SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, November 30, 2010

perlu ada ini





dalam apa jua hubungan






perlu ada ini :


  • kepercayaan
  • kefahaman
  • kejujuran
  • kemaafan
  • pemikiran yang matang





insya Allah
akan baik-baik semuanya,,,  =)



p/s kena selalu ingatkan diri sendiri.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 29 november 2010 7.19 p.m.

bersabar





hidup ini adalah sebuah perjalanan
perjalanan yang selalu dipenuhi onak ranjau dan ujian
ujian dari TUHAN yang menjadikan diri ini semakin kuat dan mengenal ERTI HIDUP






tak selalunya kita dapat apa yang kita inginkan
kadang-kadang perlu berusaha keras untuk mendapatkannya dan selalu berdoa 
kerana DIA Maha Mendengar dan Maha Mengerti segalanya






ujian demi ujian dilalui
dan kali ini juga diuji






perlu bersabar dan perlu kuat menerima apa jua Dari Nya 
kerana yang pasti yang terbaik diberikan di penghujungnya






hati perlu kuat
perlu selalu berdoa
perlu selalu nasihat dan memberi kata-kata perangsang






walau jauh, walau ingin ketemu tetapi itu mustahil
kena terima
kena redha






semoga hati kuat dan semoga dapat terus bersabar






TERUSKAN BERDOA semoga diberikan yang terbaik pada akhirnya






nukilanku ikhlas dari hatiku : hazirah abdul rahman






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 29 november 2010 7.11 p.m.

29 November 2010




salam buat semua






semalam, cik zira keluar dating
dengan BFF, cik emelya






BFF amek cik zira di rumah, keluar lepas zohor






kitorang ke Jusco sahaja
hujan turun lebat






sampai terus beli tiket wayang dulu, nak tengok harry potter
tiket kul 2.05 petang
nak makan berat tak sempat
makan momo hot dog dulu pasalnya 2-2 tak makan pape pun lagi dari pagi






tengok wayang
cite harry potter, mungkin dah terlambat
kalau orang len awal-awal dah tengok, cik zira baru nak tengok
maklumlah, dah lama tak tengok wayang kan





cite itu sangat best!





lepas habis wayang, terus gi makan
sejuk-sejuk memang automatik perut rasa lapar
makan di VIVO
(ala, nak transfer gamba makanan malas plak rasanya,huhu)






sambil makan, sambil borak-borak
BFF pun faham cik zira ni makan lambat
makan hot dog pun dia kena tunggu, makan kat vivo pun dia kena tunggu cik zira habis makan
slow-mo betul lah cik zira ni






lepas makan, tak ke mana-mana, terus balik
hujan dan jalan jam, kesian BFF nak kena harung jam nak balik umah dia





cik zira sampai pun terus asar dan barulah buka laptop menjenguk blog






itu sahajalah cerita ringkas dan tidak bergambar pasal semalam
memang tak bergambar pun dengan BFF
mungkin rasa dah tua kan, nak bergambar pun sampai dah terlupa,,  :-D



thanx ye BFF untuk semalam






hari ni?
tak tahu lagi agenda apa
duduk rumah sahaja lah mungkin
rasanya bukan mungkin lagi dah, memang pasti duk rumah jek,, huhu






oklah
mood tak berapa nak ada sangatlah
tapi harap-harap masih dapat update blog seperti biasa walau turun naik mood ni






terima kasih tak terhingga kepada pembaca dan pengikut blog MERAH cik zira ni yang masih banyak kekurangannya baik dari segi penulisan blog mahu pun tuan punya blog. cik zira manusia biasa yang sememangnya banyak kekurangan dan kelemahan tapi terima kasih kepada yang masih sudi sokong cik zira. walau siapa pun korang dan di mana pun korang yang mengikuti blog MERAH cik zira ni, ucapan terima kasih tak terhingga cik zira kepada semua. sayang korang sangat!






p/s bila mood tak berapa nak ada sangat, tiba-tiba jadi sayu bila tahu setiap hari, walaupun tidak ramai, masih ada yang sudi nak baca blog ini. terharu sangat. terima kasih korang.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 29 november 2010 6.59 p.m.

Monday, November 29, 2010

all the best cousins!!




hampir terlupa pula nak mengucapkan selamat berjuang kepada sepupu-sepupu cik zira yang kini sedang menghadapi peperiksaan SPM






mesti masing-masing dah tak sabar nak habiskan SPM cepat-cepat sebab nak rasa merdeka plak






tak silap cik zira, tahun ni, 2 orang sepupu SPM belah abah dan seorang belah mak, 3-3 lelaki






kepada apit, anak mak leha, buat betul-betul ye






dan kepada cousins 2 orang ini, umar abdul aziz abdul rashid dan arrif imran azman, kita tahu korang power!!
gempak dan insya Allah dapat score hebat macam mana korang buat masa PMR
kalau PMR boleh buat hebat, SPM sama-sama kasi hebat ye!!
cucu atok mesti boleh!!


 si umar abdul aziz, lihatlah ketinggian dia 
(oh, masa ni cik zira sangat tembam. raya 2009)
bersama imran.
cantik benau baju melayu imran. 
di belakang itu mak imran, bik sah.





all the best ye buat sepupu-sepupuku sekelian
tak lama jek lagi nak berjuang, lepas habis SPM, adul ngan imran tuh, sila balik JB
nak beronggeng sama-sama,, hehe








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 28 november 2010 2.48 p.m.

maxi dress yang mesra alam




ini maxi dress mak yang usianya sudah berpuluh tahun
ramai dah kenal kan maxi dress ni sebab banyak jugak gamba cik zira memakai dress ini cik zira tepek dalam blog MERAH kesayangan ni






kenapa cik zira katakan maxi dress ini mesra alam?
nak tahu kenapa, sila lihat gamba-gamba di bawah ini :


 sesuai dengan warna hijau tasik dan padang menghijau 
dan sesuai dengan warna bata-bata itu


 nampak? masuk kan bila berada dalam gamba hutan seperti ini? 
seb bek tak bergayut jadi tarzan sekejap,, ngee

 sambil melawat rusa juga sesuai,, ;)

 kehijauan





percaya atau tidak, mengapa cik zira katakan maxi dress ini mesra alam?
pertamanya, kerana corak dan warna dress ini. corak flora dan warna-warna alam seperti coklat menggambarkan warna tanah. hijau simbol daun dan pokok-pokok. warna MERAH warna bunga-bunga.






keduanya, bila cik zira tengok balik gamba-gamba tersebut, cik zira rasa memang sesuai sangatlah maxi dress ini dipanggil maxi dress mesra alam sebab memang kena bila bergambar di zoo taiping dan taman tasik taiping pada Jun yang lepas






agak-agak kan, kalau ada peraduan pakaian bertemakan mesra alam, maxi dress mak ni boleh masuk calon kot
sesuai dan bertepatan sekali dengan tema mesra alam tuh
^___________*







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 28 november 2010 3.47 p.m.

lapan belas haribulan





terkenangkan kenangan 18 haribulan






yang satunya kenangan 18 haribulan Jun 2002 :
pemergian mak tersayang yang menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada pukul 1.30 pagi macam tuh






anak manalah yang tak sedih bila dapat tahu satu-satunya mak yang banyak berkorban dan berjasa meninggalkan dia dan adik-adik buat selamanya
tiada lagi tawa dan nasihat dari mak
tiada lagi mak dalam kehidupan harian kami






18 Jun 2002, akan dikenang sebagai satu tarikh bermakna mak pergi buat selamanya
tarikh Allah menguji diri ini dan adik-adik dan orang-orang yang menyayangi mak






walaupun begitu, sentiasa berdoa dan bersyukur kerana diberi kesempatan bersama mak tersayang walau untuk seketika






insya Allah mak, walaupun mak tiada, rah janji akan buat mak bangga dengan rah dan adik-adik
rah dan adik-adik sayang mak sampai bila-bila






marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mak cik zira dan buat semua yang telah kembali kepada-Nya. AL-FATIHAH.


antara kenangan bersama mak : chenta hati 2 lukis gamba nya didukung mak





jika tadi 18 Jun 2002, kenangan sedih buat cik zira namun alhamdulillah, satu lagi tarikh lapan belas haribulan adalah tarikh indah






18 september 2010, sabtu dan syawal yang lepas






satu ikatan janji, menyatukan 2 hati dan 2 keluarga






18 haribulan
kedua tarikh ini akan dikenang selamanya






semoga mak mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mak dari jauh






p/s tiba-tiba jadi entry sayu. kalaulah mak masih ada untuk tarikh 18 september 2010 itu, pasti mak gembira.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 28 november 2010 12.50 p.m.

Sunday, November 28, 2010

hampir-hampir terlupa




cik zira hampir-hampir terlupa akan adanya kasut ini






beli masa primavera ada offer 50% kat gurney, tak silap baru pakai 2 kali jek






dan sekarang ada elok dalam kotak disimpan







bila ea nak pakai? nak pakai gi sekolah tajam sangat muncungnya tuh, kang kalau budak pijak, menangis tak berlagu kang






ha, dan lagi satu yang hampir terlupa
kasut bata yang beli untuk bawa kerja pun ada lagi 1 tak pakai, masih elok dalam kotak






kena ingatkan diri supaya tidak lupakan kasut yang 2 ini dan kasut yang lain sama
nanti dorang merajuk pulak







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 27 november 2010 7.26 p.m.

hadiah birthday untuk aiman




sangat suka bersopin
tak kiralah sopin online atau tidak






walaupun gaji belum masuk, duit asek keluar jek beli macam-macam
baru-baru ni belikan buah hati
dan yang terkini belikan baby aiman untuk birthday dia setahun 4 disember ni






geram jek tengok baju budak-budak yang comel-comel, rasa nak beli jek semua
tapi naseb baik duit takde,, ngee






sementara ni, belikan jelah baju comel-comel untuk anak orang
mana tahu kan, 2-3-4 tahun lagi ada baby comel sendiri, ha, masa tuh laramkan anak sendiri,, hehe






jadi, untuk baby aiman sudah ada hadiahnya






tadaa~~






rasanya ni paling comel untuk aiman
1 set tuh ada sweater + tshirt + seluar
sungguh-sungguh comel, tak sabar nak tengok aiman pakai, harap-harap muatlah






hadiah untuk aiman sudah setel
tinggal nak tolong kak june dan abang ai masa hari tuh nanti, datang awal buat persiapan
maklumlah, hari lahir setahun anak tersayang, konpem grand jugak lah,,
temanya balloon and chocolate tau,,
ada choc fountain siap, mesti best
entah-entah cik zira ni yang melebih-lebih makan coklat tuh,,






kiranya majlis terdekat cik zira adalah birthday aiman, dan selepas itu banyak kenduri kahwin la cuti-cuti ni,,






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 27 november 2010 5.20 p.m.

Saturday, November 27, 2010

oloh oloh, shomelnya dia, oloh oloh




kena baca tajuk entry ini macam ngah cakap dengan baby tau
boleh bayangkan kan macam mana






cik zira ngah tengok-tengok gamba dalam laptop uzur ini, yelah, kalau dah takde keje memang kejenya tengok gamba-gamba yang banyak ni






dan dalam melihat dan menengok gamba
jumpalah gamba seorang yang sangat shomel cute dan rasa nak cubit pipi sambil cium cium pipi






ha, jangan kata cik zira nak tunjuk gamba diri sendiri ye
itu tidak betul
cik zira sangkal sama sekali






entry pagi tadi dah tunjuk dah gamba cik zira
entry petang ni nak tunjuk gamba orang lain pula






dan orang lain itu tidak lain dan tidak bukan ialah adik perempuan cik zira iaitu Ina






meh tengok kecomelan dia meh


maaf, gamba kurang jelas, tapi diharapkan nampak senyuman si shomel ini




oloh oloh shomelnya dia oloh oloh
ha, baca dengan comel jugak tau






takpe kan tak pakai baju sebab kanak-kanak comel lagi
tapi sekarang dah bukan kanak-kanak ye, sekarang dah 16 tahun Ina itu






dulu comel betul
kepala botak macam kepala abah dan dia senyum memang sangat shomel






sekarang dah 16 tahun
kejap sungguh masa berlalu kan






si akak MERAH 24 tahun, si adik ni minatnya pink, 16 tahun
8 tahun beza si akak MERAH dan si adik pink







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 26 november 2010 8.41 p.m.

tersenyum dan barangkali tercebik





hari ini hari sabtu, 27 november 2010
hari ini cik zira dah mula bercuti lah kawan-kawan
tak perlu nak pergi sekolah di pasir gudang itu
berehat dari memandu ke pasir gudang, 27 disember nanti plak kena pergi kerja balik, sebulan dari sekarang






dan untuk entry pagi sabtu ni, cik zira nak tunjuk 2 gamba sahaja
gamba siapa lagilah kan kalau bukan gamba cik zira sendiri






satu ini adalah gamba cik zira sedang tersenyum






dan satu lagi ini gamba cik zira barangkali sedang tercebik


jarang tengok muka buruk cik zira kan kan ? 
sila lah tengok sekarang,, ngeh ngeh




em, itu reaksi orang sedang mencebik ke ea?
entahlah
mungkinlah






tapi, dalam hati sebenarnya suka pulak tengok make up cik zira yang ringkas dan bersahaja pada 18 september tu
yelah, orang tak reti make up, pakai make up jek, sekali sekala kena puji diri sendiri jugak
manalah tahu, lama-lama nanti, 10 tahun kemudian ke pandai make up, masa tuh barulah boleh puji selalu,,
^___________*






sebenarnya tak tahulah entry ni entry ape
entry nak bagi tahu cik zira cuti ke, entry nak tunjuk gamba senyum dengan mencebik ke atau entry nak puji make up sendiri,,





entahlah
hentam sajalah labu labu







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 26 november 2010 8.25 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails