Assalamualaikum dan selamat pagi buat semuanya,
cik zira rasa macam dah lama cik zira tak bercerita bekal bik ani masakkan yang cik zira bawa gi sekolah kan? banyak cerita lain, beri laluan dulu. tapi pagi ni cik zira nak cerita pasal bekal yang cik zira bawa gi sekolah semalam.
ada jemput - jemput dengan sos cili. ada nasi + kari kepala ikan + sotong goreng masak kunyit.
cik zira dahlah bawa banyak, lebihkan nak makan dengan akak-akak tu, tapi masa cik zira nak makan, semuanya dah kenyang, dah makan dulu. jadinya, terkial-kial cik zira nak ngabiskan semua. nasib baik jemput-jemput cik zira bagi kat anak-anak cik zira sebab dorang tolong kemas bilik SAC, kalau tak memang tak boleh bangunlah sebab kenyang sangat,,, ;)
aktiviti cik zira semalam bermain spelling dengan anak-anak cik zira. bagi peluang dorang kumpul pink sticker lagi. kemudian 15 minit terakhir, bagi dorang hadiah yang cik zira janji dan yang dapat pink sticker lebih tu dapat hadiah lebihlah. alhamdulillah anak-anak cik zira suka dengan hadiah yang cik zira bagi. ada pensil, pemadam, pembaris dan pengorek. hadiah istimewa tu set dalam kotak dengan pensil warna sekotak. budak-budak lain pun, wah!!~~ bukan main panjang lagi. tinggal anak-anak 3J je belum dapat hadiah lagi. hari ni nak bagi. aktiviti lain hari ni nak buat aktiviti dalam kumpulan dan kumpulan mana yang menang, cik zira nak bagi hadiah lagi. pemurah betul kan,, padahal ada banyak jek gula-gula dengan sumi kat rumah ni, bolehlah buat modal hadiah.
semalam gi sekolah pakai tudung baru lagi. mentang-mentanglah beli sekali 10 helai, berderet minggu ni pakai tudung baru, dah siap iron dah semua baju untuk minggu ni semangat lebih sebab pakai tudung baru. yelah, selalu pakai tudung syria biasa jek. minggu ni pakai tudung syria chiffon layers plak. best pakai dia,,, =)
dan semalam adalah perjalanan balik yang sangat memenatkan. bayangkan pukul 7.30 baru cik zira sampai rumah. dahlah hujan, jalan jam bukan main, dan bila jam cik zira serta merta akan sakit kepala. benci jam!
semoga hari ni semuanya baik dan lebih baik dari hari semalam. Amin.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 15 november 2011 8.43 a.m.
No comments:
Post a Comment