SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, February 28, 2013

Khalisah takde rambut



Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Khalisah diadakan masa khalisah 24 hari. keesokkan harinya di hari ke 25, khalisah pun dicukurkan rambutnya oleh babahnya.


punyalah amek masa lama nak cukurkan rambut khalisah sebab rambut khalisah lebat. daripada khalisah tido, dah bangun siap minum susu pun tak siap lagi babah khalisah cukurkan rambutnya.


tapi, akhirnya berkat kesabaran bersama, selesailah sudah rambut khalisah dicukur dan khalisah pun dah botak. lain pulak tengok khalisah bila tak berambut sebab selama beberapa hari ada rambut lebat, sekali takde rambut. lain je muka khalisah.


lepas habis terus mandikan dia sebab habis badan tangan dia semua penuh dengan rambut.


ini gambar khalisah bersama rambutnya sebelum rambutnya dicukur oleh babah.







ini pula khalisah dah takde rambut. terus ibu khalisah panggil khalisah botak. hehe


kalau dah lidah dah macam tu, memang lena sangat!






sekarang nak tunggu rambut khalisah tumbuh balik je. mesti lama kan kan.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 25 februari 2013 6.55 p.m.

Wednesday, February 27, 2013

Syria Chiffon 2 Layers - Saiz M



kepada pembaca blog Merah cik zira yang sukakan tudung syria macam cik zira, sudilah kiranya menjenguk REDshop cik zira tu. manalah tahu ada berkenan di hati. 


yang Syria Cotton Najjah tu nanti dah ada stok cik zira buka jualan dekat REDshop ye. yang tu pun cantik.


tapi, cik zira nak promote Syria Chiffon 2 Layers - Saiz M ni. yang ni menutup dada dan material jenis chiffon. biasalah, syria ni tak telan dek zaman. senang nak gayakan dengan pelbagai inner dan turban. walau dah macam-macam tudung baru di pasaran, cik zira tetap pecinta tegar Tudung Syria. suka sangat!


cik zira tepek sedikit gambar tudung Syria Chiffon 2 Layers Saiz M ni ye.








harga RM 35 sehelai. tapi kalau amek 2 helai, cuma RM 60. dah jimat RM 10. kalau berkenan, meh jenguk REDshop untuk lebih banyak pilihan warna menarik ye.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 25 februari 2013 6.25 p.m.

Tuesday, February 26, 2013

Khalisah, anakku



masa mengandung dulu setiap masa berdoa supaya anak dalam perut selamat dan sempurna dilahirkan. selalu minta pada Allah yang baik-baik untuk anak.


masa anak dalam perut, selalu usap perut dan kadang-kadang kacau anak dalam perut. lepas tu selalu berbual dengan anak dan suka sangat bila anak dalam perut bertindak balas bila bercakap dengan dia.


masa dah sarat mengandung, cakap dengan anak supaya keluar pada masa yang sesuai. janganlah sakit masa perjalanan pergi balik sekolah ke atau sakit kat sekolah. tunggu babah dari penang sampai dulu baru anak keluar. baby memang ikut cakap. segala doa ibu pada Allah termakbul. tunggu babah dia ada dengan ibu baru baby keluar. good girl.


sakit dan perit ibu nak lahirkan khalisah terbayar bila khalisah dah selamat keluar dari perut ibu. pertama kali ibu tengok wajah khalisah, ibu rasa bersyukur sangat-sangat pada Allah sebab kurniakan anak yang comel dan cantik sangat buat ibu. ibu gembira nak. ibu gembira anak yang ibu bawa dalam perut selama ni dah selamat ibu lahirkan. syukur Alhamdulillah.


khalisah anakku,
walaupun malam khalisah suka meragam dan tak nak tido, kena dodoi bagi lena baru boleh letak dan barulah ibu boleh tido. walaupun malam kadang-kadang khalisah buat ibu hanya tido 2-3 jam je, tapi takpe wahai anak, setiap kali ibu tengok khalisah, ibu rasa sayang sangat-sangat. dan ibu minta maaf sebab bila ibu dah penat dan rasa mengantuk sangat, ibu marah khalisah. ibu minta maaf.


khalisah anakku,
setiap hari ibu suka tengok khalisah. setiap hari nak amek gamba khalisah. setiap waktu rasa nak peluk cium khalisah. ibu tak tahu macam mana bila ibu dah mula kerja nanti, kena tinggalkan khalisah. ibu tak tahu macam mana perasaan ibu nanti. khalisah tak sedih, ibu yang nangis agaknya dalam perjalanan pergi balik sekolah.


khalisah anakku,
ibu tahu khalisah anak yang kuat. khalisah tahan sakit. dan ibu nak khalisah macam ibu ye nak. sentiasa kuat hadapi apa sahaja dugaan Allah berikan.


khalisah anakku,
ibu suka bila tengok khalisah senyum dan ketawa. ibu pun suka biarkan khalisah nangis, saja nak sakat anak ibu yang seorang ni. ibu suka bila khalisah tengok ibu, renung ibu walaupun ibu tak tahu khalisah nampak ke tidak dan khalisah kenal ke tidak ibu ni ibu khalisah. ibu tak kira, ibu suka sangat!


khalisah anakku,
walaupun sekarang khalisah dah pandai nangis jerit-jerit, ibu tetap jaga khalisah. kadang-kadang buyut dengan tok bik yang selalu tolong ibu jaga khalisah bila khalisah nangis kuat-kuat.


khalisah anakku,
ibu tahu Allah beri khalisah pada ibu sebagai satu tanggung jawab yang berat. amanah buat ibu untuk jaga, didik khalisah supaya jadi hamba-Nya yang terbaik. ibu janji khalisah, ibu janji ibu nak jaga, didik khalisah supaya jadi umat Allah yang tahu jaga dan seimbangkan antara dunia dan akhirat. Insya Allah.


khalisah anakku,
sekarang dalam blog Merah ibu pun dah banyak cerita khalisah dari cerita-cerita ibu. ibu tak kisah sebab khalisah kan anak ibu. takpelah ibu nak selalu cerita pasal khalisah pun kan. lagipun nanti khalisah dah besar, khalisah tahu betapa ibu sayangkan khalisah dunia akhirat.


khalisah anakku,
masa mengandung ibu dah bagi tahu babah. kalau anak perempuan nak letak nama mula dengan huruf K ikut nama babah. tapi kalau anak lelaki nak letak nama mula huruf H ikut nama ibu. dan bila khalisah keluar, ibu letak lah nama Khalisah. babah setuju. Khalisah maksudnya bersih. ibu suka nama tu. senang nak panggil, senang nak ingat. lagipun ibu kan cikgu, dah tahu betapa susahnya bila jadi cikgu ni nak tulis, nak taip nama anak-anak murid sampai 2-3-4 kekadang ada sampai 5 nama panjangnya. takpe, ibu letak nama Khalisah satu je ye anak. sama macam nama ibu, Hazirah. pendek je kan.


khalisah anakku,
ibu akan selalu berdoa yang terbaik untuk anak ibu. ibu selalu berdoa supaya ibu dapat jaga khalisah dengan baik dan khalisah membesar menjadi anak yang cerdik, bijak dan solehah. ibu nak selalu dengan anak ibu sebab ibu sayang khalisah sangat-sangat. sayang yang hanya ibu-ibu sahaja tahu perasaan tu.


nanti, mana tahu dah besar nanti, khalisah baca entry ibu ni, ibu nak khalisah baca betul-betul ye sayang. ibu dah takde mak masa ibu sekolah lagi. jadi, ibu harap Allah berikan ibu kesihatan dan umur yang panjang supaya ibu akan bersama khalisah selagi khalisah perlukan ibu ye anakku.


khalisah anakku,
ibu kena berhenti dulu sebab ibu takut nanti ibu nangis plak kalau teruskan menaip. yang penting, khalisah kena tahu ibu sayang khalisah. khalisah kena faham kenapa ibu suka cium khalisah banyak-banyak kali sebab ibu geram sangat tengok anak comel ibu ni. jadi, maafkan ibu ye sebab gomol dan cium khalisah setiap hari. nanti khalisah dah besar, khalisah peluk cium ibu pula ye nak, sampai ibu tua ganyut.



manalah tak gewam ibu tengok khalisah buat muka macam tu. khalisah-khalisah




baiklah khalisah anakku. ibu sayang khalisah sangat-sangat-sangat-sangat-sangat!! sangat yang banyak sangat!





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 19 februari 2013 3.52 p.m.

Monday, February 25, 2013

jelingan khalisah pada babahnya



ada gambar yang cik zira nak kongsikan dengan semua di blog Merah ni.


gambar khalisah menjeling dan tengok je babah dia yang tido sebelah dia. kelakar cik zira tengok. agaknya khalisah cakap," ni sape plak tido sebelah kita ni? selalu sebelah kita ibu kita."


yelah, babah khalisah kan jauh kat Penang. baru balik 2 kali je jumpa khalisah. tu yang bila letak khalisah sebelah babah dia yang tengah tido, dia tengok je babah dia lama-lama. 


tengok tuh. comelnya khalisah tengok babah macam tu!!




khalisah-khalisah.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 19 februari 2013 3.04 p.m.

Sunday, February 24, 2013

muka garang



agaknya masa dalam perut ikut ibu pergi sekolah lepas tu ibunya plak garang masa mengajar. kalau budak buat salah yang tak patut salah tu, punyalah budak tu kena marah dengan teacher hazirah ni.


jadinya, khalisah pun kekadang suka buat muka garang. kerutkan dahi lepas tu bila marah khalisah akan renung tak berkelip mata dia. amboi bukan main khalisah ye.



ini namanya muka garang tetapi manja gitu!


tu lah. yang tengah mengandung, kurangkan marah-marah tau. kang terkenan dekat baby pulak. hehe





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 22 februari 2013 10.56 a.m.

Saturday, February 23, 2013

babah dodoikan khalisah



ini masa suamiku balik untuk majlis aqiqah dan cukur jambul hari tu. sampai khamis malam terus tengok anak dara tengah tido. rindulah anaklah tu!


tapi, betul lah kan kalau siapa yang pernah merasai. susah sangat nak dapat suami yang sama-sama jaga anak dan berjaga malam jaga anak. memang ada suami yang jaga anak. malah ada isteri yang siap tak bangun malam pun sebab suami yang berjaga malam jagakan baby. tapi sikit sangat isteri yang bertuah dapat suami macam tu.


macam mana pun, si ibu jugaklah yang bersabar setiap malam melayan kerenah si baby. si ayah-ayah ni mesti dah tido mati. anak nangis pun tak sedar. biasalah.


khalisah di pangkuan babahnya



jadi, kengkonon lah, suamiku balik nak jaga khalisah malam-malam. em, jaga kejap jelah. penyudahnya ibu jugak yang dodoikan khalisah macam biasa. babah dah ketiduran tak sedar apa. biasalah tu.


jadi, kepada isteri-isteri yang dapat suami tolong sama berjaga malam jaga baby, korang sangat-sangat beruntung. macam cik zira ni, dalam pantang, dahlah suami jauh di penang, nasib baik ada tok bik ngan buyut khalisah yang banyak tolong. tok bik lah kekadang amek khalisah dodoikan dan khalisah pun kekadang tido ngan tok bik dia.


terima kasih atok ngan bik ani! hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian pada cik zira. 





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 17 februari 2013 2.50 p.m.

Friday, February 22, 2013

Tudung Syria Cotton ala Najjah



kalau semua yang dah tahu, cik zira memang sangat suka pakai syria. tudung awning tak suka sangat. lebih suka pakai syria sebab senang, sarung je dan boleh dipelbagaikan dengan pelbagai inner.


tak kisahlah jenis chiffon ke jojet ke cotton ke, semua jenis syria cik zira ada. maklumlah kan, dalam masa yang sama pun cik zira jual tudung, bukan sekadar pakai sendiri.


dan yang terbaru dalam koleksi ialah syria cotton ala najjah. nape ala najjah ye sebab di sekeliling tudung tu ada dijahit labuci-labuci ala-ala tudung keluaran najjah tu.


cik zira suka sebab cotton jenis tebal dan labuh tutup dada. sekarang pakai tudung nak cari yang labuh-labuh je, senang. tak payah nak pakai brooch ke apa. sarung je lepaskan, senang!



 si tembam 2 hari sebelum beranakkan khalisah

syria cotton royal blue dipadankan dengan inner klip biru muda



syria cotton Merah dipadankan dengan turban bercorak



cik zira ada 10 jenis warna berbeza yang semuanya cantik-cantik! suka sangat! baru pakai dua warna. satu warna royal blue pakai lagi 2 hari nak beranak gi kerja. lagi satu warna wajib iaitu warna Merah pakai masa majlis aqiqah dan cukur jambul baru-baru ni. banyak lagi warna cantik belum pakai.


ada ke yang berkenan dengan syria ni ea? kalau ada permintaan baru cik zira order untuk buka jualan ye. harga standardlah RM 35 je sehelai ye. kalau ada berminat bagi tahu tau!





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 17 februari 2013 2.40 p.m.

Thursday, February 21, 2013

khalisah pakai romper



geram kan tengok rompers baby comel-comel dan cantik-cantik. pulak tu murah-murah je. manalah tak terbeli. tapi beli pun tak banyak masa khalisah dalam perut lagi.



khalisah beraksi



jadi, bila dah beli, kenalah pakaikan khalisah walaupun buyut khalisah cakap baju tu baju monyet dan susah nak pakai dan buka. memanglah susah, tapi tak salah rasanya bila dah beli pakaikan. dan lagipun ajar baby bersenam jugak bila nak buka dan pakaikan rompers kat baby. ceh, nak fikir positif sebenarnya.


nanti dah besar pun dah ada beberapa rompers menanti untuk dipakaikan kat khalisah hadiah khalisah dapat. dah besar dia dah pandai pakai dah. lagipun bila pakai nampak comel dan seksi. hehe. baby seksi takpe. jangan dah besar seksi ye anak. jadi muslimah cantik je takpe. ibu redha.





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 17 februari 2013 1.50 p.m.

Wednesday, February 20, 2013

babah tido, khalisah tido



ini masa suamiku balik JB dua minggu lepas. masa si babah dan si baby tido, si ibu pun snapkan gambar buat kenangan dan buat cerita dalam blog. hehe






comel je kan kan. patutlah cik zira tengok ramai je mak-amak amek gambar masa baby tido dengan ayahnya. memang comel!!





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 15 februari 2013 2.50 p.m.

Tuesday, February 19, 2013

si mata bulat ibu



khalisah bila dia buka mata, dia besarkan mata dia, alahai gewam!!


matanya bulat sungguh!


tak caya meh tengok meh...






ibu suka tengok mata anak ibu bulat. semoga mata khalisah digunakan untuk melihat perkara-perkara yang elok-elok ye anakkku.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 15 februari 2013 2.45 p.m.

Monday, February 18, 2013

oh my pantang!


** ENTRY INI SANGAT PANJANG **


Assalamualaikum
hari ni 18 Februari 2012. khalisah dah 33 hari makanya cik zira aka ibu khalisah pun dah 33 hari berpantang.


PANTANG?
apa sebenarnya maksud pantang tu ea? pantang makan ke, pantang buat keje ke pantang apa?


ye, semua orang tahu lepas bersalin dan melahirkan baby, ibu kena berpantang. tapi, cik zira rasa pantang cik zira adalah tidak sama dengan pantang orang lain yang betul-betul berjaga hebat! bak kata orang, badan perempuan ni nak guna lama. jadi, kena jaga betul-betul lagi-lagi bila anak pertama. memang kena jaga!


alkisah. khalisah keluar hari khamis subuh. jumaat petang dah balik umah. balik umah je terus cik zira berkemas, dah naik turun tangga kemas barang dalam bilik kat atas. pantang kah itu? cik zira memang tak tahu apa maksud pantang. dan cik zira memang jenis tak reti duduk diam. rupanya, bila kita buat kerja, lagilah kerja renyah dan berat, tu semua akan memberi kesan dekat badan. memanglah tak rasa terus, tapi nanti lama-lama badan sakit sape yang susah? menyusahkan diri sendiri


kalau orang lain berparam, berpilis, dengan set bersalin segala bagai. cik zira? langsung tak ada. langsung tak beli. bengkung bila orang tanya lagilah. memang tak terfikir nak beli. hari ke berapa baru order online. tu pun yang pakai zip, yang senang. tak nak susah. padahal, bengkunglah orang pakai jenis bertali-tali tu nak bagi perut tegang naik cantik dan peranakan pun kat dalam tu terjaga. tapi cik zira? isyh-isyh, teruk betul perangai. yang salah cik zira jugak patut sebelum beranak beli sediakan tu semua. jadi, bila ada kan pakai nanti. tulah, tak nak beli kan. salah sendiri lah!


urut? urut tak silap hari ke lima ke keenam baru berurut. urut tiga hari. masih tak makan apa-apa jamu ke pil bersalin ke apa. makan ubat hospital bagi je, itupun vitamin, iron tablet tu sume. telan jelah. 


sebab tu bila tanya beli set bersalin apa? memang cik zira tak beli langsung! aunty ann yang urutkan cik zira tu bagi kapsul supplement siam dia. beli dengan dia. dia kata tak payah makan ubat-ubat lain. cik zira pun ikut jelah. supplement dia bagi tu cik zira makan lepas dah 2 minggu lebih. bekalan untuk sebulan. kira habis pantang nanti, habislah supplement tu. tu pun ada terskip jugak sebab lupa.


kiranya paling kuat cik zira pantang bila pakai kain batik dan stokin. yang lain-lain, memang takde langsung! bila baca blog orang lain berpantang, cik zira heran, memang cik zira tak buat semua tu. makan pun, makan je semua kecuali tak makan pedas sebab takut perut baby meragam. memang apa yang ada cik zira bedal je. takdelah nak diet bagai ke apa.


dan mandi pun pemalas nak mandi air panas. pagi petang bedal mandi air sejuk je. yelah, kalau bilik air dah air panas kan best. hehe. ni kena masak air dalam cerek dulu. nak kena tunggu pastu tuang dalam baldi. aduhai, memang jenis pemalas, jadinya mandi je air sejuk. ingat badan tu dah kuat sangatlah tu!


dan masa khalisah kena kuning seminggu lebih tu, cik zira dah bawa kereta sendiri hantar khalisah pergi klinik untuk 4 hari tu. sebab fikir nak naik teksi payah je, maka bawalah kereta sendiri. padahal atok dah bising tu. degil kan degil memang! 


cik zira bukan apa, kalau boleh tak nak susahkan orang. jadi, boleh bawa kereta sendiri, bawa jelah. bila duduk dengan atok dan bik ani, apa yang dorang sediakan, cik zira terima. cik zira tak minta-minta. bila takde, takdelah jawabnya. inilah nasib agaknya. mak sendiri dah takde. kalau ada mak sendiri, mungkin pantang cik zira terjaga sepenuhnya. manalah tahu kan. lagipun jenis cik zira ni tak suka benda leceh. tapi rupanya, benda leceh tu semualah memang menjadi kewajipan masa berpantang. yang memang kena jaga kalau nak badan sihat lepas-lepas ni.


nak dijadikan cerita. masuk minggu ketiga. cik zira dah demam petang. badan panas sangat. sian khalisah mengaruk nak susu tapi tak boleh nak kasi sebab panas. daripada tak nak langsung susu botol, buyut dia paksa-paksa, akhirnya dia nak jugak. tapi tu pun hari kedualah. ingatkan demam dah baik lepas makan panadol. rupanya malam tu demam lagi. esok paginya demam jugak. petang hari pun demam balik. atok dah bising.


hari kedua demam tu, lepas maghrib panggil mak timah, bidan memang urut orang bersalin datang umah. urut cik zira. takut bentan. memang mak timah kata bentan pun. badan dah mengamuk katanya. urat-urat semua dah lari. peranakan pun dah turun ke bawah. dia tanya ada tak buat ini buat itu, semua cik zira kata takde. manalah tak demam.


dua hari berurut dengan mak timah. mak timah siap sunatkan khalisah sekali hari ketiga.


masa suamiku balik, malam tu kul 12, kiranya hari ketiga demam tu boleh menggigil sejuk macam apa. ketar satu badan. suamiku peluk bagi panas. lepas tu dia suh makan panadol actifast 2 biji. cik zira ni selagi boleh tahan, selagi tu cik zira kuatkan diri.


atok dah risau. dia dah bising habis dah. masa majlis aqiqah dengan cukur jambul pun cik zira tak reti duduk diam, dia dah bising suruh duduk. aduhai, cik zira ni memang tak suka duduk jelah. jenis nak buat kerja. tak sedar diri tu berpantang, badan sebenarnya tak kuat. kena jaga betul-betul. 


bak kata BFF, " jaga zira. awak nampak memang kuat, memang sihat. tapi nanti tak jaga lagi susah."


betul kata BFF. semua pun pesan suruh jaga. bila semua tahu cik zira demam bentan, semua dah bising. suruh makan itulah, suruh pakai inilah semua. semua dah risau. lagilah bila tahu cik zira tak berpantang macam orang lain berpantang, makinlah semua suruh itu ini.


mak leha datang uma. lagi berapa hari nak sebulan. mak leha urutkan belikan param pilis semua. bayangkan, dah nak masuk sebulan baru nak pakai semua tu. itupun pakai untuk 2 hari je. memang tak istiqomah langsung ibu khalisah ni. kalau ada rotan, memang dah kena rotan agaknya!


siap baca dalam blog orang, rupanya masa pantang tak boleh potong kuku katanya. eh, cik zira yang memang pantang tengok kuku panjang, awal-awal dah potong kuku tangan dah kaki. Insya Allah, takde pape kot setakat potong kuku. macam takde kena mengena je kan kan.


kalau ikut pantang orang, memang itu pantang tak boleh, ini pantang tak boleh. serba serbi tak boleh. tapi, cik zira percaya bab kena jaga badan nanti badan sakit. naik kerja nanti takut tak kuat. memang tak rasa sekarang, tapi di kemudian hari baru mengadu sakit sini sana. kena tanggung sendiri lah tu.


tapi, nak buat macam mana. dah nak dekat habis pantang dah lagi 2 minggu. kenalah berdoa dan minta pada Allah supaya dikuatkan dan diberikan kesihatan kepada cik zira. kena selalu berdoa sebab masa pantang tak pantang kan. ha, kena jaga-jaga lah lepas ni. tanggunglah risiko sendiri.


kesimpulannya, cik zira pantang setakat pakai stokin dan kain batik je. takde duduk diam, takde pantang makan, semua bedal. takde pakai bengkung. takde berparam berpilis bagai. takde set lepas bersalin.


JADI, JANGAN IKUT PANTANG CIK ZIRA. memang sangat tidak bagus!!


cik zira cerita ni untuk diri cik zira sendiri. cik zira dah tersalah. jadi cik zira nak pesan dekat bakal ibu sekalian, berpantanglah seperti yang sepatutnya. ikut cakap orang tua. jangan degil. jangan jadi macam cik zira. nanti padah jawabnya!


oh, pasal berat badan. nak selitkan sikit ye. berat cik zira sebelum mengandung dalam 53 ++ KG. sampai nak dekat beranak 65 ++ lepas tu turun 64.6 KG. kira naik dalam 11 KG lebihlah.


lepas beranak je turun dalam 59 KG lepas beberapa hari tu cik zira timbang. masa demam masa suamiku balik JB dan takde selera makan, timbang kat mesin 20 sen tu, berat 55.5 KG. kiranya sekarang tengah berusaha untuk dapatkan berat asal sebelum mengandung iaitu 53 ++ KG.


sebab tu orang cakap dah kurus, cepat kurus. mungkin sebab tak naik banyak masa mengandung. perut pun masa 8 bulan baru nampak, itupun kecik jugak. jadi badan tak berapa nak naik sangat. mungkin senang nak turun tu. Alhamdulillah.


oh, dan pasal nak membuang air besar. sebelum beranak dengan lepas beranak, 4 hari tau tak membuang. dah keras lah kan. punyalah sakit nak meneran. Tuhan je yang tahu. yelah, dahlah jahit banyak. minum yakult, makan buah prune pun tak jalan jugak.


penyudahnya, cik zira dah makan balik pil halia nightrim dunia herbs tu. terpaksalah. tawakal je. nasib baik takde kesan kat khalisah. yelah, baby berak-berak kan normal masa pantang. jadi, daripada cik zira menanggung sakit, baiklah cik zira makan pil tu supaya senan nak membuang setiap hari. masa mengandung memang stop makan dan alhamdulillah dapat membuang secara normal. tapi sebab dah keluar pun khalisahnya, kenalah mula makan pil halia tu balik yang dah memang menjadi rutin sebelum ni.


uisyh, khalisah dah bangun plak. seb bek dah siap entry panjang ni. kena bagi dia susu. ingat, jangan berpantang macam cik zira tau.




~sekian~



k,adios!!! by : ierarahman jumaat 15 februari 2013 2.40 p.m.

Sunday, February 17, 2013

bedung paling kuat



masa lepas kena sunat tu, mak bidan, mak timah tu bedungkan khalisah kuat-kuat. rasanya itu bedung yang paling kuat untuk khalisah. maklumlah, bidan yang bedungkan. dahlah bedung letak khalisah kat kaki je. memang pakarlah.



anak ibu, khalisah



khalisah memang tido setido-tidonya. tak gerak langsung. lena sangat dia tido. kan best kalau cik zira pandai bedung macam tu. mesti dia tido lena dan tak terkejut-terkejut.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 11 februari 2013 5.15 p.m.

Saturday, February 16, 2013

gaya khalisah tido #1



ni antara gaya khalisah bila tido.






khalisah kalau tido, nak bedung biar bedung yang kuat betul. jadi, dia tak boleh nak bergerak langsung. kalau bedung yang tak kuat, sekejap je tangan kaki dia semua boleh keluar dah. kejap je.


tido plak kalau tangan dua-dua dah ke atas, dah nyenyak sangat dah la tu. kaki kadang-kadang bersila panggung senang hati. suka mengiring belah kanan.


kalau dia tido suka cik zira tengok. selalu kacau dia cium-cium khalisah banyak kali. baby kan, bila tido comel sangat!





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 15 februari 2013 5.07 p.m.

Friday, February 15, 2013

si ibu dan khalisah



sekeping gambar untuk entry hari jumaat.






gambar si ibu dengan anaknya, khalisah. 


kecik je tengok khalisah. takpe, baru 24 hari masa amek gamba tu. ceh, nak sedapkan hati sendiri sebenarnya. hehe. harap-harap khalisah besar debab lah sikit lepas ni. baru makin geram. sekarang dia bukan mendebab, dia memanjang ikut ibu ngan babah dia agaknya.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 11 februari 2013 4.48 p.m.

ibu babah dan khalisah



sebelum suamiku balik JB, petang tuh dah sms siap-siap suruh bawa t-shirt Merah nak pakai untuk majlis hari sabtu. rupanya dia tak bawa. jadinya suamiku pergi KSL tempat kegemaran dia bershopping pergi beli tshirt dengan seluar jeans. beli sekali tshirt Merah baru untuk dipakai sama-sama dengan cik zira dan khalisah.


jadi, inilah kami bertiga. si ibu si babah dan si baby khalisah.



The Red Family



semoga keluarga ini sentiasa bahagia dan diberkati Allah selalu. Amin.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 11 februari 2013 4.32 p.m.

Thursday, February 14, 2013

mak-mak dan anak-anak



BFF datang dengan suami, Eddy dan anak comel tembam, siapa lagi kalau bukan kafeel. macam tahu-tahu je ikut tema cik zira kena ada warna Merah. BFF pakai baju kurung moden hitam dan tudung Merah hitam. Eddy pakai tshirt Merah sama macam suamiku bertshirt Merah jugak.


ini BFF dengan anak tembamnya, Kafeel. geram betul tengok kafeel. comel!







kafeel pun tido jugak bila dah ngantuk sangat. join khalisah yang memang dari awal tido je.






gamba anak-anak dah tunjuk. ini gamba mak-mak plak. mama kafeel dah bergaya sakan dah. anak dah tembam comel. yang si ibu khalisah ni tunggu je bila nak habis pantang. lama lagi tuh. 2 mac nanti baru boleh bebas. tak sabar nak tunggu.


ibu khalisah dengan mama kafeel



cerita pasal pantang cik zira kan, t cik zira cerita dekat entry lain ye sebab cik zira punya pantang memang kalau orang tua-tua dengar, memang kena marah habis! ops, nantilah cerita ye.


bukan je anak-anak melaram pakai cantik-cantik tau. mak-maknya pun haruslah melaram nak bergaya jugak. ini belum lagi keluar jalan-jalan bersama nanti, lagilah. sorang dengan anak bujang, sorang dengan anak dara. mesti best!





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 11 februari 2013 4.17 p.m.

Wednesday, February 13, 2013

Khalisah yang suka tido



memanglah hobi anak cik zira sekarang ni tido. daripada dia kena kuning hari tu sampailah sekarang memang suka sangat tido. yelah, baby kan, nak buat apa selain tido dan menyusu.


dan, sampaikan masa nak cukur jambul dia pun, khalisah masih tido. orang buka sarung tangan dia renjis dengan air sejuk pun dia buat dang je tido jugak. khalisah-khalisah.


khalisah ni tak boleh sejuk. kalau sejuk, nanti dia muntah, sedu semua. buka kipas pun nombor 1 atau 2 je. tak boleh buka laju-laju memang dia tak tahan. lepas mandi pun sampai biru-biru sebab kesejukan.


bila orang buka sarung tangan dia, nanti dua-dua tangan tu dia rapatkan. comel sangat anak ibu.


jom tengok khalisah kena cukur jambulnya.


 tengok tangan khalisah. comel!


 geram tengok jari-jari dia.



 bersilang tangan plak tu.ewah!




nah. ini dia bukti khalisah yang suka tido. 
lepas cukur jambul pun dia sambung tido lagi dengan tenangnya



kalau dah lena sangat, buatlah apa saja kat dia, memang Khalisah takkan sedar apa. tapi, kalau ngantuk tak nak tido, habislah dia mengaruk nangis je. wahai anakku khalisah! 



p/s masa buat majlis ni, khalisah baru 24 hari.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 11 februari 2013 3.15 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails