SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, March 13, 2013

pizza oh pizza!!



rasanya tak ramai tahu kewujudan pizza islam. selalunya di kiosk dan gerai kecil. cik zira pun tahu bila baca iklan yang diselitkan dekat surat khabar metro.




jadi, minggu lepas nak cuba rasa sedap ke tidak. sms dulu tanya ada buat delivery ke tidak. rupanya takde. order je dulu lepas tu cik zira gi amek.


dekat je pun. kat kg melayu. order 4 kotak. sume sekali ada 6 perasa. cik zira order seafood, super supreme, hawaii chicken ngan cowboy. dia saiz kecik je yang potong 4 tu. sekotak RM 6.90.


balik tu cik zira pun rasa. rasa sume 4 tu. makan 4 kepinglah. 


rupa pun sama je kan. sume pun penuh mayonis.huhu




komen cik zira?

order 4 rasa yang berlainan, tapi bila makan rasa macam sume sama je. kalau piza lain kan dapat beza setiap rasanya. lepas tu topping nya tu atok komen banyak mayonis sangat. patut letak cheese penuh. lepas tu, toppingnya macam sama je. macam sume je ada potongan sosej. huhu


dia punya doh roti pun macam rapuh. tak bape sedap sangat. jadinya, ini kali pertama dan kali terakhirlah cik zira beli pizza islam tasha ni. 


TAPI


kalau dekat pasir gudang tu, ada satu pizza yang sedap. kat sekolah tu ramai cikgu selalu order. cik zira pun dah rasa. sume pun sedap dan berbaloi sangat. ada saiz S, M dengan L. selalu order yang besar sekali. banyak topping dan memang sume sedap.


nama pizza ni pazz da pizza. ada blog. boleh jenguk blognya. KLIK SINI. tapi ada dekat pasir gudang dengan ipoh je tau. delivery pun terhad, tengok kawasan berhampiran sahaja.


harga pizza saiz besar paling mahal pun RM 22. meh cik zira tepek gamba pazz da pizza yang sedap ni. gamba pun sume dari blog pazz da pizza ni.






yang ini memang cik zira akan order lagi dan lagi. memang tak rugi dan harga berbaloi dengan kesedapan topping dan roti pizza yang sedap sangat walaupun makan dah sejuk. topping dia pun banyak dan tebal dan sedap!!


kalau dah muak dengan pizza hut dan dominos dan nak rasa pizza orang melayu punya, bolehlah cari pizza macam ni kan. kat pasar malam pun kadang-kadang ada. bolehlah cuba rasa sedap ke tidak kan kan.



p/s masa buat entry ni pun dah teringin nak makan pazz da pizza. tapi jauh nak ke pasir gudang tu. masih cuti lagi kan. nanti naik sekolah boleh lah beli.





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 7 mac 2013 11.33 a.m.

2 comments:

cik chinta said...

amboii..hbs pntg, sme d try..hihi

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Eh, xla masa pantang pun da mkn mcm2 da.hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails