SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Thursday, November 18, 2021
Sandal Merah
Wednesday, October 21, 2020
Jam Guess Merah
cik zira nak ceritakan satu kisah benar yang terjadi pada diri cik zira. pregnantkan khalisah dengan pregnantkan khaliq memang banyak sangat alahan cik zira terpaksa hadap. dua dua pun alahan teruk.
bab takleh bau masak tumis tumis, bau nasi nak masak, takleh aircond, sabun mandi sume takleh tu macam normal kan.
tapi, cik zira ada alahan yang aik, tu pun dikira alahan ke. cik zira takleh pakai nametag gi kerja dengan takleh pakai jam tangan. sampailah dah beranak khaliq dah habis pantang, khaliq pun dah 2-3 tahun, memang tak pakai nametag dengan jam tangan.
punyalah konon alahan bawa sampai ke sudah alahan 2 ni. name tag banyak pun entah mana mana cik zira campak.
dan baruni saja cakap dengan encik suamiku, nak jam. lama dah tak pakai jam. dia pun carikan. pergi sama sama tapi takde yang berkenan, yelah cik zira kan wajib nak kena warna merah. time cari memang tak jumpa lah jawabnya.
last-last, ada satu hari dia pergi sendiri kedai jam yang dia selalu beli jam, jumpalah jam merah jenis tali getah jenama Guess. maka, dapatlah si isteri pencinta tegar merah ni jam tangan merah yang baru.
riang gumbira rasa di hati, terima kasih encik suami, nanti belikanlah lagi hehe
Monday, March 2, 2020
handbag merah coach cik zira
cik zira bukan pengumpul handbag apatah lagi suka membeli handbag. kira kira sekarang ada dalam 8-9 handbag je dan sume merah. hehe. yang betul betul guna berapa je. yang lain simpan.
dan salah satunya ialah coach poppy merah ni, yang cik zira beli masa awal-awal cik zira jadi cikgu. kirim dengan personal shopper shopping dekat sana. time tu masa beli adalah jugak dalam RM700-800 tak silap. sebab susah kan nak cari handbag yang berkenan di hati plak tu nak warna merah plak tu. bila dah ada berkenan di hati, teruslah order dan bayar.
lama dah beg ni. usung sampai sekarang sebab dia kecik dan bertali senang nak bawa melasak.
sampailah tergerak hati nak beli coach lagi satu. bukan tak mampu nak beli brand lain yang mahal mahal tu, tapi rasa macam sayang kalau semata nak beli beg sampai beribu. baik cik zira beli gelang emas harga ribu ribu tu lagi berbaloi.
tahun lepas bulan 12 tak silap, cik zira order handbag coach baru. cari jugak warna merah dan design yang berkenan di hati. alhamdulillah jumpa order dan bayar terus. kirim dekat outlet personal shopper jugak. masa tu ada black friday sale plak tu, memang murahlah sangat. RM400 lebih tak ingat dah berapa harga.
jadi sekarang dah tambahlah lagi 1 koleksi handbag merah cik zira. sume gantung kalau nak tuka tuka je yang penting bawa 3 beg kecik ke mana mana bila tuka handbag pun.
oh ye, encik suami pun menyibuk jugak join suruh beli beg coach untuk dia jugak. saja gatal beli dia tu, bukan pakai pun.
Thursday, November 7, 2019
cik zira pencinta tegar merah
beli apa pun kena pilih warna merah kecuali macam merah takde barulah amek warna lain.
tak tahu berapa banyak dah objek merah di sekeliling cik zira. ada di mana-mana.
tengok blog je pun tahu kan. merah itu zira.
sampaikan nak beli kereta sendiri pun jenuh survey, nak besar dan wajib merah. sampai macam tu sekali kan.
Friday, May 4, 2012
beg Nikon 1 ku.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 3 mei 2012 9.55 p.m.
Wednesday, May 2, 2012
Maka, tertunailah REDlist ketiga dari empat yang ada.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 1 mei 2012 8.49 a.m.
Sunday, April 8, 2012
semakin menghampiri, semakin memiliki...
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 7 april 2012 11.10 p.m.
Tuesday, April 3, 2012
antara emas dan beg tangan.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 2 april 2012 10.16 p.m.
Tuesday, March 13, 2012
REDlist kedua tertunai.
REDlist pertama RED Coach Handbag sudah tertunai. alhamdulillah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 12 mac 2012 10.50 a.m.
Monday, February 27, 2012
REDlist yang pertama sudah tertunai.
- nak duduk dengan suami (berpindah dan duduk berdua dengan suami di Penang)
- RED Nikon 1
- RED laptop
- RED Coach Handbag.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 25 februari 2012 10.28 p.m.





-large.jpg)









