SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ...:: EKSKLUSIF ::.... Show all posts
Showing posts with label ...:: EKSKLUSIF ::.... Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

oh, dunia herbs!!



kalau yang ikut blog Merah cik zira sejak dulu pasti tahu yang cik zira merupakan salah sorang pengguna tegar produk dunia herbs dari dulu sejak zaman belajar, anak dara, dah kahwin sampailah dah beranak satu ni memang setia guna produk dunia herbs.







kesetiaan cik zira pada pil halia nightriem dunia herbs memang tidak berbelah bahagi sebab cik zira nak kurus dulu memang makan pil ni selain berdiet makan. 







selain tu, cik zira gunakan jugak losyen mustajab halia extra hot dan sejak ada losyen 3 serangkai yang wangi  berperisa delima, jasmine dengan ros tu pun cik zira jadikan kegemaran cik zira jugak. ikut suka nak pakai yang mana. semua pun cik zira suka dan paling suka bau yang delima tu, wangi sangat!!







cik zira kan pernah masuk paper untuk testimonial dunia herbs nightriem pil tu masa awal-awal dulu dunia herbs buka untuk testimonial. cik zira kira pengguna pertama yang dapat masuk 1st batch testimonial dunia herbs. tak percaya? sila tengok bawah ni.






nak tahu lebih lanjut macam mana cik zira dulu gemok 67KG, boleh slim dan alhamdulillah maintain sampai sekarang? ha, sila KLIK SINI. mana tahu menjadi inspirasi kepada sesiapa yang nak kurus tanpa habiskan duit. baca tau. hehe


kalau orang lain baru nak guna produk dunia herbs dan dah rasa best, apa tah lagi cik zira ni ha yang dah bertahun-tahun amalkan produk dunia herbs. memang sangat puas hati!! cuba dulu baru tahu.




p/s eh, ini bukan iklan berbayar tau. cik zira memang yakin dengan produk dunia herbs. tu yang promote sakan!!





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 8 mei 2013 4.10 p.m.

Wednesday, January 23, 2013

Kronologi Kelahiran Khalisah.



Assalamualaikum
ini entry istimewa buat cik zira kerana diberikan kesempatan oleh Allah yang Maha Satu untuk merasa keperitan dan kepayahan melahirkan seorang anak.


ternyata satu pengalaman yang amat berharga yang akan cik zira kenang sampai bila-bila. jadi, cik zira ingin kongsikan pengalaman berharga cik zira ni kepada semua dan sebagai kenangan juga buat diri cik zira sendiri.


15 Januari 2013

  • pukul 8 pagi pergi klinik check up macam biasa. lepas gi klinik, gi scan biasa plak nak tengok baby macam mana. lepas tu cari klinik pakar untuk scan 4D sebab gi klinik dekat perbadanan Islam tu doktornya kata baik gi check pakar sebab scan dia tak nampak sangat. doktor tu kata air ketuban cik zira sikit. berjalanlah cari klinik pakar ke jalan kuning, jalan harimau, sampai 4-5 klinik tanya tapi semua doktor takde. give up terus balik rumah sebab dah nak gi keje
  • pergi ke sekolah seperti biasa. tapi dah mula rasa sakit dekat bawah. tetap gigih jugak nek turun tangga masuk kelas mengajar seperti biasa. bila duduk dan nak bangun rasa sakitnya Tuhan je yang tahu.
  • malam tu pukul 8 sempat amek gambar perut buat terakhir kali
  • rasa sakit kat bawah makin kuat tapi gagahkan diri juga. 
  • sebelum tido pukul 10 tu sms dekat suamiku kata stand by jelah, takut si baby bila-bila masa je boleh keluar sebab dah mula sakit kat bawah lain macam. stand by tau, suamiku dekat penang tu. jauh!
  • malam tu ada 2-3 kali pergi bilik air nak buang air. memang rasa peritnya nak bangun. lepas tu mimpi pergi scan baby banyak kali. sebab esoknya plan nak gi scan baby lah sampai termimpi-mimpi


16 Januari 2013
  • bangun pukul 5 pagi nak kencing. tapi seyes sakit sangat kat bahagian bawah tu
  • sekali masa kencing tengok pad dah ada lendir berdarah. dah cuak gila masa tu. air ketuban pun dah start mengalir.
  • keluar bilik air bagi tahu atok. seb baik atok dah bangun tengah makan. dia cepat-cepat kejutkan bik ani yang baru siap buat kuih baru nak tido
  • cik zira dah berdebar ni. ye ke dah sampai masa. ye ke baby dah nak keluar. sakit ke jap lagi. macam-macam fikir dalam otak. lepas tu tak henti kol suamiku tapi tak berangkat. geram betul. 
  • bik ani hantarkan cik zira ke Hospital Sultan Ismail naik teksi. terima kasih banyak bik ani. bik ani tunggu je. sian penat buat kuih tak habis lagi
  • sepanjang masa cuba kol suamiku tapi sia-sia. memang tak berangkat. maklumlah tido mati. pasrah jelah
  • sampai je naik kerusi roda. dibawa masuk ke bilik saringan. berdebar sangat. air ketuban tak berhenti mengalir
6.00 pagi
  • doktor cek. doktor lelaki cina muda. aduhai, segan. tapi dah terpaksa kan nak buat camne. dia seluk. SAKIT! seyes sakit. baru buka 2 cm. huhu
  • lepas tu dia check buku pink cik zira. dia tengok laporan doktor yang cakap air ketuban cik zira sikit. dia scan plak. betul lah doktor tu cakap. air ketuban cukup paras-paras je. lepas tu tak benti mengalir
  • doktor lelaki melayu plak bagi tahu dia akan masukkan wad dulu. dalam pukul 8 atau 9 pagi dia akan masukkan ubat paksa bersalin sebab takut pape jadi kat baby
8.00 pagi
  • masuk wad 4a katil nombor 6. doktor pakar datang cek. dia plak kata dia tak akan bagi ubat. dia bagi masa 24 jam untuk cik zira rasa sakit sendiri. kalau dalam masa tu tak buka jalan jugak, dia induce
  • air ketuban mengalir je bercampur darah. dah banyak kali tukar pad.
  • duk spital buat pertama kali dalam hidup tau. selalu jaga orang sakit je. ni diri sendiri masuk spital. macam tak percaya. sejarah dalam hidup





9.00 pagi
  • lapar sangat. tak makan apa pun lagi.
  • tanya nurse nak turun bawah gi kafe dia yang jauh tu tapi nurse tak bagi
  • cik zira ingat nak nekad je jalan pelan-pelan beli makanan sendiri. nasib baik ada nurse pelatih tolong belikan makanan
  • tunggu makanan sampai, pergi tengok tv kat luar bilik wad tu kejap. tapi ada tv2 je. kartun. bosan. 
  • makanan sampai. sedap adik misi tu belikan lauk. ayam blackpepper dengan sayur tauhu kering dengan soo hoon. sedap. nasi banyak boleh habis licin. lapar punya pasal. minum limau ais.




duk spital borak dengan akak-akak satu bilik tu. nak tido tapi tak boleh tido. berjaga jelah. suamiku drive bertolak dari penang nak dekat kul 8 pagi sebab flight sume dah terlepas. cik zira doa tak henti semoga suamiku selamat sampai dan sempat temankan cik zira masa bersalin. Alhamdulillah doa cik zira selama ini dimakbulkan Allah. si baby pun memang tunggu babah dia ada. 


suamiku selamat sampai JB pukul 2 petang macam tu. masa melawat dah habis. dia datang masa melawat petang. temankan cik zira sampai habis waktu melawat. belikan vitagen epal 2 botol sebab cik zira teringin. BFF dan suami pun datang tengok cik zira.


petang tu dah start rasa sakit. ingat rasa sakit nak buang air besar sebab memang belum membuang lagi. tapi sakit tak kuat sangatlah. mengadu dekat suamiku.


waktu melawat habis, suamiku pun nak balik. cik zira pesan stand by je. nanti pape terus datang tau. dia pun ok je. sama-sama tak sabar nak tunggu si baby lahir.


makan malam sampai. makanlah macam biasa. yang tengah hari pun makan jugak. bik ani datang dengan abang ai bawa makanan pun cik zira makan jugak. makan je kejenya.


8.00 malam

dah start rasa sakit. dah terbaring atas katil menahan sakit. tengok jam berselang 15 minit rasa sakitnya. lepas tu 10 minit. tapi masih boleh bertahan. bila tanya akak sebelah katil rasa sakit macam nak berak tapi tak boleh berak ke? dia kata haah, macam tu lah. terus bagi tahu misi kat luar.


dia suruh gi bilik belakang nak check. aduhai, kena seluk lagi. SAKIT! dahlah penakut. tak reti nak rilek. kena marah padan muka. nurse tu kata 3cm. dia kol labour room tengok ada kosong tak. suruh kemas barang dan tepon suami sebab nak hantar ke sana.


9.30 malam

masuk labour room. suamiku pun dah sampai bawa air selusuh atok buatkan. tapi dia kena tunggu tak boleh masuk lagi. dah siap semua kerja misi dengan doktor baru boleh masuk. masa tu dah kul 10 malam. cik zira dah start ngantuk. yelah, dari kul 5 pagi tak tido. dah penat dan ngantuk sangat.


tunggu sampai tertidor jap. baby pun sama tido. jantung dia jadi tak cantik kat mesin. nurse kejut-kejutkan baby suruh bangun.



17 Januari 2013


dalam kul bape ntah masukkan ubat bagi sakit tu. Ya Allah, sakitnya. 5 minit 2 kali sakit. nak nangis rasa. mengerang sakit sambil mulut kumat-kamit baca ayat-ayat suci. mengadu pegang suamiku setiap masa. dia pun dah penat dan mengantuk tapi temankan cik zira. keluar sebab nak gi bilik air dan sejuk sangat je.


dah berapa orang baby dah selamat lahir. cik zira masih menanggung sakit. sakit yang teramat sangat. sampai dalam pukul 4 pagi tu memang dah sakit sangat. dah mengerang. cakap dengan nurse tu tak tahan sakit. dia tanya macam nak terberak ke? cik zira angguk. mata ni dah terpejam je sebab ngantuk sangat-sangat. sakit sampai nak nangis tapi suamiku cakap sabar jangan nangis. siap kena marah dengan dia. sedih betul. dia nak suruh cik zira kuat. tak nak jadi cengeng.


dia check. kena seluk lagi. aduhai. dah semuanya sakit. suruh teran dan mengiring. keluar air banyak sangat. cik zira teran pelan-pelan setiap kali sakit datang dan mengerengkan badan. 


dah sampai pukul 5 macam tu dah sakit sangat-sangat. makin ramai yang datang bilik tu sebab masa tu memang tinggal cik zira sorang je. yang len semua dah selamat. nurse doktor semua penuh bilik tu. cik zira dah penat, mengantuk dan sakit sangat. tak larat. tak bermaya. dorang seluk-seluk banyak kali. cik zira dengar dah buka 8 cm.


sampai masa kena teran tu cik zira cuba teran. banyak kali. tarik nafas sume. suamiku pun pegang bagi kata-kata semangat bisik kat cik zira. masa tu dengarlah semua cakap teran dik. teran puan. suamiku pun cakap. mata ni tertutup je sebab mengantuk sangat. kena marah sampai sebab jantung baby dah lemah sangat.


daripada pegang kaki dekat buku lali tu sampai kaki kena bawa naik ke atas pakai benda alah tegantung tu bagi buka luas. memang sakit sangat. semua dah suruh teran bagi kata-kata semangat. sampailah kena guna vacum nak bagi baby keluar. cik zira dah macam sedar tak sedar je. cuba teran juga mana yang terdaya. sakit dan sangat penat dan tak bermaya.


sampaikan dah tiba waktu subuh dan azan, masih mencuba meneran. akhirnya 6.04 pagi, 17 Januari 2013, si baby lahir ke dunia. suamiku lah orang paling lega. rasanya dia cium kepala cik zira cakap apa entah cik zira dah tak dengar. keluar je baby terus cik zira cakap terima kasih dekat semua sambil mata terpejam. suamiku pun cik zira dengar dia cakap terima kasih.


baby letak atas badan cik zira pun cik zira pandang tak pandang je sebab mengantuk. pejam je mata. tak pegang pun baby masa atas badan tu. sian dia. doktor tanya baby apa, cik zira tengok cakap perempuan dalam tutup mata tu.


lepas tu, dorang bawa baby keluar. cik zira ni diproses keluarkan uri semua. jahit banyak sangat. terasa jahitan tu satu-satu. cik zira mengadu sakit-sakit tapi doktor perempuan melayu muda tu buat tak layan. dia nak siapkan kerja dia kan. cik zira pun duk sakitlah manjang. lama sangat dia jahit sebab koyak banyak rasanya. yelah, kalau dah sampai baby kena vacuum kat kepala nak keluarkan dia. sian baby. sory tau anak, ibu dah tak larat sangat. bayangkan dari pukul 5 pagi tak tido sampailah ke 6 pagi esoknya, dah lebih 24 jam berjaga. manalah tak penat kan.


dah siap jahit. nurse shift pagi salinkan baju. habis kuyup dengan darah. dia cakap borak apa pun cik zira tak ingat. jawab jelah. rasa penat sangat-sangat. lepas tu alihkan dekat katil lain sebab nak masukkan dalam wad. aduh sakitnya masa nak bangun beralih katil tu. suh baring tepi sikit sebab kata nak letak baby kat sebelah. oh, lupa dah ada baby. masa sorong bawa ke wad tu cik zira buka mata kejap-kejap cari suamiku tapi dia takde dah.


masuk wad 4B plak. katil no 7. tido jelah lepas tu. tak ingat apa dah. penat sangat-sangat. bila bangun tu tengok baby kat sebelah. macam tak percaya dah ada baby. SUBHANALLAH. renung je muka anak sendiri.




dah sampai tengah hari pun cik zira tak bangun katil lagi. rasa sakit sangat. darah mengalir banyak. kalau tak hari tu juga boleh balik. tapi disebabkan cik zira tak bangun gi buang air kecil, tak dapat balik lagi. esoknya baru boleh balik.


masa nak mandi bersihkan diri tu, rasa nak pitam. baring sekejap. bila dah ok, baru mandi dan bersihkan diri tukar baju semua. tapi seyes badan lemah sangat. duduk je masa kat bilik air tu. rasa nak pengsan je.


inilah sedikit-sebanyak yang cik zira boleh kongsikan mana yang cik zira teringat. oh, rupanya masa suamiku takde tu, dia kata dia kena halau. lepas dia azankan baby dia terus balik dulu mandi. dia pun dah kepenatan. sian suamiku. nasib baik dia ada temankan dari mula sakit sampai baby keluar. pengalaman berharga juga buat suamiku.


TERIMA KASIH tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung sepanjang proses melahirkan ni. kepada semua doktor, nurse dan staf HSI, jasa kalian hanya Allah yang dapat membalas. servis memang terbaik. suka sangat. siapa kata hospital kerajaan tak best. best je. 


TERIMA KASIH kepada suamiku, kepada keluarga dan kepada semua yang mendoakan cik zira. terima kasih sangat.


SYUKUR ALHAMDULILLAH kerana Allah memakbulkan doa selama ni. Terima Kasih YA ALLAH.


beberapa jam selepas dilahirkan



maka dengan ini, cik zira umumkan kelahiran puteri tersayang, KHALISAH BINTI MUHAMMAD KHALIS pada 17 Januari 2013, Jam 6.04 pagi dengan berat 2.84 KG.


sayang anak ibu.



p/s fuh, lama gila taip entry ni tanpa henti. sejam lebih kot. sakit pinggang semua. nak buat kenangan untuk diri sendiri.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 21 januari 2013 1.15 p.m.

Thursday, May 3, 2012

rahsia saya?




cik zira dilahirkan sebagai seorang manusia yang kuat makan. sebab itulah berat badan dulu masa belajar pernah mencecah 67 KG. mesti ramai tak percaya kan, tapi cik zira dah pernah banyak kali tepek gamba cik zira masa gemok dulu.






sampai sekarang tabiat suka makan tu masih kekal dalam diri. suka makan, tapi orang kata badan mcam tu jugak, maintain slim je.






ha, nak tahu rahsia saya? (ceh, buat macam suara Dato' Siti)






Pil Halia Nightriem Dunia Herbs lah. makanlah banyak mana pun, tapi pastikan setiap malam sebelum tido, cik zira akan makan pil halia ni. bukan sahaja untuk masalah penghadaman cik zira, ia juga dapat turunkan berat badan dan perut pun cantik je.






dah lebih 3-4 tahun cik zira amalkan Pil Halia Nightriem Dunia Herbs, dan Alhamdulillah, cik zira serasi dan ianya memang sangat membantu walaupun cik zira kuat makan.






rahsia saya? inilah rahsianya : Pil Halia Nightriem Dunia Herbs.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 2 mei 2012 10.59 p.m.

Thursday, January 27, 2011

EKSKLUSIF : Pil Halia Nightriem Dunia Herbs




sambungan dari entry EKSKLUSIF sebelum ini






oleh sebab cik zira sangat tak sanggup nak teruskan sesi rawatan berbaki 5 sesi lagi di slimming centre, maka cik zira meneruskan amalan memakan pil halia yang memang sejak dari dulu cik zira makan sebab cik zira susah nak buang air besar. ada masalah jadi bergantung kepada pil halia jelah. dulu pernah guna pil halia jenama lain, tapi tidak lah membantu sangat untuk kurangkan berat badan. tapi dengan pil halia dunia herbs ni, memang banyak kebaikannya.






antara kebaikannya yang memang berkesan kepada cik zira ialah :



  • membuang angin dalam badan
  • memudahkan membuang air besar bagi yang bermasalah seperti cik zira
  • mengempiskan perut
  • mengurangkan berat badan





tapi, pada peringkat awal masa bertekad nak diet tuh, cik zira memang kawal habis-habisan pemakanan cik zira. daripada si KUAT MAKAN, terus jadi seorang yang KAWAL MAKAN gila-gila. bayangkanlah terpaksa menahan nafsu tengok makanan sedap-sedap. memang masa tuh sabar sangat-sangat. azam cik zira sangat kuat. jiwa masa tuh betul-betul kental lah senang kata. cuba tidak tergoda melihat makanan sedap. cik zira memang tak makan nasi. lauk pun makan sayur sahaja. minum air masak banyak-banyak. makan yogurt selalu. PENDEK KATA, memang jaga makan betul-betul. 






nak kurus bukan senang. lagi-lagi bagi orang yang suka dan kuat makan macam cik zira ni. tapi, orang kata kan, nak 1000 daya, taknak 1000 dalih. cik zira tanamkan azam dan tekad. nak jugak kurus!






hasilnya, masa masuk maktab balik bulan 1 tuh tak silap, sampaikan kawan-kawan cohort tak kenal cik zira dari belakang. dorang kata cik zira dah kurus banyak. cik zira ingatkan tak banyak beza. tapi, alhamdulillah. dapat jugak kuruskan badan.






jadi, setelah sesi rawatan di slimming centre yang cik zira laburkan sebanyak RM 4K ++ tidak berjaya, makanya cik zira BERDIET sendiri dengan mengawal pemakanan secara ketat dan dengan mengamalkan PIL HALIA DUNIA HERBS sejak di UUM lagi.






PIL HALIA NIGHTRIEM ni harganya RM 35 sahaja dan mengandungi 100 biji kapsul. makan 4-6 biji setiap malam sebelum tido. cik zira kalau makan banyak sangat, cik zira akan makan 6 biji sebelum tido. tapi sekarang ni, cik zira makan 4 atau 5 biji sebelum tido tengok kepada berapa banyak makanan yang masuk ke perut.






masa tengah DIET dulu, memang kawal makan gila-gila lah. tapi bila dah dapat berat 55 kg terus dah boleh makan makan makanan sedap-sedap balik. dah mula makan nasi balik. dah tak DIET sangat. pendek kata, dah boleh makan semua yang nak dimakan tapi beringat-ingat jugaklah. yang penting setiap malam, tak tinggal makan Pil Halia tuh. lepas tuh, cik zira turut sapu losyen halia tuh. sapu dekat bahagian lengan. dulu lengan besar, tapi alhamdulillah lepas sapukan losyen tuh setiap malam, adalah perubahan di bahagian lengan.






jadi, pada korang yang masih tak pasti produk apa yang sesuai untuk turunkan berat badan, korang boleh amalkan Pil Halia Dunia Herbs ni k. cuba pelan-pelan, disamping amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. lama-lama nanti korang akan dapat lihat hasilnya.






jangan lupa, minum air masak secukupnya k.






oleh itu, kepada sesiapa yang bertanyakan cik zira pasal keberkesanan pil halia ni selepas testimoni cik zira tersiar di akhbar, ingin cik zira katakan, sepanjang cik zira mengamalkan pil halia ini, ianya memang sangat membantu cik zira dalam mengawal berat badan. tapi jangan lupa, kawal pemakanan juga ya!








cik zira dah cuba, anda bila lagi?
cepat cari pil hali dunia herbs ni sekarang tau.
packaging dia pun dah cantik, kotak dan botol dah menarik perhatian plus harga RM 35 sebotol yang murah untuk 100 kapsul berbanding pil halia jenama lain.
CUBA TAU..






sekian sahaja entry EKSKLUSIF cik zira tentang apakah yang membantu cik zira berdiet. macam mana testimoni yang cik zira hantar pada Dunia Herbs marketing macam itulah yang cik zira ceritakan di sini. daripada berat seberat 67 kg, sekarang ini maintain 53-55 kg. 






tapi, ingat ye, jangan bergantung kepada amalam pil halia ini sahaja, korang kena ada inisiatif sendiri untuk kurus dan kawal pemakanan k.






ok, terima kasih sudi baca entry ini dan sudi menjenguk blog MERAH cik zira ye.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 26 januari 2011 10.26 p.m.

Wednesday, January 26, 2011

EKSKLUSIF : sejak bila cik zira sedar dan mahu mula kurus?





entry EKSKLUSIF ini berikutan orang-orang yang bertanyakan pasal diet cik zira. 
jadi, ini untuk anda.






cik zira dahulunya adalah seorang gadis yang kurus tapi berkulit gelap sebab suka main panas dekat sekolah. lepas mak meninggal, tinggal dengan atok dan bik ani. mula naik badan dan membina badan sekitar tingkatan 4 nak naik tingkatan 5 tuh. daripada badan sekeping, memang kurus, terus naik. tapi masa masuk maktab, awal-awal tuh ok lagi. belum gemuk sangat lagi. tapi lepas tuh, naik perlahan-lahan. masuk UUM, masak sendiri, lagilah kejenya nak makan je. dan sampailah tahap berat cik zira yang paling power aka paling berat adalah 67 KG. bayangkan, bukan sikit-sikit tau, tapi 67 kg. tinggi cik zira dalam 160 cm.


si MERAH gemuk



itu kisah bagaimana mula gemuk. 
tapi, dalam entry ini fokusnya bagaimana dan bila cik zira mula sedar mahu kurus padahal tahu susah nak kurus sebab selera makan memang makin hari makin bertambah dan tak kisah pun kalau orang tegur gemok.






satu peristiwa yang membuatkan cik zira sedar apabila chenta-chenta hati dah mula bising kata kakak dorang dah gemuk. cik zira kalau orang lain tegur, cik zira memang tak kisah. buat dek jek, tapi bila chenta-chenta hati sendiri dah tegur, cik zira akan amek kisah. ini dah serius bila dorang dah mula bising.







lepas tuh, cik zira mula terfikir, apa cara mudah nak bagi kurus? pergi slimming centre. tapi mesti mahal ribu riban kan. jadi, hasrat ditangguhkan.






sampailah kepada suatu hari. rasanya awal tahun 2009. cik zira dan BFF berjalan dekat Holiday Plaza. kalau sape yang selalu ke situ, pasti tahu yang ada wanita-wanita cina cantik akan tegur dan bertanyakan pasal kulit mukalah, masalah lemak di badanlah yang lokasinya di hadapan kedai pakaian dan berdekatan dengan orang jual-jual cd tu. dia dekat ruang legar lah tempatnya.






nak dijadikan cerita. kitorang pun termakan pujuk rayu wanita cantik tersebut. katanya kejap je. rupanya lama betul dengar penerangannya. dan kebetulan kan cik zira kata memang nak tanya pasal slimming centre ni. jadi, dah berminat. bayar pendahuluan untuk sesi rawatan pertama.






baca betul-betul tau. ini kenyataan, ekslusif tau. cik zira buat rawatan pelangsingan di slimming centre ADELINE BEAUTY. dan nak tahu berapa bayarannya? semua sekali termasuk krim-krim dan pil-pil kena beli ialah RM 4K ++. nak dekat 5 ribu jugaklah bayarannya. mahal bukan?






sebab tuh masa nak buat tuh, tanya dulu pandangan chenta-chenta hati dan bik ani. ok tak kalau cik zira melabur wang sebanyak itu untuk kuruskan badan. dorang mulanya kata jangan, membazir duit. tapi dorang tahu tekad dan azam cik zira untuk kuruskan badan. dorang pun kata ok.






jadi, bermulalah sesi seterusnya selepas bayaran tunai dibuat. sayang oi, duit kumpul sendiri masa tengah belajar. keluar habiskan untuk kurus. aduhai. nak taknak kena pejam mata jelah bayar. ada 10 sesi kena buat tapi disebabkan cik zira masa tuh masih belajar di Penang, jadi jarang sangat dapat buat.






korang tahu tak rasanya membuat rawatan di slimming centre ni macam mana? kalau tanya cik zira, cik zira akan kata Ya Allah, SEKSANYA.






memang seksa tau korang. kena masuk sauna yang panas tuh lama-lama. lepas tuh badan kena mesin. masuk lagi sauna. lepas siap sauna, badan kena balut dengan wrapping yang keras tuh ketat-ketat. lepas tuh kena baring dalam mesin yang panas. setiap kali sesi akan amek masa 3 jam. dan memang berat akan turun sampai 1.5 kg setiap kali habis sesi rawatan. tapi sangat tidak berbaloi dengan azab yang korang kena lalui setiap kali sesi rawatan.






dan masa sesi rawatan keempat dan kelima tak silap, cik zira hampir pengsan. badan memang tak kuat dan tak tahan. memang muka badan dan pucat habis dah. tinggal nak jatuh je. pekerja yang buatkan cik zira tuh orang indonesia, dia pun risau tengok cik zira. dia suruh baring dulu. memang cik zira dah tak boleh berdiri dah tau. memang sesi rawatan tak dapat dihabiskan sebab memang tak larat dah.






korang nak tahu, cik zira baru buat 5 sesi sahaja dan ada berbaki lagi 5 sesi sampailah sekarang. dan slimming centre tuh pun dah tak kol tanya dah sebab dah nak dekat setahun  lebih cik zira tak buat. memang tak berani dah. tak sanggup nak seksa badan dengan cara begitu. tak sanggup sampai nak pengsan-pengsan.






jadi, cik zira memang tak akan habiskan lagi 5 sesi rawatan tuh sebab memang tak sanggup.






cik zira cuba amalkan diet sendiri, kawal makan perlahan-lahan sebab cik zira pada dasarnya memang KUAT MAKAN. semua cik zira makan. jadi, kena tabahkan hati, kuatkan azam, berdiet sendiri sebab tak sanggup nak pergi slimming centre habiskan sesi rawatan. 






korang bayangkan, sampai dah tak fikir dah duit yang dibayar tu tau. bukan sikit ye, banyak. yelah, bagi cik zira duit dekat 5 ribu tu banyak sangat. macam-macam boleh buat. tapi itulah, tak sanggup nak teruskan sebab memang menyeksa badan.






cik zira memang tabik lah sape yang kurus pergi slimming centre tu. memang teror habis. memang cekal dan tabah mengharungi semua sesi rawatan dengan jayanya. syabas!!
tapi buat cik zira sendiri, cik zira tak berjaya. dan nanti kalau ada masa, cik zira memang akan pergi tanya balik macam mana dengan sesi cik zira. konpem tak akan dapat duit balik. sayang memang sayang tapi tak sangguplah. betul tak sanggup.






TAPI, disebabkan slimming centre ni lah, mula wujud kesedaran dalam diri untuk kurus. sejak itu cik zira memang bertekad untuk kuruskan badan. dan bila tahu seksanya kuruskan badan di slimming centre ni, cik zira cuba amalkan diet pemakanan sendiri. kawal makan betul-betul. dan disamping itu, cik zira amalkan makan PIL HALIA DUNIA HERBS. lagi mudah dan jimat dan BERKESAN.






itu kisah sedih cik zira di slimming centre. nak pergi tanya kad nya sudah hilang entah ke mana. cari tak jumpa-jumpa. tapi memang dah janji tak nak buat lagi sebab tak sanggup dah. tengoklah macam mana, duit tuh memang takkan dapat dah. tapi sekurang-kurangnya kotlah boleh dapat benda lain sebagai ganti ke kan.






jadi, nantikan entry EKSKLUSIF cik zira tentang amalan makan PIL HALIA DUNIA HERBS yang cik zira amalkan sejak sekian lama dan lebih mudah, tak menyeksa badan dan makan pun boleh makan macam biasa, takde sekatan. siapa yang nak tahu lebih lanjut, nantikan entry mengenai pil halia ini ye. 






cik zira pun dah masuk paper beberapa kali sebab testimonial terpilih oleh dunia herbs marketing. ramai pun dah tanya betul ke tidak. nanti cik zira cerita k.






ini EKSKLUSIF tau. pengakuan cik zira. bukan cerita rekaan. semuanya benar dan nyata.






terima kasih sudi membaca entry ini dan sudi menjenguk blog MERAH ini.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 26 januari 2011 9.18 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails