnya. sebab mangkuk besar, bihun banyak, ayam banyak, sambal cukup. pendek kata memang ikutkan tak sempat snap gamba patutnya dah masuk mulut, tapi sempatlah jugak sebab nak cerita dalam blog MERAH nanti.



terliurr la!!~~




uisy, tak terkatalah, memang sedap. puas hati sangat. habis cik zira makan. ayam banyak. bihun sup ayam. kalau ada bihun sup daging pun mesti sedap.






masa nak bayar ingatkan berbelas ringgit. tapi dua kali buah hati tanya berapa, memang RM9. murah kan? maksudnya semangkuk bihun sup special tu baru RM 3.50 dan air RM 1. wah, boleh makan dua kali patutnya, hehe






nanti gi penang, nak makan lagi dekat situ. bihun sup dia memang terbaiiikkk!!






.review cik zira untuk bihun sup sedap 
tepi laut batu maung : 4 1/2 bintang.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 16 november 2011 8.53 a.m.

4 comments:

adarnadzmie said...

tak jauh dah la dr tempat akak..hehe.. nnt nak gi try jugak la...

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah kak, sila cuba tau. memang sedap, dah lah tempat berangin, tepi laut. memang nikmatlah!
^___^

Zalieda Zaliedana said...

Owh ni bihun sup cik kiah,kak ct pon selalu p mkn citu,pastu pekena lak ais kacang,mmg marbeles la..Ais kacang dia pon best..Bihun dia kalo yg biasa pon mmg byk juga,mmg puas hatilah mkn kat citu..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

oh, bihun sup cik kiah ea kak, dah tahulah nama dia sekarang,, hehe


haah, memang sedap. t balik penang nak pergi makan situ lagi. sedap sangat!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails