SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, September 30, 2010

11 Oktober




syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah kerana memakbulkan doa kami semua
jika tiada masalah berbangkit timbul dan semuanya telah selesai, insya Allah, tarikh yang bermakna buat kami semua adalah pada 11 Oktober nanti






setelah lama menanti, jika ini adalah yang FINAL, dan jika nasib menyebelahi kami tanpa sebarang masalah lain, insya Allah, 11 Oktober lah tarikhnya






kemungkinan minggu hadapan kami akan dapat tahu di mana penempatan kami
setakat ini, informasi oleh wakil kami iaitu syafiq yang baik hati bagi tahu pihak KPM katakan 11 Oktober itu tarikh daftar diri, kalau benar yang dilaporkan, alhamdulillah syukur
harapan kami biarlah tarikh 11 Oktober itu membawa tuah dan kebaikan buat kami semua, pelajar-pelajar B.Ed TEYL Cohort 3 IPG KPP-UUM






doakan untuk cik zira dan rakan-rakan ye semua
kalau ada perkembangan terbaru, cik zira akan bagi tahu
sangat gembira mendapat tahu berita terbaru ni setelah bermacam ujian dan masalah melanda kami
kalau betul 11 Oktober itu kami mendaftar diri, dari sekarang patutnya segala persiapan perlu dilihat diperhati






berdoa dan berharap sangat ini adalah yang terakhir
sudah penat mendengar terlalu banyak khabar angin
terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
insya Allah, berkat doa dan kesabaran semua, kita akan sama-sama mula berkhidmat bakti tidak lama lagi






11 Oktober
semoga yang terbaik menanti kami
insya Allah







~sekian~








k,adios!!! by : ierarahman khamis 30 oktober 2010 11.02 a.m.

walaupun hijau, tetap ada MERAHnya





salam petang buat semua ye
entry petang ni entry santai sahaja
ada 2 keping gamba sahaja nak ditepek dalam entry ini






adalah satu masa tuh, keluar kan, tetibe jek macam rasa tema hijau
mana taknya, baju hijau, inner hijau, tudung pun sume hijau, mana tak nampak hijau jek kan



ouh, nampak gumuk sangatlah dalam gamba ini,,, hukhuk ~~ 




tapi, walaupun hijau, tetap ada MERAHnya tau
jangan tak tahu, kalau dah namanya pencinta MERAH tegar, mahu tak mahu, walau kaler ape sekalipun dipakai, digayakan, nak juga selit warna MERAH sebab asalkan ada warna MERAH tuh sudah cukup walau tema warna apa sekalipun






dan hari tuh, hijau + MERAH, MERAH hanya di belt itu sahaja
takpe, asalkan nampak jugak MERAHnya sudah cukup,, hee






tak kisahlah kan warna apa yang cik zira pakai, tapi TETAP warna MERAH menjadi pojaan hatiku ~~~









~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 30 september 2010 9.51 a.m.

konvo di bulan november




salam buat semuanya
pagi ni cuma nak bagi tahu, insya Allah, cik zira akan berkonvo pada 2 november 2010 nanti
nampak gayanya, sumenye kena diselesaikan cepat-cepat, yelah, skang sume pakai online kan, lepas tuh nak masuk web asek tak boleh jek sebab sumenye nak buka web yang sama, kena lah tunggu sampai dapat






agak-agaknya macam mana gayanya yek kalau sendiri yang berkonvo? sendiri yang pakai jubah besar tuh, sendiri yang naik pentas amek scroll tuh ye? yang paling hazab, nak kena tunggu lama-lama tuh, mesti penat sangat. kesian yang menunggu tuh nanti
tapi takpe, bukan selalu pun berkonvo. jarang-jarang, kenalah bersabar menunggu, biasalah, adat berkonvo kan,,






semalam, surat UUM datang, tapi surat frame konvo tuh, pakej frame, cik zira tak decide lagi nak amek ke tak, tapi memang kena ameklah untuk buat kenangan, mestilah nak kena ada gamba konvo ye tak? nak tanya pendapat abah dengan auntie zie dulu lah, lagipun auntie zie ngan abah dah tahu tarikh konvo, kenalah minta cuti sebab anak kesayangan ni nak berkonvo. beberapa tahun sudah dekat UUM jugak abah berkonvo, tahun ni anak perempuan abah plak konvo di tempat yang sama, insya Allah






setakat ni, nasib kitorang bebudak TEYL COHORT 3 masih samar-samar, masih menunggu sahaja dan terus berdoa, senarai nama masih belum diketahui
tolong sama-sama doakan ye semoga cik zira dan rakan-rakan cohort dapat bekerja secepat mungkin
sudah lama rasanya tidak buat apa,, huhu






hari jumaat ni dah 1 oktober, sekejap jek kan
lepas habis oktober, berkonvo plak, cik zira akan ke UUM Sintok itu yang sudah lama ditinggalkan
jumpa kawan-kawan semua di sana ye  ^___________^






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 29 september 2010 3.21 p.m.

Wednesday, September 29, 2010

terus jadi wallpaper tau





korang nak tahu tak, 1 syawal tuh bukan men bergambar kan
lepas tuh, petang tuh terus transfer gamba sume dalam komputer







dan, cik zira ape lagi, teruslah letak gamba kitorang dekat komputer chenta hati 1, hehe
suka suka hati jek kan buat komputer tuh macam harta sendiri, yelah, laptop sendiri lembap macam hape, raya memang tak on langsung laptop sendiri, tumpang komputer ngan laptop orang jek






insya Allah, tahun hadapan dengan tema cantik-cantik juga, tapi berempat pula sebab adik-adik cik zira sume kan ada 3, chenta-chenta hati dan ina
sayang dorang sangat lah!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 28 september 2010 11.50 a.m.

C.U.C.U.



salam buat semua pembaca disayangi






entry ni cik zira nak cite pasal cucu. wah wah, apekah cik zira ni umur 24 tahun dah nak bercerita pasal cucu kan. tak patut tak patut. 






bukan cik zira nak cakap pasal cucu cik zira lah, jauh sangat tuh.cik zira nak cerita pasal cucu atok iaitu mak kepada abah dan cucu tok yam iaitu mak kepada arwah mak






atok kan, dia ada 10 orang anak, tapi 2 orang dah meninggal. tok yam pun ada 10 orang anak, sorang meninggal. tokyam duk majidee, atok duk stulang baru. dekat sangat. abah ngan mak dulu satu sekolah,,hee






tapi, tokyam menanglah sebab tok yam kan, dia ada 33 orang cucu. atok plak ada 19 orang cucu sahaja.
tapi, dua-dua sama sebab dua-dua ada seorang cicit lelaki. baik atok mahupun tokyam, baru seorang cucu berkahwin.






bezanya lagi ialah cucu tokyam ramainya perempuan, manakala cucu atok ni ramainya lelaki.
cucu tokyam ada 33 orang kan, cucu perempuan ada 18 orang manakala cucu lelaki ada 15 orang.
atok pula, cucu perempuan ada 7 orang sahaja, cucu lelaki 12 orang, jumlah semua 19 orang sahaja.


 sebahagian anak menantu cucu tokyam masa raya keempat di batu pahat

sebahagian anak menantu cucu cicit atok yang ada masa raya pertama




aik, entry petang ni macam entry berkonsepkan matematik dan kira-kira plak kan, kalau buat kuiz ni mesti menarik. macam soalan, berapakah jumlah cucu atok bila ditambahkan dengan cucu tokyam? ha, boleh jawab tak,, hehe






dan syukur alhamdulillah, cik zira dan adik-adik rapat dengan semuanya, tak kiralah dengan sepupu belah mak mahupun sepupu belah abah dan kalau cuti raya, semahu boleh, kitorang anak-anak abah akan bawa sepupu-sepupu ni berhibur di hari raya, macam pergi karoke ramai-ramai raya pertama tuh, syok tau!






ha, pelajaran untuk hari ini ye anak-anak murid semua, ialah perkiraan cucu-cucu. mana tahun lagi 10 tahun, entry perkiraan cicit-cicit pula apabila si cucu-cucu ni sume dah berkahwin dan beranak pinak. kasi kira cicit-cicit plak ye





sampai sini sahaja ye pelajaran cikgu pada kali ini. esok jangan lupa hantar homework yang cikgu bagi pasal perkiraan hari ini k semua. TERIMA KASIH, ^___________*





** entah bila entah cikgu english jadi cikgu matematik kan kan,, ;)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 28 september 2010 11.23 a.m.

berkerongsang MERAH di hari raya




salam buat semuanya...
terima kasih buat semua yang masih sudi membaca blog MERAH cik zira ni






okeh, pagi ini kita ke kisah kerongsang MERAH
ape ceritanye ye?






kalau dah nama PENCINTA MERAH TEGAR, sape yang buat-buat tak kenal tuh tak tahulah lagi nak cakap ape,, hee, guwau jek, jangan marah ye, cik zira bukan terkenal pun, ngee






tapi, buat teman terdekat dan yang mengenali diri ini, dorang sume tahu cik zira memang amat CINTAKAN MERAH, sangat sukakan MERAH dan hidup ini memang diMERAHi,,, ^_______^






oleh sebab itu, masa raya hari tuh, cik zira telah mendapat hadiah set kerongsang MERAH
pemberian HUDA , gf kepada chenta hati 1 cik zira
sangat cantik dan memang cik zira suka lah sebab warna MERAH tu bonus tau,, ;)






TERIMA KASIH ye HUDA bagi kerongsang tuh kat kita, kita suka dan dah pakai merata dah bawa beraya
alang-alang dah besar, mestilah nak pakai tempat yang nampak kan kan






macam 2 gamba kat bawah ni, cik zira pakai kerongsang MERAH tuh dengan shawl, pinkan kat bahagian tepi, pakailah segabak-gabak kerongsang tuh, baru cantik,, =)


 nampak tak ea kat tepi tuh,, nampak kan kan





eh, ada sapa-sapa nak bagi hadiah kat cik zira? nanti cik zira terima kasih kat blog ni,, hee
tunggu birthday tahun depan lah boleh? bagi tau bagi tau ,, ^__________*







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 september 2010 3.31 p.m.

Tuesday, September 28, 2010

18 september 2010





bertarikh 18 september 2010
antara tarikh yang akan dikenang sampai bila-bila






terima kasih tak terhingga kepada semua kaum keluarga yang terlibat



pengerat kekeluargaan dari kiri : 
cik zira, abahku (Lt Kd Abdul Rahman Mukri), Tn Haji Abdul Kudus, Khalis & Auntie Zie








ini pertemuan yang mengeratkan hubungan kekeluargaan
syukur alhamdulillah ...








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 september 2010 3.01 p.m.

nasi goreng + telur dadar special




assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog MERAH yang cik zira sayangi sekelian






entry petang ni entry pasal makanan
maklumlah, makanan kan dah macam sebati dalam hidup cik zira, jadi, faham-faham jelah kalau ada entry makanan ye





nak dijadikan cerita kan, adalah satu hari tuh, cik zira ni lapa
pastu terasa nak masak. pergi dapur tengok ada coeslaw dalam esbok, lepas tuh ada lauk ayam goreng kunyit bik ani. wah wah, terus dapat idea nak masak apa






cik zira pun pung-pang-pung-pang lah kat dapo nun
buat nasi goreng ayam kunyit yang dimasak bersama sos tiram, wah sungguh enak,, teehee,,
kemudian, telur dipukul sebati dan dituang ke dalam kuali menjadi telur dadar, agak dah masak sket, tuangkan coeslaw atas telur tuh, kemudian telur tu pun dilipat


 tuh dia, pinggan pun mahu sama-sama biru, ape nak buat, 
takde pinggan bunga MERAH,, huhu

 nasi goreng yang sedap, 
ala-ala basah cenggitu pulak tuh ada ayam goreng kunyit, 
terangkatlah beb!

ini plak telur dadar special tuh, 
dalam dia ada coeslaw tau, jangan men-men,, ^___*





bila nasi goreng siap, telur pun dah siap, maka, tak sabar nak makan
memang nampak sedap jek bila panas-panas begitu dan bila lapar, ape lagi, sebelum makan, sempat amek gamba dulu
dan kalau nak tahu, hidangan tuh sebenarnya kan, leh untuk 4 orang makan tapi cik zira makan sorang-sorang, hambeklah mahu 2 jam cik zira ngabeskan sumenye sampai licin,, hee





harap-harap da keje nanti dapat housemate suka makan, masak lebih dia leh tolong ngabiskan, takdelah membazir dan takdelah cik zira bersusah payah makan berjam-jam sebab nak kena habiskan semua
sape nak jadi housemate cik zira, sila isi borang ye, tapi tunggu cik zira dapat penempatan dululah,, ngee








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 september 2010 2.47 p.m.

kali ini yang bermakna



SALAM SYAWAL






pagi ini terasa mahu bercerita pula
cerita yang mana cik zira mahu kongsikan kepada semua






syukur cik zira panjatlan kepada Illahi kerana ramadhan dan syawal kali ini sungguh bermakna sekali dalam hidup cik zira, doa yang tidak putus telah dijanjikan Allah dengan kebahagiaan
keharmonian keluarga dan kebahagiaan, kasih dan sayang sudah dinikmati semula berkat doa semua






alhamdulillah






dulu, pernah membuat banyak kesilapan dan semuanya telah disedari dan perlahan-lahan cuba diperbetulkan
alhamdulillah
segala yang dirindui sudah terubat
kasih sayang sudah dikecapi semula






insya Allah, jika ramadhan dan syawal kali ini bermakna, ramadhan dan syawal tahun hadapan lebih bermakna apabila dapat meraikan bersama dengan keluarga tersayang yang memang bermakna dalam hidup cik zira
syukur sangat dipanjatkan kepada Allah atas segala yang dikurniakan






sememangnya, betul lah apa yang dikata, Allah uji hamba-Nya untuk lihat sama ada kuat atau pun tidak menerima dugaan dari-Nya, dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, sentiasa bersabar dan terus meminta kepada Allah tanpa putus dan sentiasa ingat kepada-Nya, insya Allah, Dia sahaja yang Maha Mengetahui dan akan menjanjikan yang terbaik buat semua






segala kesilapan sudah dimaafi 
terus berdoa semoga kebahagiaan ini berkekalan hendaknya selama-lamanya
AMIN







SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 september 2010 2.34 p.m.

Monday, September 27, 2010

rumah terbuka kecil-kecilan



SALAM SYAWAL






hi semua, sudah kah menikmati juadah makan malam anda?
ha, kalau belum, apa kata lihat makanan yang terhidang untuk rumah terbuka kecil-kecilan semalam ye
semalam, bik ani masak soto ayam dengan kuey teow lemak udang sebab kawan-kawan bik moi datang beraya






jadi, menu semalam ialah :

  • soto ayam - soto nasi dan soto bihun
  • kuey teow lemak udang
  • kek lapis
  • agar-agar santan
  • kuih raya

 kuih muih
 kek lapis
 juadah di atas meja

bihun dan lontong

kuah soto

isi ayam

soo hoon goreng

segala rencah yang wajib

tauge dan timun

kuey teow

kuah lemak udang



tetamu datang dari pukul 3 petang sampailah ke 7 petang, sumenye kawan-kawan bik moi, atok pun sama layan tetamu yang datang
cik zira plak, dapat makan kul 6 macam tuh, lapa tuh, makan sepinggan bihun soto dengan sepinggan kuey teow lemak, terus kenyang,,hee






rasa-rasanya nak dekat akhir syawal ni, dah takde kot undangan open house lagi
cumanya, bulan depan, oktober ni, banyak jemputan kahwin, ha, tuh pun kemestian kena pergi sebab memang nak cari nasi minyak dengan ayam masak merah, memang feveret kalau gi kenduri kahwin,,
tunggu oktober, tunggu, cik zira akan serang sape yang jemput kahwin tuh,, ^__________*






SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 september 2010 2.02 p.m.

open house rumah ita



SALAM SYAWAL






sehari sebelum tuh, cik zira dapat sms, ita jemput datang open house umah dia, dapat-dapat terus reply, yelah memang dah lama tak jumpa, jumpa sebelum ita kahwin lagi, skang dah kawen, dah pregnant dah siap, baru nak jumpa balik, masa kahwin tak boleh nak datang, ni ada kesempatan, datanglah open house di rumah mertua ita di kempas






ita bagi alamat masa sms tuh, cik zira ni jalan kan payah sket kalau tak biasa pergi, tanya bik ani pun macam tak konpiden jugak, penyudahnya, google maps sahaja, mudah, tengok peta betul-betul, tengok satu satu, cam kan jalan, ha, kan senang






cik zira pergi sorang-sorang jek, takde sapa nak ajak teman, solo jelah pergi beraya hari sabtu, 25 september tuh, keluar umah dalam kul 2.15 petang cenggitu






sampai jek, salam ita, borak-borak, amek makanan, jangan marah ea, sume makanan cik zira makan, mee kari, nasi goreng ngan rojak petis, cuma ubi rebus jek tak muat nak masuk perut dah, mak mertua ita yang masak, sedap sedap
kan dah kata, mana tak naik berat badan kan, sume nak dibedal,, isyh isyh






borak ngan ita lama, siap tengok album kahwin ita tau
cantik gamba ita kahwin, 6.06.2010 hari tuh ita kahwin, sekarang dah pregnant tau, rezeki ita dan suami
dijangka bersalin bulan mac tahun depan, kita doakan semuanya selamat ye ita






thanx bebanyak ye ita jemput kita datang, insya Allah, nanti jumpa lagi, jaga diri kamu dan baby ya,, nanti jumpa kamu dengan baby pulak, insya Allah








SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 25 september 2010 6.05 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails